Valentino Lazaro

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Valentino Lazaro
FC Admira Wacker Mödling vs. FC Red Bull Salzburg (Cup) 2017-04-26 (071).jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhValentino Lando Lazaro[1]
Tarikh lahir (1996-03-24) 24 Mac 1996 (umur 23)
Tempat lahirGraz, Styria, Austria
Ketinggian1.80 m
Posisi permainanPemain tengah kanan
Maklumat kelab
Kelab terkiniInter Milan
Nombor19
Kerjaya remaja
2002–2011Grazer AK
2011–2012Red Bull Salzburg
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2012–2017Red Bull Salzburg85(10)
2013FC Liefering (pinjam)3(0)
2017–2019Hertha BSC57(5)
2017Hertha BSC II1(1)
2019–Inter Milan0(0)
Pasukan kebangsaan
2011Austria B164(0)
2012–2013Austria B1717(0)
2014Austria B182(0)
2015–2016Austria B216(0)
2014–Austria23(2)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 11:33, 1 Julai 2019 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 15:16, 12 Jun 2019 (UTC)

Valentino Lando Lazaro (lahir 24 Mac 1996) merupakan seorang pemain bola sepak Austria yang beraksi di posisi pemain tengah untuk kelab Serie A, Inter Milan dan pasukan kebangsaan Austria.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Lazaro telah dilahirkan di Graz, Austria. Bapanya merupakan orang Angola manakala ibunya pula merupakan orang Greece.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Lazaro melakukan penampilan sulungnya untuk Red Bull Salzburg pada 3 November 2012 ketika menentang Admira Wacker dalam aksi liga. Semasa usia 16 tahun dan 224 hari, beliau merupakan pemain termuda yang beraksi dalam sejarah Bundesliga Austria.

Rundingan antara Red Bull Salzburg dan Hertha BSC telah bersetuju untuk membeli Lazaro secara tetap pada tahun 2017 setelah beliau hanya di bawah status sebagai pemain pinjaman untuk kelab Jerman itu. Beliau telah menandantangani kontrak jangka masa panjang untuk Hertha.[2] Beliau menjaringkan gol sulungnya untuk Hertha BSC ketika pasukannya menewaskan Bayer Leverkusen 2-0 pada 10 Februari 2018.

Pada 1 Julai 2019. Lazaro telah melakukan perpindahan ke kelab Serie A, Inter Milan. Beliau telah menandatangani kontrak selama empat tahun dan perpindahan tersebut menelan kos sebanyak 22 juta euro bersama bonus.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Lazaro melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan kebangsaan Austria ketika perlawanan persahabatan menentang Iceland pada 30 Mei 2014. Beliau telah menggantikan Marko Arnautović ketika 15 minit terakhir permainan dan perlawanan berkesudahan kedua-dua pasukan terikat seri 1-1.[3]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 1 Julai 2019.
Kelab Musim Liga Piala Eropah[nb 1] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Austria Liefering 2013–14 3 0 0 0 3 0
Austria Red Bull Salzburg 2012–13 5 0 0 0 5 0
2013–14 11 2 1 0 1 0 13 2
2014–15 25 4 4 0 3 0 32 4
2015–16 17 2 4 0 1 0 22 2
2016–17 29 3 5 2 12 2 46 7
2017–18 0 0 1 0 2 0 3 0
Jumlah 87 12 15 2 18 2 120 16
Jerman Hertha Berlin 2017–18 26 2 1 0 4 0 31 2
2018–19 31 3 3 0 34 3
Jumlah 57 5 4 0 4 0 65 5
Itali Inter Milan 2019–20 0 0 0 0 0 0 0 0
Jumlah kerjaya 147 17 19 2 22 2 188 21
  1. ^ Termasuk kejohanan Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Europa

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 10 Jun 2019.
Pasukan kebangsaan Austria
Tahun Kmncln Gol
2014 4 0
2016 1 0
2017 6 0
2018 8 1
2019 4 1
Jumlah 23 2

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
18 November 2018 Belfast, Ireland Utara  Ireland Utara
1–2
1–2
Liga B Negara-Negara UEFA 2018–19
2
10 Jun 2019 Skopje, Macedonia Utara  Makedonia Utara
1–1
1–4
Kelayakan Euro 2020

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Red Bull Salzburg

Catatan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]