Vampir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
The Vampire, oleh Philip Burne-Jones, 1897

Vampir [vam-pir] ialah makhluk mitologi dan legenda yang hidup dengan memakan intipati kehidupan (biasanya dalam bentuk darah) dari makhluk hidup yang lain. [1][2][3][4][5][6]

Meskipun kepercayaan terhadap hantu penghisap darah terdapat dalam berbagai budaya dan telah ada sejak zaman kuno,[7] istilah vampir sendiri menjadi popular pada awal abad ke-18 setelah masuknya legenda vampir ke Eropah Barat dari Balkan dan Eropah Timur. Di daerah-daerah ini ada juga legenda tentang makhluk seperti vampir, seperti vrykolakas di Yunani dan strigoi di Romania yang juga membantu meningkatkan kepercayaan vampir di Eropah.

Vampir umumnya diceritakan keluar dari makamnya pada malam hari. Mereka menyamar sebagai kelawar untuk menghisap darah orang-orang yang sedang tidur. Korbannya akan menjadi vampir juga. Menurut beberapa mitos, vampir tidak tampak di cermin kerana mereka tidak memiliki roh. Masih menurut mitos, perak dan cermin kuno dibuat daripada perak dianggap mampu memantulkan kejahatan sejak Jesus Christ dikhianati demi 30 keping perak.[perlu rujukan]

Dongeng moden mengatakan bahawa vampir boleh menjelma menjadi kelawar, serigala, bahkan gumpalan gas. Mereka mempunyai taring yang panjang (siung) untuk menggigit kulit manusia yang memudahkan mereka menghisap darah. Mereka harus menjauhkan diri dari sinar matahari. Vampir dapat dibunuh dengan cara menikam jantungnya. Kaum vampir mempunyai satu musuh iaitu serigala jadian.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ (Perancis) Levkievskaja, E.E. (1997). "La mythologie slave : problèmes de répartition dialectale (une étude de cas : le vampire)". Cahiers Slaves. 1. Dicapai pada 2007-12-29. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  2. ^ Créméné, Mythologie du Vampire, hlm. 89.
  3. ^ Bunson, Vampire Encyclopedia, hlm. 219.
  4. ^ (Ukraine) Словник символів, Потапенко О.І., Дмитренко М.К., Потапенко Г.І. та ін., 1997.[1] online article.
  5. ^ Dundes, Alan (1998). The Vampire: A Casebook. University of Wisconsin Press. m/s. 13. ISBN 0299159248.
  6. ^ "Vampire". Encyclopaedia Britannica. 27. Encyclopaedia Britannica Company. 1911. m/s. 876. |access-date= requires |url= (bantuan)
  7. ^ Frost, Brian J. The Monster with a Thousand Faces: Guises of the Vampire in Myth and Literature, Univ. of Wisconsin Press (1989) hlm. 3.