Va

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Va
Arab
ۏ
Melambangkan fonem sesuai (AFA):
/v/

Va (ۏ) ialah huruf ke-31 dalam abjad Jawi bahasa Melayu.[1] Huruf ini ialah huruf yang terakhir dimasukkan dalam tulisan Jawi pada tahun 1984 melalui Konvensyen Tulisan Jawi Terengganu untuk melambangkan fonem /v/ yang sebelum ini menggunakan huruf ba atau wau.[2] Huruf ini merupakan pengubahsuaian menggunakan kaedah nuqtah al-'ijam dari huruf wau biasa yang melambangkan fonem /v/ dalam bahasa Melayu, bahasa Jawa, dan bahasa Sunda. Kamus bahasa Turki Uthmaniyah Sami menggunakan ۏ untuk menandakan bunyi vokal bundar depan sempit yang kini ditulis ü dalam bahasa Turki moden[3]. Huruf ini dimasukkan dalam Unicode pada tahun 1999 sebahagian daripada ISO/IEC 8859-6.[4]

Bahasa Sorani dan Kurdi pula menggunakan huruf ۋ (vau), dan bahasa Parsi menggunakan huruf ڤ (va/ve) untuk melambangkan fonem /v/.

Penulisan[sunting | sunting sumber]

Penulisan huruf ini serupa dengan penulisan huruf wau piawai namun huruf ini ada satu titik di atasnya.

Kedudukan dalam perkataan: Terasing Akhir Tengah Awal
Bentuk glif:
(Bantuan)
ۏ ـۏ ـۏ ۏ

Unicode[sunting | sunting sumber]

  • Va dalam Unicode:
Unicode Codepoint U+06CF
Unicode-Name Arabic letter Waw with dots above

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ ""va" Kamus Bahasa Melayu". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 13 Ogos 2020.
  2. ^ Othman, Hussain; Abdul Rahim, Mohd Hisyam; Afkari, Rafiuddin; Ahmad, Shakila; Rusdi, Mikdar (November 2011). "Inovasi Huruf Baharu Bagi Mewakili Bunyi 'Eks' Dalam Sistem Tulisan Jawi". Persidangan Antarabangsa Tamadun Islam dan Identiti Melayu. Melaka, Malaysia. m/s. 1-15. https://www.researchgate.net/publication/263126420_INOVASI_HURUF_BAHARU_BAGI_MEWAKILI_BUNYI_'EKS'_DALAM_SISTEM_TULISAN_JAWI.
  3. ^ Sami 1899.
  4. ^ "The Unicode Standard, Version 12.1" [Piawai Unicode, Versi 12.1] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Unicode. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 13 Jun 2019. Dicapai pada 13 Ogos 2020.

Templat:Huruf Arab