Vaksin demam kepialu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Vaksin demam kepialu merupakan vaksin yang mencegah demam kepialu.[1] Terdapat dua jenis vaksin yang boleh didapati secara meluas: Ty21a (vaksin hidup yang diberi melalui mulut) dan vaksin polisakarida kapsul Vi (vaksin subunit boleh suntik).[1] Kedua-dua jenis vaksin ini kira-kira 30 hingga 70% berkesan selama dua tahun pertama bergantung kepada vaksin tertentu.[2]

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan supaya semua kanak-kanak di kawasan yang penyakit ini biasa ditemui divaksinkan. Sebaliknya, WHO juga menyarankan supaya mereka yang berisiko tinggi divaksinkan. Kempen pemvaksinan juga boleh digunakan untuk mengawal penularan penyakit ini. Bergantung kepada keadaan, dos tambahan disarankan setiap satu hingga tujuh tahun.[1] Di Amerika Syarikat, vaksin ini disyorkan kepada mereka yang berisiko tinggi sahaja, seperti pengunjung ke kawasan di dunia yang penyakit ini biasa ditemui.[3]

Vaksin sekarang adalah sangat selamat. Kesan sampingan yang kecil mungkin berlaku pada tempat suntikan. Vaksin boleh suntik selamat dalam kalangan penghidap HIV/AIDS dan vaksin oral boleh digunakan selagi tiada simptom. Keselamatan vaksin oral semasa kehamilan adalah tidak jelas.[1]

Vaksin demam kepialu yang pertama dibangunkan pada tahun 1896 oleh Almroth Edward Wright, Richard Pfeiffer, dan Wilhelm Kolle.[4] Disebabkan oleh kesan sampingan, rumusan yang lebih baharu adalah disarankan pada masa kini.[1] Vaksin demam kepialu tersenarai dalam Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia, iaitu ubat paling penting yang diperlukan dalam sistem kesihatan asas.[5] Kos borong vaksin ini pada tahun 2014 ialah kira-kira 4.44 dolar Amerika sedos.[6] Di Amerika Syarikat, kos vaksin ini mencecah 25 hingga 50 dolar Amerika.[7]

References[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e "Typhoid vaccines: WHO position paper."
  2. ^ Anwar, E; Goldberg, E; Fraser, A; Acosta, CJ; Paul, M; Leibovici, L (2 January 2014).
  3. ^ "Typhoid VIS".
  4. ^ Flower, Darren R. (2008).
  5. ^ "WHO Model List of EssentialMedicines" (PDF).
  6. ^ "Vaccine, Typhoid".
  7. ^ Hamilton, Richart (2015).