Vallabhbhai Patel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Vallabhbhai Patel
Naib Perdana Menteri India Pertama
Dalam jawatan
15 Ogos 1947 – 15 Disember 1950
RajaGeorge VI
PresidenRajendra Prasad
Gabenor JeneralLouis Mountbatten
C. Rajagopalachari
Perdana MenteriJawaharlal Nehru
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Digantikan olehMorarji Desai
Menteri Dalam Negeri India
Dalam jawatan
15 Ogos 1947 – 15 Disember 1950
Perdana MenteriJawaharlal Nehru
Didahului olehJawatan ditubuhlan
Digantikan olehC. Rajagopalachari
Panglima Tertinggi Pertama
Angkatan Tentera India
Dalam jawatan
15 Ogos 1947 – 15 Ogos 1950
RajaGeorge VI
PresidenRajendra Prasad
Gabenor JeneralLouis Mountbatten
C. Rajagopalachari
Perdana MenteriJawaharlal Nehru
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Digantikan olehJawatan dimansuhkan (gabungan dengan pejabat Presiden India)
Butiran peribadi
LahirVallabhbhai Jhaverbhai Patel
(1875-10-31)31 Oktober 1875
Nadiad, Bombay Presidency, British India
Meninggal dunia15 Disember 1950(1950-12-15) (umur 75)
Mumbai, Bombay State, India
Sebab kematianSerangan jantung
Parti politikKongres Kebangsaan India
PasanganJhaverba Patel
Anak-anakManiben Patel
Dahyabhai Patel
IbuLadba
BapaJhaverbhai Patel
Alma materInns of Court
Profesion
Anugerah Bharat Ratna (1991) (anumerta)

Vallabhbhai Patel (31 Oktober 1875 – 15 Disember 1950), juga dikenali dengan nama Sardar Patel, merupakan seorang peguam dan ahli politik dari India. Beliau dalam kuasanya sebagai Timbalan Perdana Menteri negara tersebut yang pertama memainkan peranan penting dalam perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan India serta menyatukan kesemua jajahan dan kerajaan naungan British yang ditinggalkan menjadi suatu negara India yang satu.[1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Tarikh kelahiran Vallabhbhai tidak dicatat secara rasminya namun tarikh 31 Oktober diletakkan berdasarkan kertas ujian matrikulasi beliau.[2]

Beliau merantau ke bandar-bandar Nadiad, Petlad, dan Borsad demi mendapatkan pelajarannya serta hidup secara berdikari sepertimana rakan sebayanya. Beliau dikatakan turut mempunyai perwatakan yang sangat tenang. Vallabhbhai berhasrat mahu mempelajari ilmu perundangan menjadi sebuah peguam kemudiannya mengumpul wang secukupnya untuk bekerja di England;[3] beliau bertahun-tahun hidup jauh dari keluarganya mengulangkaji dengan buku pinjaman peguam-peguam lain sehingga beliau lulus peperiksaanya dalam masa dua tahun. Beliau menetap bersama isterinya, Jhaverba, di Godhra serta turut diterima masuk ke dalam alam perguaman.

Jhaverba meninggal dunia berikutan komplikasi pembedahan merawat barah di Bombay pada tahun 1909. Vallabhbhai enggan berkahwin lagi, malah membesarkan anak-anaknya dengan keluarganya.

Apabila beliau berusia 36, beliau merantau ke England di mana beliau memasuki Middle Temple di London menjadi pelajar terbaik di sana.[4] Beliau menetap di Ahmedabad sebaik kembali di India menjadi salah seorang peguam terbaik di bandar tersebut.

Penglibatan dalam kemerdekaan India[sunting | sunting sumber]

Atas desakan rakan-rakannya, Vallabhbhai bertanding untuk memegang jawatan sebagai ahli jawatankuasa kebersihan bandar Ahmedabad pada tahun 1917 sehingga beliau menang. Beliau sering berselisih faham dengan pihak British berkaitan isu-isu awam namun secara umumnya beliau tidak minat langsung politik.

Pada September 1917, Patel berucap di Borsad mengalakkan warga India menandatangani petisyen Mohandas Karamchand Gandhi menuntut Swaraj – pemerintahan sendiri – dari Britain. Beliau tidak begitu memandang serius terhadap perjuangan kemerdekaan Gandhi pada awalnya namun beliau banyak berubah fikiran setelah tersempak dengannya dalam suatu perbualan bersama pada Oktober 1917, lalu beliau mula memasuki pergerakan kemerdekaan India.[5]

Pada 1918, Vallabhbhai dengan sokongan beberapa ahli Kongres Negara mula menjalankan suatu perjalanan dari kampung ke kampung di wilayah Kheda mendengar rungutan penduduk serta memujuk mereka terlibat memberontak dengan enggan membayar cukai sebagai suatu cara menunjuk perasaan tanpa melibatkan kekerasan; usulannya mendapat sokongan kuat di setiap kampung tersebut.[6]

Menyatukan tinggalan pentadbiran British di India[sunting | sunting sumber]

Apabila India merdeka dari pemerintahan British pada 1947, pemerintah India menghadapi cabaran menyatukan bekas kawasan-kawasan perintah British serta kerajaan-kerajaan kecil yang memerintah sendiri dan dipertuankan secara tidak langsung oleh pihak tersebut agar tidak mengulangi masalah seumpama Balkanisasi di Eropah Timur. Vallabhbhai ditugaskan Gandhi sendiri untuk mengepalai kerja penyatuan politik ini.[7]

Tugas pelobian Vallabhbhai dimulakan pada Mei 1947 dengan beliau menjemput para raja kesemua kerajaan ini ke jamuan-jamuan diurusnya di Delhi, di mana beliau meyakinkan raja-raja tersebut bahawa pemerintah India tiada niat mahu bermusuh dengan kerajaan-kerajaan mereka malah meminta pertimbangan penggabungan atas nama patriotisme serta bantahan daripada rakyat kerajaan-kerajaan ini sendiri terhadap kemerdekaan kerajaan-kerajaan tersebut yang dianggap mustahil. Beliau turut mengusulkan suatu Perbendaharaan Privi (Privi Purse) bagi menampung keturunan raja-raja ini.

Hampir semua 565 kerajaan ini bersetuju dengna relanya bergabung ke dalam kesatuan India kecuali Jammu dan Kashmir, Junagadh, dan Hyderabad,[8] di mana ketiga-tiga kerajaan ini diilhakkan atas faktor yang berbeda.

Pasca-kemerdekaan[sunting | sunting sumber]

Beliau terlibat dalam pembangunan suatu infrastruktur pemerintah yang kuat iaitu All India Services, yang bertujuan menyatukan India melalui suatu pengendalian urusan pentadbiran yang seragam di sleuruh negara tersebut.[9]

Kematian Gandhi[sunting | sunting sumber]

Vallabhbhai sendiri merupakan orang terakhir berjumpa dengan Gandhi sebelum Gandhi dibunuh beberapa minit kemudian setelah berpisah, pada .[10] Beliau dan Jawaharlal Nehru berkabung bersama ketika majlis pembakaran mayat Gandhi serta banyak menyapa kenalan dan kawan dan bertindak membuat langkah mengelakkan sebarang keganasan yang berlaku berikutan kematian Gandhi.[11] Beliau menghidap suatu serangan jantung dalam dua bulan selepas kematian Gandhi di mana beliau percaya ia disebabkan kesedihan yang terkumpul menangisi tokoh yang sangat ditaat setia beliau.[12]

Senja usia[sunting | sunting sumber]

Vallabhbhai meninggal dunia akibat serangan jantung kedua pada 15 Disember 1950 di Birla House, Bombay.[13] Sebanyak lebih 1,500 pegawai kerajaan dan polis bergegas secara rela ke kediamannya di Delhi pada hari keesokan harinya untuk berkabung serta berikrar taat setia berkhidmat untuk pemerintah dengan tekun dan kuat.[14] Perdana Menteri Nehru turut mengisytiharkan seminggu untuk perkabungan di seluruh India[15]Banyak pemimpin dunia turut mengutuskan ucapan takziah kepada peemrintah India atas pemergiannya termasuk Setiausaha Agung PBB Trygve Lie, Sukarno dari Indonesia, Liaquat Ali Khan dari Pakistan dan Clement Attlee dari United Kingdom.[16]

Penghormatan[sunting | sunting sumber]

Patung Perpaduan didirikan memperingati Patel di negeri Gujarat menghadap Empangan Narmada, 3.2 km jauh dari Sadhu Bet berdekatan Vadodara. Ia merupakan patung tertinggi di dunia dengan ketinggian mencecah 182 meter.[17]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "How Vallabhbhai Patel, V P Menon and Mountbatten unified India".
  2. ^ Rajmohan Gandhi 1990, m/s. 3.
  3. ^ Rajmohan Gandhi 1990, m/s. 13.
  4. ^ "Education profiles of India's top freedom fighters", The Indian Express
  5. ^ Raojibhai Patel 1972, m/s. 33.
  6. ^ Rajmohan Gandhi 1990, m/s. 65.
  7. ^ Rajmohan Gandhi 1990, m/s. 406.
  8. ^ Syed, M.H. (2010). Sardar Vallabhbhai Patel (ed. 1st). Mumbai: Himalaya Books Pvt. Ltd. m/s. 21.
  9. ^ "One Who Forged India's Steel Frame". H.N. Bali. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-30. Dicapai pada 15 November 2016.
  10. ^ Rajmohan Gandhi 1990, m/s. 467.
  11. ^ Rajmohan Gandhi 1990, m/s. 467–469.
  12. ^ Rajmohan Gandhi 1990, m/s. 472–473.
  13. ^ "Gazette of India – Extraordinary – Minister of Home Affairs (Resolution)" (PDF). Press Information Bureau, Government of India. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 19 October 2017. Dicapai pada 7 Julai 2017.
  14. ^ Panjabi 1969, m/s. 157–158.
  15. ^ "State Mourning for Sardar Patel's Death" (PDF). Press Information Bureau, Government of India. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 23 Mac 2018. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  16. ^ "World-Wide Homage to Sardar Patel – Condolence Messages" (PDF). Press Information Bureau, Government of India. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 23 Mac 2018. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  17. ^ "India unveils world's tallest statue". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 31 Oktober 2018. Dicapai pada 31 Oktober 2018.

Sumber[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]