Vaksin rubela

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Vaksin rubela merupakan vaksin yang digunakan untuk mencegah rubela.[1] Keberkesanannya bermula kira-kira dua minggu selepas satu dos dan kira-kira 95% penerima vaksin menjadi imun. Negara-negara dengan kadar pengimunan yang tinggi tidak lagi memerhatikan kes rubela atau sindrom rubela kongenital. Apabila pengimunan kanak-kanak dalam suatu populasi adalah rendah, kadar rubela kongenital mungkin meningkat kerana lebih ramai wanita mencapai umur yang boleh melahirkan anak tanpa pemvaksinan atau pendedahan kepada penyakit ini. Oleh itu, penting untuk memvaksinkan lebih daripada 80% penduduk.[1]

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan supaya vaksin rubela disertakan dalam pemvaksinan rutin. Jika tidak semua penduduk diimunkan, maka sekurang-kurangnya wanita yang boleh melahirkan anak hendaklah diimunkan. Vaksin ini tidak boleh diberi kepada wanita yang hamil atau mereka yang mempunyai fungsi imun yang sangat lemah. Dua dos sering diberikan walaupun biasanya hanya satu dos diperlukan untuk perlindungan sepanjang umur, dua dos sering diberikan.[1]

Secara amnya, kesan sampingan vaksin ini adalah sederhana. Kesan sampingan mungkin melibatkan demam, ruam, serta kesakitan dan kemerahan pada tempat suntikan. Sakit sendi mungkin dilaporkan antara satu hingga tiga minggu selepas pemvaksinan dalam kalangan wanita. Alergi yang teruk jarang dilaporkan. Vaksin rubela boleh didapati dengan sendirinya atau dalam gabungan dengan vaksin lain. Gabungan termasuk dengan vaksin campak dan beguk (vaksin MMR) dan vaksin campak, beguk dan varisela (vaksin MMRV).[1]

Vaksin rubela mula-mula dilesenkan pada tahun 1969.[2] Ia tersenarai dalam Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia, iaitu ubat paling penting yang diperlukan dalam sistem kesihatan asas.[3] Setakat tahun 2009, lebih daripada 130 buah negara menyertakannya dalam pemvaksinan rutin mereka.[1] Harga borong vaksin MMR pada tahun 2014 ialah 0.24 dolar Amerika sedos.[4] Di Amerika Syarikat, kosnya ialah antara 50 hingga 100 dolar Amerika.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Jenis-jenis[sunting | sunting sumber]

Vaksin gabungan campak, beguk dan rubella ( vaksin MMR )

Vaksin Rubella jarang diberikan sebagai vaksin individu dan selalunya diberikan dalam bentuk kombinasi dengan vaksin campak, beguk, atau varicella (cacar air). [1]Berikut adalah senarai vaksin-vaksin yang mengandungi campak:

  • Vaksin rubella (vaksin kendiri)
  • Vaksin gabungan campak dan rubella ( vaksin MR )
  • Vaksin gabungan campak, beguk dan rubella ( vaksin MMR ) [2] [3] [4]
  • Vaksin gabungan campak, beguk, rubella dan varicella ( vaksin MMRV ). [5]Vaksin campak adalah sama berkesan untuk mencegah campak dalam semua formulasi, tetapi kesan sampingan berbeza-beza bergantung pada kombinasi. [1]
  1. ^ a b "Measles vaccines: WHO position paper – April 2017". Weekly Epidemiological Record. 92 (17): 205–27. April 2017. PMID 28459148. Rumusan ringkasan (PDF). Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "WHO2017Vac" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ "M-M-R II- measles, mumps, and rubella virus vaccine live injection, powder, lyophilized, for suspension". DailyMed. 24 September 2019. Dicapai pada 29 January 2020."M-M-R II- measles, mumps, and rubella virus vaccine live injection, powder, lyophilized, for suspension". DailyMed. 24 September 2019. Retrieved 29 January 2020.
  3. ^ "M-M-RVaxPro EPAR". European Medicines Agency (EMA). 17 September 2018. Dicapai pada 29 January 2020."M-M-RVaxPro EPAR". European Medicines Agency (EMA). 17 September 2018. Retrieved 29 January 2020.
  4. ^ "Priorix - Summary of Product Characteristics (SmPC)". (emc). 14 January 2020. Dicapai pada 29 January 2020."Priorix - Summary of Product Characteristics (SmPC)". (emc). 14 January 2020. Retrieved 29 January 2020.
  5. ^ "ProQuad- measles, mumps, rubella and varicella virus vaccine live injection, powder, lyophilized, for suspension". DailyMed. 26 September 2019. Dicapai pada 29 January 2020."ProQuad- measles, mumps, rubella and varicella virus vaccine live injection, powder, lyophilized, for suspension". DailyMed. 26 September 2019. Retrieved 29 January 2020.