Watak-watak dalam Gun Sword

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Van (Gun X Sword))

Senarai ini menunjukkan watak-watak dalam siri anime Gun Sword (nama penuhnya adalah Gun X Sword, di mana "x" tidak disebut). Kisah siri Gun x Sword tidak mengambil tempat di Bumi, tetapi di suatu planet fiksyen yang dikenali sebagai Planet of Endless Illusion (Planet Ilusi Tiada Sempadan).

Protagonis[sunting | sunting sumber]

Templat:Spoiler

Van

Van[sunting | sunting sumber]

Disuarakan oleh: Takanori Hoshino (Bahasa Jepun), David Vincent (pelakon) (Bahasa Inggeris)

Van merupakan watak utama siri ini. Dia sedang mengelilingi dunia, sentiasa mencari seorang lelaki misteri dengan tangan kanannya berkuku palsu yang telah membunuh bakal isterinya, Helena, pada hari perkahwinan mereka. Van bersumpah untuk membunuh lelaki itu dan membalas dendam ke atas apa yang telah berlaku.

Senjata utamanya merupakan sehelai kain boleh ubah yang diletakkan di sisinya seperti sepucuk pistol. Bentuk kain ini boleh diubah-ubah kepada sebilah pedang ataupun memanjang untuk mengait atau menanam dirinya ke dinding. Van juga mampu memusingkannya dari hulunya dengan pantas sekali untuk memantul serangan yang ditujukan ke arahnya.

Dalam perjalanannya dia telah diberi beberapa nama gelaran, antaranya: Van the Unemployed (Van si Penganggur), Van the Freeloader (Van yang Merempat), Hangover Van (Van yang Pening), Van the Crybaby (Van si Perengek), Steel Van (Van yang Gagah), Pretty Van from the Garbage Dump (Van yang Cantik dari Buangan Sampah), Nice Guy Van (Van Lelaki Budiman), Van that Weird Guy who Helped Out (Van lelaki ganjil yang membantu), Van of a Thousand Conquests (Van dari Seribu Penaklukan) dan Van the Devil's Swallowtail Suit (Van Syaitan Berjubah Hitam). Walaupun gelaran-gelaran ini tidak digunakannya dengan kerap, dia gemar menggunakan Van of the Dawn (Van dari Subuh) untuk merujuk kepada dirinya. Joshua pula merujuk kepadanya sebagai Van of a Thousand Naps (Van dari Seribu Lelapan). Meskipun seorang yang ringkas dan tenang secara semula jadinya, apabila maklumat tentang lokasi Lelaki Berkuku Palsu itu disebut, dia secara tiba-tiba menjadi garang.

Kaedah Van menyeru Dann of Thursday.

Armor putih Van, Dann Si Khamis (Dann of Thursday), atau hanya sebagai Dann, terletak di dalam sebuah satelit berbentuk salib di angkasa lepas, dan dilancarkan ke posisi tuannya apabila Van memusingkan topinya 180 darjah dan mengayun pedangnya, memotong bentuk "V" di udara. Dann merupakan di antara Armor yang terkuat di planet itu, dan menggunakan sebilah pedang gergasi sebagai senjata utamanya. Disebabkan posisi Van sebagai salah seorang daripada ahli Tujuh yang Asli, dia harus menaiki Dann sekali seminggu untuk menjana semula kuasanya. Jika tidak dia akan mati.

Van cuba tidak mengendahkan hal orang lain, tetapi jika dirinya terbabit, dia selalu menjauhkan dirinya daripada pengetahuan orang awam. Dia tidak gemar meminum alkohol, sebaliknya lebih gemar minum susu. Tentang makanan, Van selalu meminta segala jenis bahan perasa yang ada, dan mencampurkan semuanya ke atas makanannya. Van gemar menjerit perkataan-perkataan seperti "PEDAS!" dan "SEDAP!" sambil dengan lahapnya menelan makanan-makanannya. Meskipun kurang jelas pada awal-awal episod Gun X Sword, di dada Van terdapat suatu parut yang luar biasa; sebuah bulatan dipisahkan secara menegak dari tengah ke bawah dengan tujuh garisan bersinar di bahagian luaran.

Van mempunyai satu tabiat buruk, di mana dia selalu melupai nama-nama mereka yang ditemuinya, terutamanya Carmen. Selang beberapa episod barulah Van mula mengingati mereka. Wendy merupakan orang pertama yang Van ingat namanya. Di kalangan mereka, Van dengan pantasnya dapat mengingati nama Priscilla.Ini adalah kerana Priscilla merupakan pesaing pertama yang setaraf dengannya. Dia tiba-tiba sahaja menghilangkan diri, sehinggalah dia muncul selang beberapa tahun yang kemudian.

Wendy

Wendy Garret[sunting | sunting sumber]

Disuarakan oleh: Houko Kuwashima (Bahasa Jepun), Stephanie Sheh (Bahasa Inggeris)

Wendy merupakan rakan pengembara Van yang pertama dan menemaninya untuk mencari abangnya, Michael Garret yang diculik Lelaki Berkuku Palsu itu. Wendy bersifat baik hati, berbelas kasihan, berazam tinggi, dan selalu berniat untuk membantu orang lain. Sikap ini amat berlawanan dengan sikap Van yang tidak mengendahkan hal mahupun perasaan orang lain. Wendy melilitkan kura-kura merah jambu jagaannya, Kameo, disekeliling lehernya sebagai tangkal nasib, diberikan oleh Michael. Dalam episod yang pertama, kura-kuranya menyelamatkan Wendy apabila peluru yang ditembak ke arahnya terkena Kameo.

Wendy dibesarkan di pekan Evergreen bersama-sama abangnya Michael yang dia sangat sanjungi disebabkan sikap abangnya yang selalu melindunginya semasa mereka masih kecil.

Dia sering membawa pistol abangnya yang dia dapati dari penduduk pekan. Pistol tersebut mempunyai satu peluru sahaja, dan Wendy tidak pernah menggunakannya sehinggalah episod terakhir siri ini. Selang beberapa tahun kemudian, Wendy dilihat sedang menceritakan semula kisah yang dialaminya kepada seorang pemberita. Pada saat itu, Van sampai di pintu hadapannya, tanpa mengingati namanya.

Carmen 99

Carmen 99[sunting | sunting sumber]

Disuarakan oleh: Kikuko Inoue (Bahasa Jepun), Michelle Ruff (Bahasa Inggeris)

Carmen 99 (nama sebenarnya Carol Mendosa) merupakan seorang ejen sendirian dan upahan yang ditemui Van dan Wendy dalam episod 2, walaupun Van bernah bersua dengannya dahulu lagi. Nama gelarannya "Carmen 99" berasal dari ukuran buah dadanya (99 cm) dan jumlah aksesori yang selalu dibawanya. Carmen membesar di sebuah pekan bernama Trinolia bersama-sama bapa saudara dan anak bapa saudaranya (selepas kehilangan ibu bapanya); mereka berdua sangat rapat dengannya sehinggalah dia meninggalkan pekan tersebut. Sepenajang siri Gun Sword, Carmen sering meninggalkan Van dan Wendy, kemudiannya kembali untuk bersama mereka lagi, pada babak akhir, dia bersama dengan mereka untuk menyelamatkan planet. Pada penghujungnya, dia mengaku bahawa dia telah jatuh cinta terhadap Van, namun dia tertawa disebabkan hubungannya dengan Van tidak akan berjaya.

Ray

Ray Lundgren[sunting | sunting sumber]

Disuarakan oleh: Takahiro Sakurai (Bahasa Jepun), Liam O'Brien (Bahasa Inggeris)

Ray merupakan seorang pemandu Armor bersifat kejam serta menyendiri, dan menyimpan dendam terhadap Lelaki Berkuku Palsu yang telah membunuh isterinya, Shimo. Ray pertama kalinya muncul secara langsungnya dalam episod 5, dipamerkan sebagai watak hitam kerana dia ditentangi Van dan berkelakuan jahat. Seperti Van, Ray turut mengembara mencari lelaki yang sama dan berniat untuk membunuhnya. Walaupun objektif mereka adalah sama, Ray kurang sifat simpati ataupun ragu-ragu jika dibandingkan dengan Van; kematian orang lain disekitarnya tidak melahirkan apa-apa perasaan bersalah ataupun belas kasihan terhadapnya, salah satu perbuatan yang dibenci dan dimarahi Van. Namun, menurut adiknya Joshua, Ray berkelakuan sangat berbeza sebelum kematian isterinya. Dalam episod-episod yang kemudiannya, Ray menyatakan niatnya yang sebenar, iaitu membunuh Lelaki Berkuku Palsu itu, selepas itu membunuh dirinya untuk kembali ke pangkuan Yoshimo.

Kaedah Ray menyeru Vulcan.

Seperti Van, Ray tidak gemar meminum alkohol tetapi lebih suka air biasa sahaja. Pada babak-babak akhir siri ini, kedua-dua belah mata Ray termasuklah penglihatannya dicederakan, sehinggalah dia terbunuh dalam episod 24. Namun begitu dia mati dengan perasaan puas hati kerana tembakan terakhirnya berjaya menggagalkan rancangan The Claw Man sementara dia disatukan semula dengan isterinya.

Persaingan di antara dia dengan Van lahir disebabkan mereka berkongsi objektif yang sama. Dalam babak-babak hampir akhir, Ray bekerjasama dengan Van, walaupun mereka tidak risau akan satu samal lain.

Senjata utama Ray merupakan sepucuk pistol berbentuk Katana dengan lelopak peluru besar yang teletak berdekatan bahagian pedangnya. Dia memegang senjatanya di atas hulunya dan memutarkannya untuk menembak. Dia mempunyai beberapa senjata simpanan, contoh seperti tumit kasutnya.

Joshua

Joshua Lundgren[sunting | sunting sumber]

Disuarakan oleh: Junko Noda (Bahasa Jepun), Yuri Lowenthal (Bahasa Inggeris)

Joshua ialah adik kepada Ray dan bersikap ceria, becok dan peramah. Walaupun dia sangat menyayangi abangnya, kelakuannya sangat berbeza berbanding Ray. Joshua mengatakan bahawa dahulunya, perangai abangnya sangat berbeza dengan dirinya sekarang, dan dia berubah selepas isterinya dibunuh Lelaki Berkuku Palsu. Walaupun Joshua turut mengambil berat tentang Yoshimo, dia berharap agar Ray dapat menerima kematian isterinya lalu pulang ke rumah, dan menghancurkan niatnya ingin membalas dendam terhadap pembunuh isterinya itu. Kemahiran teknikal Joshua sangat mengagumkan; dia berupaya untuk membaiki apa jua peralatan ringan, menganalisis kelemahan Armor, dan berupaya untuk mencipta bom.

Pada episod terakhir siri ini, Joshua berjaya mematikan punca kuasa kepada Armor Lelaki Berkuku Palsu, sekaligus menggagalkan rancangannya.

El Dorado Lima berdiri di atas Armor mereka.

El Dorado Lima (The El Dorado Five)[sunting | sunting sumber]

Barrio Disuarakan oleh: Katsuhisa Houki (Bahasa Jepun), Harry Molloy (Bahasa Inggeris)
Carlos Disuarakan oleh: Takashi Taguchi (Bahasa Jepun), William Knight (Bahasa Inggeris)
Jose Disuarakan oleh: Matomu Kiyokawa (Bahasa Jepun), Michael Forest (Bahasa Inggeris)
Nero Disuarakan oleh: Masaharu Satou (Bahasa Jepun), Michael Sorich (Bahasa Inggeris)

El Dorado Lima terdiri daripada empat lelaki tua; mereka merupakan pemandu Armor, iaitu Nero, Josè, Carlos dan Barrio. Mereka menghabiskan masa mereka mengenang kembali tentang pertarungan mereka pada masa-masa dahulu, walaupun tidak disenangi penduduk-penduduk pekan mereka. Ahli kelima mereka, Chizuru, sudahpun meninggal dunia. Setiap satu daripada Armor mereka boleh bergabung menjadi sebuah mecha yang besar (Kaki, Perut, Kepala dan Bahu, Lengan, Beg Galas) yang digelar El Dorado Five, sebuah Armor yang mempunyai tahap kekuatan yang tinggi. Rumah tumpangan yang selalu disinggahi mereka diuruskan oleh Yukiko, cucu Chizuru.

Van dan Wendy pertama kalinya berjumpa dengan mereka ketika mereka singgah di pekan itu. Pada saat pekan itu diserang seorang saintis yang berasa terpinggir oleh penduduk-penduduk lain, sekumpulan warga emas tersebut bergabung menjadi El Dorado Five buat pertama kalinya dalam berpuluh tahun dan berjaya mengalahkan saintis jahat itu. Selepas kejadian ini, reputasi mereka di kalangan pemuda di pekan itu mula menyerlah dan mereka mula dihormati. Mereka kemudiannya bersama-sama Van dan kumpulannya membantu mengalahkan Lelaki Berkuku Palsu itu.

Salah satu perkara yang menjadi bahan tawa ialah kalakuan Carlos; hampir sepanjang masanya dia setengah terjaga, meskipun kumpulannya dalam suatu pertarungan yang merbahaya. Namun begitu, kadang-kala dia terjaga dan apabila ini berlaku, dia sering memberi nasihat yang berguna.

Apabila mereka berjaya mengalahkan musuh mereka, mereka menjerit, "ADIOS, AMIGO!!!".

El Dorado Lima (The El Dorado Five)

El Dorado[sunting | sunting sumber]

El Dorado merupakan Armor versi yang tua, dipandu oleh El Dorado Lima. Pada permulaan siri ini, mereka tidak menggunakannya sehinggalah keselamatan pekan mereka terancam. El Dorado terdiri daripada lima bahagian mecha yang lebih kecil, yang bersatu menjadi sebuah Armor. Syarat untuknya menggunakan serangannya yang paling kuat ialah setiap daripada bahagian El Dorado hendaklah disatukan. Armor ini biasanya menggunakan serangan fizikal seperti menggunakan tangannya, tetapi berupaya juga menggunakan tembakan peluru berpandu dan beberapa serangan istimewa yang lain. El Dorado cepat kehabisan tenaga, hal ini menghalangnya daripada bertarung dalam pertarungan yang terlalu lama.

El Dorado mempunyai persamaan dengan GaoGaiGar (sebuah siri anime tahun 1997) dan Dacouga (satu lagi siri anime mecha).

Priscilla

Priscilla[sunting | sunting sumber]

Disuarakan oleh: Saeko Chiba (Bahasa Jepun), Carrie Savage (Bahasa Inggeris)

Priscilla merupakan seorang gadis berambut merah jambu yang berjumpa Van pertama kalinya dalam pertarungan Armor yang berlangsung di pekan halamannya. Dia suka memandu Armornya dan menyumbangkan kesemua hadiah dan duit yang dimenanginya terhadap kesusahan yang dipikul kakaknya, Johanna, yang mengasuh anak yatim. Kedua-dua adik-beradik ini dibesarkan oleh wanita bekas pemandu Armor yang kemudiannya merupakan seorang biarawati, juga merupakan pemilik asal Brownie, Armor Priscilla. Priscilla berhubung dengan Armornya menerusi sistem kawalan yang membolehkan pergerakannya ditiru terus oleh Brownie, sekaligus memberi kelebihan kepada Brownie untuk bergerak menerusi pergerakan tuannya yang lincah. Priscilla suka bermain adil dalam pertarungannya, dan menolak rasuah sebuah cawangan yang besar supaya dia mengaku kalah dalam pertarungan kejohanannya.

Priscilla bertemu dengan Van buat kali pertamanya.

Kelakuannya agak naif dan dia sentiasa berkelakuan riang. Dia kemudiannya menyertai kumpulan Van dan menaruh perasaan cinta terhadapnya. Dia tidak berasa takut mahupun malu menunjukkan perasaannya terhadap Van, dan ahli kumpulan El Dorado Lima juga dengan hati yang terbuka menggalakkan Priscilla melamar Van, selepas melihat betapa kuatnya perasaan gadis itu terhadap Van. Disebabkan ianya terlalu awal untuk berkahwin, Priscilla berjaya menetapkan sebuah temu janji bersama-sama Van. Namun begitu, temu janjinya ditangguhkan apabila Van tiba-tiba meninggalkan yang lain selepas memenuhi objektif membunuh The Claw Man dan membalas dendam kematian Helena. Priscilla bersumpah bahawa suatu hari kelak dia akan mencari Van dan tetap keluar bersama-samanya.

Satu lagi perkara yang selalu membingungkan (dan menaikkan darah) Wendy dan Carmen ialah kelakuan Van yang mengingati nama Priscilla dengan pantas sekali sejak pertemuan pertama mereka manakala Van tidak pernah mengingati nama Carmen sebelum episod terakhir.

Yukiko

Yukiko Steavens[sunting | sunting sumber]

Disuarakan oleh: Satsuki Yukino (Bahasa Jepun), Megan Hollingshead (Bahasa Inggeris)

Yukiko merupakan pemilik rumah tumpangan "Pink Amigo" di pekan halaman kumpulan El Dorado Lima. Yukiko merupakan cucu kepada Chizuru Steavens, yang merupakan salah satu ahli El Dorado Five yang telah meninggal dunia. Suara merdu Yukiko apabila dia menyanyi mengingatkan ahli-ahli El Dorado Lima tentang rakan mereka dan selalu menenangkan mereka apabila mereka mula bertekak. Apabila kumpulan El Dorado Lima menyertai Van, Yukiko turut mengiringi kumpulan itu bertujuan untuk menjaga mereka.

Antagonis[sunting | sunting sumber]

Lelaki Berkuku Palsu atau The Claw Man.

Lelaki Berkuku (The Claw Man)[sunting | sunting sumber]

Disuarakan oleh: Kenyuu Horiuchi (Bahasa Jepun), Kirk Thornton (Bahasa Inggeris)

Lelaki Berkuku ataupun The Claw Man merupakan seorang perancang yang teliti; tangan kanannya bersarungkan kuku besi berwarna emas yang palsu, dan secara amnya, dia merupakan antagonis utama siri ini. Dia telah membunuh kedua-dua isteri Van dan Ray, dan merupakan sasaran mereka dan sumber dendam mereka. Dalam babak-babak seterusnya dalam siri ini, objektif sebenarnya didedahkan, iaitu untuk membina sebuah dunia kononnya untuk membawa kebahagiaan kepada semua dan menghapuskan dosa-dosa yang telah dilakukan seseorang, sama ada mereka mahunya ataupun tidak, dan secara buta-buta menghiraukan mereka yang sudahpun mengecapi kebahagiaan. Sebelum episod 12, dia ditunjukkan dalam imbasan-imbasan masa lampau sahaja sebagai lembaga berkuku palsu. Namun dalam episod 12, Wendy bertemu dengan seorang tua bersifat baik hati yang telah membantunya mengatasi kesedihannya terhadap abangnya Michael. Sejurus selepas perbualan mereka, lelaki tua itu memasang sebuah kuku palsu di tangan sebelah kanannya, dan identitinya yang sebenar sebagai Lelaki Berkuku Palsu itu terdedah di hadapan Wendy yang terkejut akan kejadian itu.

Rancangan sebenarnya adalah untuk mengubah dunia dengan cara "melarutkan" dirinya dan kemudian mencantumkan dirinya sendiri dengan semua manusia dan benda lain dia planet itu dalam keadaan separuh sedar, barangkali sebagai sebuah "suara hati" untuk manusia. Proses mahupun perubahan yang akan berlaku terhadap dirinya dan tamadun dunia sebenarnya tidak pernah diterangkan dengan jelas. Walaupun dia menolak hasrat untuk menakluki dunia, bentuk rancangannya merupakan dominasi menyeluruh ke atas kebebasan orang lain. Dalam kata-kata lain, dia berniat untuk memaksa ideal dan moralnya diterima masyarakat dunia, menjadikan dirinya sebagai tuhan. Ini secara ironiknya, merupakan asas kepada dominasi dunia, menjadikannya seorang hipokrit. Selain itu, dia tidak mengaku dan secara terang-terang tidak perasan akan kesakitan dan kematian yang dilakukannya ke atas orang lain untuk mengecapi matlamatnya. Rancangannya juga ditentang kuat ahli kumpulannya sendiri, menyatakan bahawa dia ingin melakukan pembunuhan besar-besaran terhadap umat manusia di planet itu. Dalam episod 18, kumpulannya berhasrat untuk memaksanya mendedahkan matlamat sebenar yang dirahsiakan. Semasa perundingan berlangsung, Lelaki Berkuku Palsu kelihatan lebih berminat berbincang daripada bertelingkah, menjelaskan bahawa dia tidak berniat hendak membunuh manusia di planet itu. Namun, beberapa minit kemudian, dia membunuh salah seorang ahli pemberontak itu dengan memeluknya (kononnya dengan menyayanginya) sambil mencakar belakangnya dengan kuku besi palsunya. Apabla dia melepaskan lelaki tersebut dan mendapati dia telahpun mati, dia amat terkejut akan kejadian itu dan mengatakan dia telah "melakukannya sekali lagi", sambil meminta maaf berulang kali dan berjanji untuk menjayakan rancangannya. Lelaki Berkuku Palsu juga kurang menunjukkan simpati terhadap mana-mana ahli The Original Seven yang mati di tangan Van atau Ray. Dia yakin bahawa dengan hanya memiliki sampel DNA mereka, rancangannya sudah cukup bersedia.

Untuk mengecapi impiannya, dia telah menghimpunkun sekumpulan masyarakat yang terdiri daripada pengikut-pengikut setia (termasuklah abang Wendy, Michael dan mentor Van, Gadved). Di kalangan mereka dia dikenali hanya sebagai Komrad ataupun The Comrade.

Dia selalu memakai pakaian yang biasa sahaja, meskipun kedudukannya tinggi. Dis juga gemar berkebun dan apabila dikelilingi binatang-binatang. Secara amnya, dia dipamerkan melakukan aktiviti-aktiviti yang mengasuh dan kreatif. Walaupun dia merupakan seorang tua yang pelupa, dia sebenarnya telah hilang akalnya dan tidak mengaku terhadap apa-apa kelakuan salah yang dilakukannya, meskipun hampir semua kelakuannya telah menimpakan kemudaratan dan kematian terhadap mereka yang tidak bersalah. Dia selalu merasionalkan perbuatannya, secara menyeluruhnya sebagai suatu kebaikan yang besar terhadap umat manusia. Satu lagi penyebab utama kegilaan yang memaksa dirinya adalah disebabkan dia dijangkiti penyakit dan cepat-cepat ingin melaksanakan cita-citanya.

Dalam episod 23, sebahagian daripada kisah Lelaki Berkuku Palsu ini didedahkan, iaitu dia berjaya melarikan diri Planet Ibu 'Bumi' bersama-sama beberapa orang yang lain. Pada mulanya, mereka menyayangi sesama sendiri, namun kemudiannya mulai membunuh satu sama lain sehingga tinggalnya The Claw Man seorang diri. Ini telah menjadi inspirasi untuknya "melahirkan sebuah dunia yang aman dengan tanganku sendiri".

Satu lagi fakta yang diketahui adalah tentang planet yang didiami manusia sekarang, pada satu masa dahulu merupakan sebuah planet penjara di mana Tujuh yang Asli merupakan warden-warden atau penjaga planet tersebut. Komrad telah menyaksikan zaman kejatuhan planet dan evolusinya kepada keadaannya sekarang. Dia membuat keputusan untuk menjadi sebahagian daripada "suara hati" masyarakat, dan mula bergerak ke arah suara hati seluruh umat manusia. Rancangannya tergendala apabila Van dan sekutunya berjaya menghentikan proses tersebut, kemudian menemui ajalnya apabila Van membelah dirinya dengan pedangnya. Di pertempuran akhir, The Claw Man menunjukkan sebahagian daripada dirinya yang gila.

Michael Garret

Michael Garret[sunting | sunting sumber]

Disuarakan oleh: Souichiro Hoshi (Bahasa Jepun), Johnny Yong Bosch (Bahasa Inggeris)

Michael Garret merupakan abang Wendy dan satu-satunya ahli keluarganya di Evergreen selepas kematian ibu bapa mereka. Di zaman kanak-kanak mereka, Michael sangat menyayangi Wendy, dan sentiasa melindungi adik perempuannya apabila pekan mereka diserang penjahat-penjahat. Dia kemudiannya diculik Lelaki Berkuku Palsu, dan Wendy mengikuti perjalanan Van untuk mencarinya. Namun begitu, apabila Wendy berjaya menemui abangnya kembali, dia tidak lagi di bawah kurungan Lelaki berkuku Palsu itu. Sebaliknya, abangnya secara sukarela ingin mengikuti lelaki itu dan telah bersatu dengannya demi menyedari impian Komrad iaitu membanteras segala jenis kepiluan di muka planet itu dengan mencipta dunia yang baru. Seperti adiknya, Michael boleh bersifat lembut hati dan belas kasihan, dan kadang-kala besifat garang mengikut kehendaknya. Walaupun dia secara sukarelanya menyokong dan mengikuti The Claw Man, dia masih dibelenggu keraguan dan melawan perasaan sangsinya terhadap projek yang disertainya.

Michael merupakan salah seorang ahli The Original Seven (selain daripada William Woo) yang tidak memerlukan pembedahan implan untuk membolehkannya memandu sebuah "Armor Asli". Ini merupakan sebab utama mengapa dirinya dipilih Lelaki Berkuku Palsu itu, dan Michael kemudiannya terbukti sebagai sebahagian daripada rancangan The Claw Man yang penting. Dia memandu Armor Tujuh yang Asli iaitu Saudade Si Ahad (Saudade of Sunday). Selepas dirinya dikalahkan Van dan Armornya hancur, dia muncul pada kali terakhirnya, menyelamatkan adiknya daripada dihempap puing. Dia dan kekasihnya Fasalina dilihat mati dihempap sebuah batu tongkol, namun kematian mereka tidak dapat dipastikan dengan sahih.

Armor: Saudade Si Ahad (Saudade of Sunday)

Fasalina

Fasalina[sunting | sunting sumber]

Disuarakan oleh: Masayo Kurata (Bahasa Jepun), Karen Strassman (Bahasa Inggeris)

Fasalina merupakan "perempuan kanan" Lelaki Berkuku palsu yang cukup setia, dan akan melakukan apa-apa sahaja untuk melindunginya dan impiannya. Sebelum diambil masuk, Fasalina berkerja sebagai seorang pelacur. Apabila berlawan dalam Armornya, Fasalina sering menggoda lawannya, dengan ini dia akan melemahkan fokus mereka. Dia kemudiannya mula mempunyai hubungan romantik dengan Michael dan menjadi penyokong setianya.

Apabila tidak berlawan dalam Armornya, dia menggunakan sebuah tongkat yang boleh memanjang, membengkok atau mengembang mengikut kemahuannya. Carmen 99 mula bermusuhan dengan Fasalina dalam babak-bakak berikutnya, disebabkan perbuatan Fasalina merosakkan kampung halaman Carmen dengan bunga-bunga beracun dan secara tidak langsungnya bertanggungjawab di atas kematian rakan karibnya. Apabila The Claw Man dibunuh Van, dan bekas pelacur itu dikalahkan Carmen, Fasalina merayu kepada Carmen untuk mengambil nyawanya, selepas kehilangan kemahuan dirinya untuk hidup. Dia kemudiannya bersatu dengan Michael apabila mereka dihempap sebuah batu tongkol. Sama ada mereka hidup ataupun tidak masih menjadi tanda tanya, kerana mereka tidak lagi dilihat selepas kejadian itu.

Armor: Dahlia Si Rabu (Dahlia of Wednesday)

Gadved

Gadved[sunting | sunting sumber]

Disuarakan oleh: Kazuhiko Kishino (Bahasa Jepun), Dan Woren (Bahasa Inggeris)

Gadved pernah menjadi kawan baik Van dan Helena, kerana Helena dan Gadved pernah berkerja bersama-sama menyelidik Armor Tujuh yang Asli. Pada hari perkahwinan Van dan Helena yang penuh tragik itu, di mana Helena dicederakan hingga kritikal oleh Lelaki Berkuku Palsu, Helena meminta Gadved secara tetapnya memilih Van sebagai pemandu "Dann of Thursday", justeru mengambilnya sebagai salah seorang ahli Tujuh yang Asli. Dalam siri ini, Van dengan terkejutnya mendapati Gadved telah menjadi salah seorang pengikut The Claw Man. Dia juga memberitahu Van bahawa dia bertanggungjawab memaklumkan Lelaki Berkuku Palsu itu lokasi Helena. Dia merupakan seorang pemandu Armor veteran dan merupakan ahli The Original Seven yang terakhir dalam generasinya yang dikatakannya bersifat keji, lebih-lebih lagi selepas kejatuhan Planet Bumi. Dia merupakan pemandu Armor Tujuh yang Asli yang pertama sekali dibunuh Van selepas mereka berdua bersetuju berkongsi impian yang sama. Akhirnya, Van menewaskannya.

Armor: Diablo Si Isnin (Diablo of Monday)

Carossa

Carossa[sunting | sunting sumber]

Disuarakan oleh: Makiko Ohmoto (Bahasa Jepun), Beau Sterling (Bahasa Inggeris)

Carossa merupakan ahli kumpulan The Claw Man dan abang kembar kepada Melissa, meskipun lebih ganas dan turburu-buru daripada adiknya. Apabila mereka bersama, selalunya Carossa yang mengambil inisiatif berbanding Melissa. Kedua-dua adik-beradik ini merupakan anak yatim dan disebabkan itu, mereka amat memerlukan perhatian orang, lebih-lebih lagi daripada Lelaki Berkuku Palsu itu. Dia juga sering melindungi adik perempuannya dan akan menyerang sesiapa sahaja yang menakutkannya atau menyebabkannya menangis. Hampir dari saat awal lagi, dia mulai bermusuhan dengan Michael, sebahagian daripada sebabnya adalah kerana Michael diberi perhatian penuh oleh The Claw Man (kerana kepentingan dirinya terhadap rancangannya) dan sebahagian lagi kerana Melissa menyukai Michael. Kedua-dua adik-beradik kembar ini adalah ahli The Original Seven dan merupakan hasil penyelidikan menggunakan hubungan mental di antara kembar. Ray tanpa keraguan ataupun belas kasihan telah membunuh mereka dengan senjata Armornya apabila mereka cuba melewatkan kedatangan para protagonis ke lokasi Lelaki berkuku Palsu itu di saat-saat akhir.

Armor: Sin Si Jumaat (Sin of Friday)

Melissa

Melissa[sunting | sunting sumber]

Disuarakan oleh: Chiwa Saito (Bahasa Jepun), Megan Harvey (Bahasa Inggeris)

Melissa merupakan adik perempuan kembar Carossa. Dia mudah disergah dan jauh lebih munasabah dan berhati-hati berbanding abangnya. Dia kemudiannya menyukai Michael, meskipun ditentangi Carossa. Di saat perlawanan Armor, dia dan Carossa beroperasi secara selari, membolehkan mereka bercantum sebagai satu Armor untuk serangan dan pertahanan yang lebih kukuh.

Armor: Sen Si Sabtu (Sen of Saturday)


William Will Woo

Woo[sunting | sunting sumber]

Disuarakan oleh: Mitsuaki Madono (Bahasa Jepun), Dameon Clarke (Bahasa Inggeris)

Woo (nama penuhnya, William Will Woo) merupakan salah seorang ahli Tujuh yang Asli dan waris kepada sebuah keluarga bangsawan. Dia kelihatan tidak beremosi secara fizikalnya, tetapi hatinya dipenuhi keberangan dan kebingungan yang memuncak. Woo mengalami sindrom yang digelar Oedipus complex, atau suatu keadaan di mana dia memperlihat ayahnya sebagai suatu halangan atau pesaing untuk kesayangan atau cinta ibunya. Semasa dirinya masih remaja, dia menyerang ayahnya dengan sebilah pisau dengan niat untuk membunuhnya, tetapi ibunya menghalang ayahnya dan sebaliknya ditikam mati. Selepas itu, Woo meninggalkan pekan yang sebelum ini diperintah keluarganya disebabkan memori silamnya yang pahit, dan melepaskannya ke arah kemusnahan. Woo telah menjadi tidak stabil secara mental dan rohani, dan mencari tujuan melepaskan kemarahannya dalam apa jua cara. Dia juga menggelar Van dan Gadved sebagai Kaum Tua (Old Types). Van membunuhnya selepas mengumpannya ke arah Dann di atas istananya dan mereka bertarung di mana di saat ini didedahkan bahawa Woo 'meninggalkan ibunya demi ayahnya'. Van kemudiannya mencabarnya dengan mengatakan bahawa tiada sesiapa yang meninggalkan cinta sejati mereka berupaya mengalahkannya.

Armor: Metsä Si Selasa (Metsä of Tuesday)

Tujuh yang Asli (The Original Seven)[sunting | sunting sumber]

Armor merupakan robot gergasi kawalan manusia yang digunakan untuk bertarung. Mereka yang mengawal Armor digelar pemandu, dan sesetengah Armor boleh terdiri lebih daripada satu orang pemandu. Mereka mengawal Armor mereka dari bahagian dalam yang membolehkan Armor mereka meniru pergerakan pemandu di dalamnya. Di kalangan Armor yang biasa, terdapat tujuh buah Armor yang direka khas dengan lebih kuasa yang digelar sebagai Armor Tujuh yang Asli ataupun The Original Seven Armors. Mereka dinamakan menurut hari-hari dalam satu-satu minggu dan pemandu mereka dipilih untuk tugasan mereka untuk tiap-tiap generasi, yang dikenali sebagai The Original Seven. Kebanyakan pemandu-pemandu Armor ini diberikan implan untuk membolehkan mereka mengawal Armor mereka, namun sesetengah daripada mereka dilahirkan dengan keupayaan mengawal Armor mereka tanpa pembedahan tambahan, dan golongan ini dianggap istimewa. Armor Tujuh yang Asli adalah istimewa kerana apabila tidak digunakan pemandu mereka, Armor Tujuh yang Asli ini akan disimpan di dalam sebuah stesen satelit di angkasa lepas, satu stesen untuk setiap Armor. Di stesen mereka, apa jua kerosakan selalunya akan dibaiki dan kuasa mereka akan dijana semula sehinggalah mereka diseru pemandu mereka semula. Apabila sesebuah Armor itu diseru, ia akan mengambil bentuk sebagai sejenis senjata gergasi, tetapi dalam pertarungan mereka akan bertukar kepada bentuk lebih manusia. Semua unit The Original Seven mempunyai sejenis cecair hitam-biru yang dinamakan cecair G.E.R. yang meresapi seluruh Armor itu. Cecair ini mengalir di seluruh badan Armor itu seperti darah dalam tubuh manusia, mengalir keluar jika bahagian badannya dipotong atau dicederakan. Cecair ini juga memenuhi kokpit Armor tersebut, berupaya menerima input-input saraf serta membantu menyembuhkan pemandu di dalam kokpit apabila mereka berhubung. Namun begitu, ahli-ahli The Original Seven secara kekalnya bersambungan dengan Armor mereka; jika mereka tidak menjana semula kuasa mereka sekurang-kurangnya sekali seminggu, atau jika Armor mereka dihancurkan, mereka akan mati.

Saudade of Sunday

Saudade Si Ahad (Saudade of Sunday)[sunting | sunting sumber]

Pemandu: Michael Garret

Saudade dijumpai semula di sebuah runtuhan bandar di dasar laut dalam episod 10. Bila dalam bentuknya yang padat, Saudade berupa sepucuk pistol gergasi. Dalam bentuk manusianya, Saudade mempunyai beberapa pasang sayap besar yang berfungsi sebagai panel-panel solar, justeru membolehkannya beroperasi tanpa menjana kuasanya seperti Armor lain. Disebabkan ini, Saudade merupakan sebuah Armor dalam siri Original Seven yang tidak mempunyai stesen satelitnya sendiri. Saudade menggunakan sebilah pedang gergasi bersama-sama sepucuk pistol di hulunya yang berupaya menembak sinaran-sinaran tenaga. Armor ini dihancurkan Dann Si Khamis dalam pertarungan akhir, suatu kejadian yang sukar dipercayai Michael kerana Saudade Si Ahad merupakan Armor yang tercanggih di antara yang Asli.

Diablo of Monday

Diablo Si Isnin (Diablo of Monday)[sunting | sunting sumber]

Pemandu: Gadved

Secara paras bentuk, Diablo berupa versi Dann of Thursday yang lebih besar dalam saiz. Mula-mula muncul dalam episod 12 di mana Gadved bertarung dengan Van, Diablo merupakan Armor yang lebih handal sedikit berbanding Armor Van, meskipun punca kehandalannya tidak diketahui, sama ada dari pengalaman Gadved ataupun kehebatan Diablo yang tersendiri. Dalam bentuk padatnya, Diablo berupa sebilah kapak dan seterusnya menggunakan sejenis kapak lembing sebagai senjatanya dalam bentuk manusianya. Diablo ditewaskan Dann of Thursday.

Metsä of Tuesday

Metsä Si Selasa (Metsä of Tuesday)[sunting | sunting sumber]

Pemandu: Woo

Metsä merupakan Armor yang langsing, mula-mula muncul dalam episod 12, di mana pertarungannya bersama Armor Van berlangsung. Dalam bentuk padatnya, Metsä mengambil bentuk sebagai tombak yang besar, dan menggunakan sebilah Rapier/Epee dalam bentuk manusiannya.

Dalam pertarungan pertamanya, Dann tidak berupaya mengalahkan Metsä kerana kekurangan pengalaman Van menggunakan perisai elektromagnet Dann dan kemahiran-kemahiran lain. Namun begitu, dalam pertarungan mereka seterusnya, Van menemui kekuatan untuk mengaktifkan potensi Dann menggunakan perisainya, justeru mengalahkan Woo dan Armornya.

Dahlia of Wednesday

Dahlia Si Rabu (Dahlia of Wednesday)[sunting | sunting sumber]

Pemandu: Fasalina

Dahlia merupakan Armor unik Fasalina yang didedahkannya dalam episod 20. Dalam bentuk padatnya, Dahlia berbentuk sebuah tongkat tiga bahagian dan bersenjatakan sebuah tongkat yang hampir sama dalam bentuk manusianya. Dahlia bersifat tangkas dan mempunyai kelajuan yang sukar dicapai. Fasalina mengawalnya dengan menghayunkan sebatang tiang yang telah dipasang dalam kokpit Armornya. Dahlia mempunyai senjata-senjata luar biasa oleh serangan-serangan yang dilakukannya, seperti menembak darah birunya sendiri ke arah pihak lawan, akhirnya menambat lawannya apabila cecair darahnya membeku. Satu lagi senjata uniknya mempunyai kebolehan menembak beberapa sulur paut organik dari dadanya untuk pertarungan jarak dekat. Dahlia juga boleh menembak beberapa roket untuk serangan jarak jauh. Akhirnya, Ray berjaya menghancurkan kaki Dahlia menggunakan piatol Vulcan dari jarak dekat, justeru melumpuhkan Dahlia selama-lamanya.

Dann of Thursday

Dann Si Khamis (Dann of Thursday)[sunting | sunting sumber]

Pemandu: Van

Dann merupakan Armor Van, dibina serupa dengan rupa Van yang lampai dan tinggi. Dalam bentuk padatnya, Dann berupa sebilah pedang gergasi, seterusnya bersenjatakan sebilah pedang besar dalam bentuk manusianya. Pedang ini boleh dipisahkan menjadi dua. Sebilah pedang berbentuk pisau besar terletak di bahagian belakang dan boleh dipusingkan, membolehkannya mengapungkan dirinya buat sementara waktu di udara. Dann adalah di antara beberapa Armor yang tidak berupaya bertarung dari jarak jauh, sekaligus bergantung seratus peratus terhadap pergerakan Van dan kemahirannya bertarung untuk mencederakan lawannya. Dalam permulaan siri ini, Van belum berjaya mengaktifkan kuasa Dann sepenuhnya, tapi dalam episod terakhir dia menemui cara untuk menggunakan perisai elektromagnet Dann, dengan ini peluang Dann untuk mengalahkan lawan yang menggunakan senjata jarak jauh meningkat.

Salah satu kehebatan Dann yang paling menakjubkan adalah kemampuannya menyembuhkan kecederaan atau kesakitan yang dialami Van, termasuklah sakit kepala, sebaik sahaja dia memasuki kokpit. Tambahan pula, Dann juga mempunyai kemahiran Overdrive di mana ia dapat memancarkan sebuah sinaran tenaga yang membinasakan, memotong seperti sebilah pedang, walaupun kemahiran ini dianggarkan berpunca daripada Van, bukannya Dann.

Sin of Friday

Sin Si Jumaat (Sin of Friday)[sunting | sunting sumber]

Pemandu: Carossa

Sin, bersama-sama Armor kembarnya Sen, berbeza daripada Armor Tujuh yang Asli yang lain kerana mereka tidak mempunyai sebarang bentuk manusia atau hampir manusia. Dalam bentuk padatnya, Sin berbentuk seperti sebuah tonfa, manakala dalam bentuk bertarungnya, Sin membongkok ke belakang dengan kaki belakang yang besar bersama-sama ekornya. Apabila bertarung, senjatanya adalah tonfa tersebut yang berupaya bertukar menjadi senjata-senjata lain. Sin dan Sen boleh bercantum atau bersatu menjadi satu Armor tersendiri. Dalam bentuk ini, kekuatan dan ketahanan mereka meningkat, dan menurut kemahuan, mereka boleh berpisah kembali dengan mudah. Sin juga mampu menembak sinaran tenaga. Sin hancur apabila ditembak sinaran tenaga Vulcan, howitzer.

Sen of Saturday

Sen Si Sabtu (Sen of Saturday)[sunting | sunting sumber]

Pemadu: Melissa

Sen merupakan Armor kembar Sin, tetapi lebih kecil berbandingnya. Dalam bentuk bertarungnya, ia berupa lebih manusia berbanding kembarnya namun bahagian kepalanya kelihatan lain daripada rekaan Armor Original Seven yang lain. Dalam bentuk padatnya, ia berupa sebuah chakram, juga merupakan senjatanya dalam bentuk bertarung. Chakram tersebut merupakan sebuah cincin maut, boleh dilemparkan ke arah lawan dan menembusi Armornya, kemudian kembali semula kepada tuannya seperti sebuah bumerang. Sen boleh bersatu dengan Sin menjadi sebuah Armor gabungan, di mana Sen tinggal di bahagian dalam dan bawah, dilindungi Sin yang lebih besar dan kuat. Seperti Sin, Sen berupaya menembak sinaran tenaga. Sen menemui ajalnya di tangan tembakan senjata Vulcan, howitzer.



Armor Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Brownie

Brownie[sunting | sunting sumber]

Brownie merupakan Armor Priscilla, pertama kali ditunjukkan dalam episod 14 semasa pertarungan Armor di antara Van dan Priscilla berlangsung. Pada mulanya, Brownie hanya bersenjatakan lembing yang berkuasa elektrik. Pada pertarungan kejohanan Priscilla, strategi utamanya adalah untuk mengelak serangan lawannya (menggunakan kelincahannya) dan menunggu saat yang tepat untuk menyerang bahagian lawannya yang lemah menggunakan lembingnya, dalam satu serangan yang digelar The Fairy Stab.

Selain daripada unit asas, Priscilla memasang perisai "berat" ke atas Brownie untuk perlawanan kejohanannya. Perisai tersebut menambah sepasang pisau tajam di bahagian lutut yang mampu digunakan untuk serangan menerpa ke arah pihak lawan, tetapi kegunaannya yang paling penting adalah untuk memperlahankan pergerakan Brownie. Ini digunakan untuk mengelirukan pihak lawan yang cuba memperhatikan kelajuan sebenar Armornya. Selepas Van berjaya menangkis serangan Priscilla dengan baik sekali, dia mengeluarkan perisai berat Brownie dan berlawan dalam bentuk asalnya.

Apabila Priscilla menyertai semula Van di markas Lelaki Berkuku Palsu, Brownie dilihat menggunakan beberapa bentuk senjata yang lain. Sejenis senjata bercacak berkabel untuk jarak yang jauh diletakkan di bahu kanan. Meriam Vulcan juga ditambah ke bahu Brownie untuk memberikan kelebihan melakukan serangan jarak jauh yang ringan. Serangan yang paling istimewa dilihat apabila Priscilla berlawan dengan salah satu Armor The Claw Man automatik: Brownie menyerang dengan mengapung di udara, kemudian menembak menggunakan pistol yang diletakkan di bahagian ekornya.

Vulcan

Vulcan[sunting | sunting sumber]

Vulcan merupakan satu-satunya Armor Ray, dibina oleh isterinya Shimo yang dibunuh Lelaki Berkuku Palsu. Vulcan bersenjatakan senapang berjarak jauh dan sepucuk pistol berkuasa yang ditembak apabila bersambung dengan hos tekanan tinggi ke punca kuasa. Berlawanan dengan Armor Van, kaedah Ray menyeru Vulcan adalah dengan menembak ke arah tanah secara berterusan, membentuk sebuah bulatan di sekelilingnya. Vulcan kemudiannya akan mengesan isyarat Ray dan keluar daripada bawah tanah ke arah tuannya. Vulcan disalut sebuah cangkerang yang keras dan tahan lasak bertujuan untuk melindungi dirinya sambil menembak pistolnya dari jarak yang jauh. Vulcan juga mempunyai sebuah senjata yang berupaya menembak suatu sinaran tenaga yang amat kuat, bagaimanapun senjata ini mempunyai satu kelemahan; ia mengambil masa yang lama untuk dijana kuaanya. Ray juga telah melengkapkan Vulcan dengan sebuah mantel atau jubah yang berupaya menyerap serangan-serangan berbentuk sinaran tenaga, memberinya kelebihan bertarung dengan Armor yang bersenjatakan meriam sinaran tenaga. Apabila tidak bertarung, Vulcan bergerak dalam sebuah kenderaan gerudi besar yang boleh muncul dari bawah tanah bila-bila sahaja dia diseru Ray.

Dalam babak-babak seterusnya, ia telah didedahkan bahawa Armor Ray, Vulcan, telah menjadi insiprasi ciptaan meriam sinaran tenaga yang dilengkapkan ke atas Armor Tujuh yang Asli (jumlah yang tepat adalah 5), disebabkan penglibatan Shimo berkerja bersama-sama mereka yang membentuk Armor The Original Seven. Shimo tidak pernah berkerja dengan kumpulan sebenar yang mencipta dan membina Armor Tujuh yang Asli tersebut, dan meriam sinaran tenaga itu merupakan pembaharuan ke atas Armor tersebut.

Metal Glow dilengkapi sepasang tangan yang kuat.

Metal Glow[sunting | sunting sumber]

Metal Glow ataupun Besi Bersinar pertama kalinya muncul dalam episod 2, berupa sebuah kapal perang dengan sebuah perut berupa perut manusia yang disambungkan. Metal Glow dikawal oleh Baron Mayor, ketua bandar yang berjambatan untuk menakluki dunia. Serangan-serangan utama termasuklah menggunakan lengan dan tangannya yang besar dan Regulus Cannon, sejenis meriam yang berupaya menembak besi cair ke arah lawannya. Van berjaya menewaskan Metal Glow dengan melemparkan pedang Dann menembusi Regulus Cannon, kemudian menggunakan kaki Dann untuk menusuknya masuk dan tembus keluar dari belakang.

Naga S-drive (kiri) menentang Dann Si Khamis (kanan)

S-Drive Dragon[sunting | sunting sumber]

S-Drive Dragon (Naga S-Drive) mula-mula muncul dalam episod 8, dan berupa naga Cina berbesi. Naga ini mampu mengapungkan dirinya di udara, dan menggunakan sejenis pemotong jet air dari bahagian mulutnya dan sejenis serangan mejerut untuk menghalang sesiapa sahaja daripada merentasi kawasan pergunungan yang dijaganya. Gelarannya S-Drive merujuk kepada sebuah set panel solar di tulang belakang naga itu di mana tenaga matahari disimpan. Apabila naga tersebut akhirnya dikalahkan, Van dan Ray mendapati bahawa Armor ini tidak dikawal sesiapa; pemandunya sudahpun lama ditinggalkan mati.

Kumpulan Van diserang hendap oleh sepasang naga automatik apabila mereka cuba merentasi masuk terowong bawah permukaan air yang membawa mereka ke markas Lelaki Berkuku Palsu itu. Kedua-dua naga ini dilengkapi senjata-senjata berbeza; mereka tidak lagi menggunakan senjata yang digunakan naga sebelum ini, sebaliknya mereka menyerang menggunakan sepasang meriam yang teletak di bahagian kepala mereka. Mereka dibereskan oleh Brownie dan Eldora Soul.

Terdapat Armor bertemakan naga yang keempat, digunakan kumpulan pemberontak Mudaka apabila mereka cuba melarikan diri daripada Lelaki Berkuku Palsu itu. Naganya juga menyerang menggunakan sepasang meriam sinaran, juga dengan melancarkan peluru berpandu ke arah Saudade Si Ahad daripada beberapa pelancar bahagian belakang. Naga Mudaka ditewaskan Michael dalam pertarungan ini.

Golden Cradle

Golden Cradle[sunting | sunting sumber]

Apabila Van berjaya mengesan muslihat Joe dalam episod 7, Joe menyeru Golden Cradle untuk bertarung dengan Dann. Golden Cradle berupa seakan-akan pahlawan abad pertengahan; perisai berbentuk salib bersama-sama lembing merupakan antara senjata-senjata utamanya. Mukanya separuh ditutup oleh sebuah helmet emas, separuh lagi mendedahkan rupanya yang kelihatan seperti tengkorak besi. Meskipun rupa fizikalnya kelihatan gagah perkasa, Armor Golden Cradle ini adalah setanding dengan Dann dan mempunyai aras dan tahap yang hampir sama dengannya.

Selepas menghancurkan kokpit luaran Joe, Van berjaya merosakkan Golden Cradle dengan serius apabila dia membutakan Joe dengan pantulan sinaran cahaya matahari dan memotong perisai Armor Joe dalam kebingungannya itu. Joe menghancurkan Golden Cradle dengan sendirinya, namun pada masa yang sama, menghalang dirinya memberi sebarang maklumat tentang The Claw Man kepada Van.

Rekaan Golden Cradle ini dapat dilihat sekali lagi apabila Van dan kumpulannya mengembara ke dalam markas Lelaki Berkuku Palsu itu. Beberapa versi automatik berwarna hijau, digelar One-on-One, mengelilingi barisan pertahanan barang-barang kemudahan Lelaki Berkuku Palsu itu. Versi One-on-One ini bersenjatakan mesin-gan[1] yang terletak di atas perisai, termasuklah senjata keduanya iaitu sejenis lembing gergasi. Pemanduan automatik mereka adalah mentah dan mudah dijangkakan, dibuktikan oleh Priscilla yang menewaskan mereka dengan mudah sekali.

Birthday[sunting | sunting sumber]

Dikenali sebagai "Armor Terunggul" yang direka oleh mereka yang melarikan diri dari Bumi. Armor ini mengawal Bulan yang sebenarnya merupakan sebuah satelit besar yang digunakan untuk melarikan diri dari planet Bumi. Armor ini merupakan sebahagian daripada rancangan The Claw Man yang sangat penting. Lelaki Berkuku Palsu memandunya sendiri dan cuba menentang Dann menggunakannya beberapa kali. Namun akhirnya, padah menunggunya, apabila Eldoro 5 muncul mambantu, Dann berjaya menghancurkan perisai sekeliling Birthday sebelum menerpa ke arahnya dan membelah badannya kepada dua menggunakan pedang Dann.

Rujukan dan Sumber[sunting | sunting sumber]