Vena

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam sistem peredaran, vena ialah sejenis salur darah yang mengalirkan darah ke dalam jantung. Salur darah yang membawa darah keluar dari jantung dikenali sebagai arteri.

Fungsi[sunting | sunting sumber]

Vena berfungsi mengembalikan darah dari organ-organ yang lain ke jantung. Dalam peredaran sistemik, darah beroksigen dipam keluar dari jantung oleh ventrikel kiri melalui arteri dan seterusnya ke otot-otot dan organ-organ dalam tubuh, di mana makanan dan gas-gas ditukar di kapilari, dan kemudiannya memasuki vena dengan diisi sisa sel dan karbon dioksida. Darah yang sudah tidak beroksigen ini dipindahkan oleh vena ke atrium kanan jantung, yang mana memindahkan darah tersebut ke ventrikel kanan, dan kemudiannya dipam ke arteri-arteri pulmonari dan akhirnya paru-paru. Dalam peredaran pulmonari, vena pulmonari mengembalikan darah beroksigen dari paru-paru ke atrium kiri, dan kemudiannya beralih ke ventrikel kiri dan seterusnya melengkapkan kitaran peredaran darah.