Valorant

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Valorant
PembangunRiot Games
PenerbitRiot Games
EnjinUnreal Engine
PlatformMicrosoft Windows
Pelepasan
  • WW: 2 Jun 2020
GenrePenembak diri-pertama
ModMultipemain (10 orang)

Valorant ialah sebuah permainan video penembak diri-pertama yang dibangunkan dan dilancarkan oleh Riot Games dan telah dilancar secara rasmi pada 2 Jun 2020 dalam Microsoft Windows.

Tatamain[sunting | sunting sumber]

Genre permainan video secara amnya ialah penembak diri-pertama. Dalam permainan video ini, para pemain ditugaskan sebagai agen dari seluruh dunia dalam latar masa hadapan dekat.[1] Ada 12 orang agen dalam Valorant setakat kini dan tergolong dalam empat kumpulan lazim iaitu penyerang (Duelist), pengumpul maklumat (Initiator), pertahanan (Sentinel) dan sokongan (Controller).[2] Setiap agen memiliki kebolehan dan senjata yang dikhaskan kepada setiap satu agen. Contoh senjata yang digunakan dalam permainan ini termasuk mesingan, submesingan dan senapang patah. Senjata-senjata automatik pula memiliki unsur sentakan yang perlu dikawal untuk mendapatkan bidikan yang tepat.

Dalam permainan ini, dua kumpulan dengan lima orang pemain setiap satu bertarung dalam perlawanan dengan 24 set (tempoh satu set ialah 100 saat) dalam salah satu daripada empat latar perlawanan yang ditentukan; kumpulan pertama yang menang dalam 13 set dikira menang. Kedua-dua kumpulan ditugaskan sebagai kumpulan penyerang dan kumpulan pertahanan; tugasan ini digantikan selepas 12 set pertama. Sekrianya keputusan akhir adalah seri 12-12, satu set pemecah seri akan dimainkan tanpa perubahan tugasan kumpulan. Kumpulan serangan diberikan sebutir bom (Spike) yang perlu diletakkan di suatu tempat yang dikhususkan. Kumpulan penyerang akan menang sekiranya:

  • sebilangan atau semua ahli kumpulan masih hidup, dan;
  • berjaya meletakkan bom tersebut dan bom tersebut berjaya meletup;
  • kumpulan pertahanan akan menang jikalau bom tidak diletakkan atau berjaya dinyahaktifkan.

Selain itu, terdapat juga mod Spike Rush yakni mod permainan jangka masa pendek. Permainan dalam mod ini terdiri daripada tujuh set dengan kumpulan yang berjaya memenangi empat set dahulu menang. Senjata-senjata tidak boleh dipilih sebelum permainan mula dan bom boleh ditanam di mana-mana tempat di peta.

Sebelum setiap set bermula, tempoh 30 saat diperuntukkan untuk memberi ruang kepada para pemain untuk membeli senjata, perisai dan keupayaan bantuan (fasa pembelian, Buy Phase). Pembelian ini dilakukan dengan mata wang permainan, Creds yang diperoleh selepas setiap set.[3]

Permainan ini mempunyai sebuah kedai dalam permainan bernama Valorant Store yang menawarkan barangan kosmetik seperti "kulit" (skin) yang boleh dibeli dengan mata wang Valorant Point, setakat kini hanya boleh diperoleh melalui pembelian dengan wang sebenar. Permainan ini tidak mempunyai unsur kotak harta, dan pihak Valorant berkata bahawa barang-barang ini tidak boleh didagangkan sesama pemain seperti dalam permainan-permainan video serupa yang lain.[4]

Sistem 'musim' dalam Valorant terdiri daripada 'episod' yang dibahagikan lagi kepada tiga buah 'babak' (Act) yang berlanjutan selama kira-kira dua bulan.[5] Setiap babak akan menampilkan agen baharu serta aksesori-aksesori permainan tambahan.[5]

Pembangunan dan sejarah[sunting | sunting sumber]

Pembangunan Valorant telah bermula pada 2014 oleh bahagian penyelidikan dan pembangunan syarikat. Buah fikiran konsep permainan video ini disumbang oleh pengarah Valorant, Joe Ziegler.[6]

Valorant pada pertama kalinya diumumkan pada Oktober 2019 sebagai Project A.[7] Pada 1 Mac 2020, Valorant diumumkan secara rasmi melalui sebuah video yang menunjukkan gaya permainan di YouTube. Mod beta tertutup permainan video ini dilancarkan pada 7 April 2020. Dalam mod ini, golongan yang berminat perlu menonton video siaran langsung oleh pemain-pemain masyhur yang dipilih pihak Riot Games untuk mendapat peluang akses kepada permainan video tersebut.[8] Valorant dilancarkan secara sepenuhnya pada 2 Jun 2020.

E-sukan[sunting | sunting sumber]

Tidak lama selepas pelancaran, pihak Valorant telah mula menganjurkan satu siri pertandingan e-sukan yang bernama Ignition Series yang bermula pada 19 Jun, dengan beberapa pertandingan dianjurkan di seluruh dunia mengikut kawasan geografi.[9]

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Penerimaan
Markah agregat
PengagregatMarkah
Metacritic81/100[10]
Markah ulasan
PenerbitanMarkah
Destructoid7/10[11]
Eurogamer8/10[12]
Game Informer8.5/10[13]
IGN9/10[14]
PC Gamer US90/100[15]

Ketika mod beta tertutup dilancarkan pada 7 April, Valorant mencatatkan rekod baharu tontonan mengikut tempoh jam terbanyak dalam masa sehari di laman penstriman langsung, Twitch dengan jumlah tempoh tontonan mencecah 34 juta jam. Jumlah penonton pada hari tersebut pula mencecah 1.7 juta orang penonton, kedua terbanyak selepas pertandingan dunia League of Legends pada 2019. Secara amnya, rekod-rekod ini didorong oleh cara pemerolehan akses awal kepada permainan tersebut pada masa itu.[8]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Permainan video ini pernah dikritik disebabkan oleh perisian antimain tipu Valorant, Vanguard yang boleh mengakses sistem komputer pemain lalu menimbulkan kerisauan berkenaan peluang penyalahgunaan.[16] Pihak Riot Games berkata bahawa perisian tersebut tidak memberi sebarang maklumat kepada mereka, dan menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang melaporkan kelemahan-kelemahan perisian itu.[17]

Selain itu, para pemain mengkritik barangan-barangan hiasan yang ditawarkan Valorant kerana dikatakan terlalu mahal, dengan harga barangan mencecah AS$70.[4]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan Ruj.
2020 The Game Awards 2020 Sokongan Komuniti Tahunan Tercalon [18]
Permainan Multipemain Terbaik Tercalon
Permainan E-Sukan Terbaik Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Goslin, Austen (2 Mac 2020). "Riot's Valorant mashes up Rainbow Six with CS:GO for a speedy new tactical shooter". Polygon (dalam bahasa Inggeris). Vox Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 April 2020. Dicapai pada 14 April 2020.
  2. ^ "Valorant Agents". Valorant Tracker (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Ogos 2020. Dicapai pada 20 Ogos 2020.
  3. ^ Goslin, Austen (6 April 2020). "Valorant guide: What to buy with Creds during the Buy Phase". Polygon (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 April 2020.
  4. ^ a b Cooney, Bill (20 Jun 2020). "Riot Games explain why Valorant won't have skin trading". Dexerto (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Jun 2020. Dicapai pada 23 Jun 2020.
  5. ^ a b Goslin, Austen (29 Jun 2020). "Valorant aiming for six new heroes a year, Riot says". Polygon (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Oktober 2020.
  6. ^ Goslin, Austen (2 Mac 2020). "Valorant: How Riot finally made something new". Polygon (dalam bahasa Inggeris). Vox Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Jun 2020. Dicapai pada 14 April 2020.
  7. ^ Webster, Andrew (30 Mac 2020). "Riot's shooter Valorant goes into beta on April 7th". The Verge (dalam bahasa Inggeris). Vox Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Jun 2020. Dicapai pada 14 April 2020.
  8. ^ a b Webster, Andrew (8 April 2020). "Valorant had a record-breaking day on Twitch". The Verge (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 16 April 2020. Dicapai pada 5 Jun 2020.
  9. ^ Su, Jake (17 Jun 2020). "Riot reveals Valorant esports league with Ignition Series". PC Invasion (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Jun 2020. Dicapai pada 23 Jun 2020.
  10. ^ "Valorant for PC Reviews". Metacritic. CBS Interactive. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Jun 2020. Dicapai pada 12 Jun 2020.
  11. ^ Chris Carter (4 Jun 2020). "Review: Valorant". Destructoid (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Jun 2020. Dicapai pada 20 Jun 2020.
  12. ^ "Valorant - recensione". Eurogamer.it (dalam bahasa Itali). 4 Jun 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Jun 2020. Dicapai pada 5 Jun 2020.
  13. ^ "Valorant Review". Game Informer (dalam bahasa Inggeris). 10 Jun 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Jun 2020.
  14. ^ "Valorant Review". IGN (dalam bahasa Inggeris). 6 Jun 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 April 2020. Dicapai pada 2020-06-11.
  15. ^ Morgan Park (4 Jun 2020). "Valorant review". PC Gamer (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Jun 2020. Dicapai pada 5 Jun 2020.
  16. ^ Pearson, Ryan (16 April 2020). "Riot Games' Free-to-Play FPS Valorant Criticized for Kernel-Based Anti-Cheat Software, Riot Denies Spying". Niche Gamer. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Jun 2020. Dicapai pada 23 April 2020.
  17. ^ Orland, Kyle (20 April 2020). "Riot addresses "kernel-level driver" concerns with expanded bug bounties". Ars Technica (dalam bahasa Inggeris). Condé Nast. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Jun 2020. Dicapai pada 24 April 2020.
  18. ^ Park, Gene (18 November 2020). "Here are the nominees for The Game Awards 2020". The Washington Post. Nash Holdings. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-18. Dicapai pada 18 November 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]