Vaksin rotavirus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Vaksin rotavirus merupakan vaksin yang digunakan untuk memberi perlindungan daripada jangkitan rotavirus.[1] Virus ini merupakan punca utama diarea atau cirit-birit yang teruk dalam kalangan kanak-kanak kecil.[1] Vaksin ini mencegah 15 hingga 34% cirit-birit yang teruk di negara sedang membangun dan 37 hingga 96% cirit-birit yang teruk di negara maju.[2] Vaksin ini nampaknya dapat mengurangkan risiko kematian dalam kalangan kanak-kanak kecil akibat daripada cirit-birit.[1] Mengimunkan bayi nampaknya menurunkan kadar penyakit dalam kalangan mereka yang lanjut usia dan yang masih belum diimunkan.[3]

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan supaya vaksin rotavirus disertakan dalam pemvaksinan rutin terutamanya di kawasan yang penyakit ini biasa ditemui. Pemvaksinan hendaklah dilakukan bersama-sama dengan menggalakkan penyusuan ibu, mencuci tangan, air bersih dan sanitasi yang baik. Ia diberi melalui mulut dan memerlukan dua atau tiga dos. Ia hendaklah diberi bermula pada kira-kira umur enam minggu.[1]

Keselamatan vaksin ini adalah baik. Ini termasuk dalam kalangan individu yang menghidap HIV/AIDS. Versi terdahulu vaksin ini dikaitkan dengan intususepsi, tetapi versi vaksin sekarang tidak dikaitkan dengan jelas. Disebabkan oleh potensi risiko, ia tidak disyorkan untuk bayi yang menghidap intususepsi. Vaksin ini diperbuat daripada rotavirus dilemahkan.[1]

Vaksin rotavirus boleh didapati buat pertama kalinya di Amerika Syarikat pada tahun 2006.[4] Ia tersenarai dalam Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia, iaitu ubat paling penting yang diperlukan dalam sistem kesihatan asas.[5] Kos borong vaksin ini pada tahun 2014 ialah antara 6.96 hingga 20.66 dolar Amerika sedos.[6] Di Amerika Syarikat, kosnya melebihi 200 dolar Amerika.[7] Setakat tahun 2013, terdapat dua jenis vaksin yang boleh didapati di seluruh dunia, iaitu Rotarix dan RotaTeq, dengan sebilangan vaksin lain yang boleh didapati di negara tertentu.[1]

References[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f "Rotavirus vaccines.
  2. ^ Soares-Weiser K, Maclehose H, Bergman H, et al. (2012).
  3. ^ Patel MM, Steele D, Gentsch JR, Wecker J, Glass RI, Parashar UD (January 2011).
  4. ^ "Rotavirus Vaccine Live Oral".
  5. ^ "WHO Model List of EssentialMedicines" (PDF).
  6. ^ "Vaccine, Rotavirus"[pautan mati kekal].
  7. ^ Hamilton, Richart (2015).