Valery Chkalov

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Valery Pavlovich Chkalov
Chkalov 1937.jpg
Valery Chkalov pada tahun 1937
Kelahiran (1904-02-02)2 Februari 1904
Vasilyevo, Empayar Rusia
Meninggal dunia 15 Disember 1938(1938-12-15) (umur 34)
Moscow, Soviet Union
Anugerah

Wira Soviet Union, Darjah Lenin

  • Darjah Bendera Merah

Valery Pavlovich Chkalov (Rusia: Валерий Павлович Чкалов ; Februari 2, 1904 – Disember 15, 1938) adalah juruterbang penguji dan Wira Soviet Union (1936)[1].

Biografi singkat[sunting | sunting sumber]

Chkalov dilahirkan di Chkalovsk, Rusia, dekat bandar Nizhny Novgorod. Ayahnya pengawas boiler, ibunya meninggal apabila Valery berusia 6 tahun. Chkalov belajar di sekolah teknik di Cherepovets tetapi lebih kemudian balik ke tempat lahir dan bekerja sebagai pembantu ayahnya. Dia melihat kapal terbang untuk kali pertama pada tahun 1919 dan mengambil keputusan masuk Angkatan Udara Tentera Merah. Dia dilatih sebagai juruterbang dan selepas tamat pengajiannya pada tahun 1924 masuk skuadron pejuang. Chkalov berkahwin Olga Orekhova, seorang guru sekolah dari Leningrad pada tahun 1927. Pada awal tahun 1930-an dia menjadi juruterbang penguji[2].

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Chkalov mencapai beberapa kejayaan dalam bidang penerbangan. Pada tahun 1936 dan 1937 dia mengikuti beberapa penerbangan ultra panjang termasuk penerbangan 63 jam dari Moscow, Soviet Union ke Vancouver, Washington, Amerika Syarikat melalui Kutub Utara memandu kapal terbang Tupolev ANT-25 (Jun 18–20, 1937), jarak non-stop 8811km. Penerbangan itu merintas laluan penerbangan melalui kawasan polar dari Europah ke Pantai Pasifik Amerika[3].

Kematian[sunting | sunting sumber]

Chkalov meninggal pada 15 Disember 1938 waktu menguji prototaip pejuang Polikarpov I-180. Abu jenazahnya dimakamkan dalam Tembok Kremlin.

Kenangan[sunting | sunting sumber]

  • Kampung Vasilyevo di mana Chkalov dilahirkan menjadi kini Bandar Chkalovsk.
  • Bandar Orenburg diberi nama Chkalov pada tahun 1938-1957.
  • Di beberapa bandar Rusia ada jalan bernama Chkalov. Sebuah jalan di Vancouver, Washington diberi nama Chkalov pada tahun 1970-an[4].
  • Di LRT Moscow, Saint Petersburg dan Yekaterinburg ada stesen dinamakan bersempena nama Chkalov.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.warheroes.ru/hero/hero.asp?Hero_id=511
  2. ^ Jay Bergman, "Valerii Chkalov: Soviet Pilot as New Soviet Man", Journal of Contemporary History 33, No. 1 (January 1998), page 139
  3. ^ http://www.vchkalov.ru/index.php?option=com_content&view=article&id=9&Itemid=28
  4. ^ Google map

Bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Baĭdukov, G., Over the North Pole. New York City: Harcourt, Brace and Company], 1938.