Venice

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Venezia)
Jump to navigation Jump to search
Gondola di bandar ini
"Acqua alta" di San Marco
"Terusan Grande" dari San Marco

Venezia, Venesia[nota 1] atau Venice[nota 2] adalah sebuah bandar di utara Itali, ibu kota bahagian Veneto, dan mempunyai penduduk berjumlah 271,251 (anggaran banci 1 Januari 2004). Bersama-sama dengan Padua, bandar raya ini termasuk dalam kawasan metropolitan Padua-Venice (penduduk 1,600,000). Venice dikenali sebagai "La Dominante", "Serenissima", "Ratu Adriatik", "Bandar Raya Air", "Bandar Raya Jambatan-jambatan", dan "Bandar Raya Cahaya".

Venice terdiri dari 117 pulau-pulau kecil yang dipisahkan oleh 150 buah terusan. Penduduk menyeberangi terusan-terusan ini melalui jambatan-jambatan yang kecil dan banyak. Mereka boleh juga berada menaiki sejenis bot yang dipanggil gondola untuk melalui terusan-terusan ini.

Bangunan-bangunan di bandar ini adalah sangat tua dan menarik, dan pelancong datang dari seluruh dunia untuk melihat senibina ini dan juga terusan-terusan. Bandar raya ini adalah dianggap oleh ramai orang sebagai satu bandar yang paling cantik di dunia. Tarikan pelancongan yang paling terkenal adalah Rialto-Bridge, Basilica Jalan Mark dan Doge's Palace.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pembangunan dan pembentukan republik berdiri sendiri (Repùblica Vèneta)[sunting | sunting sumber]

Dari abad ke-9 hingga abad ke-12, bandar ini terbangun sebagai sebuah negara kota (talasokrasi atau Repubblica Marinara: tiga yang lain ialah Genoa, Pisa, dan Amalfi). Kedudukan strategik di teluk menghadap laut Adriatik menjadikan kegiatan perdagangan dan kelautan di bandar ini sangat terdedah.[petikan diperlukan] Penghapusan keigatan lanun sepanjang persisisan Dalmatia menjadikan kota ini sebuah pusat perdagangan yang makmur di rantau Eropah Barat, terutamanya antara Empayar Byzantine dan Asia sambil lautan sekelilingnya dijaga daripada ancaman lanun.[1] Mesin percetakan yang baru dicipta dari Jerman merebak luas ke seluruh peLusuk benua Eropah pada abad ke-15, namun Venezia cepat mengambil potensi daripada teknologi ini; ia dengan pengaruhnya sebagai suatu kota perdagangan antarabangsa menjadikan ia sebagai kota percetakan dunia pada tahun 1482.[2]

Republik ini kehilangan kemerdekaannya apabila ditawan Napoleon Bonaparte pada 12 Mei 1797. Ia kemudian menjadi sebahagian dari Austria dan seterusnya Itali.

Zaman Moden[sunting | sunting sumber]

Sewaktu zaman Perang Dunia Kedua, Venezia terselamat daripada sebarang serangan tentera. Hanya dalam Operation Bowler sahaja ada kegiatan sebegini berlaku di mana Tentera Udara Diraja British menyerang pengawal lautan milik Wehrmacht pada Mac 1945. dengan tepatnya sehingga langsung tidak menjejaskan binaan yang ada dalam kota tersebut.[3] [4]

Iklim[sunting | sunting sumber]


Menurut pengelasan iklim Köppen, bandar ini beriklim subtropika lembap di mana musimsejuknya berkeadaan dingin manakala musim panasnya sangat panas. Pukul rata cuaca 24 jam pada Januari ialah 3.3 °C (37.9 °F), Julai pula mempunyai purata harian sebanyak 23.0 °C (73.4 °F). Kerpasan diagihkan secara rata sepanjang tahun dengan pukul rata sebanyak 748 milimetre (29.4 in).

Data iklim untuk Veneia1971–2000)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata tinggi °C (°F) 6.6
(43.9)
8.6
(47.5)
12.5
(54.5)
16.1
(61)
21.5
(70.7)
24.9
(76.8)
27.7
(81.9)
27.5
(81.5)
23.5
(74.3)
18.0
(64.4)
11.6
(52.9)
7.4
(45.3)
17.2
(63)
Min harian °C (°F) 3.3
(37.9)
4.7
(40.5)
8.3
(46.9)
12.0
(53.6)
17.1
(62.8)
20.5
(68.9)
23.0
(73.4)
22.6
(72.7)
18.9
(66)
13.8
(56.8)
7.8
(46)
4.0
(39.2)
13.0
(55.4)
Purata rendah °C (°F) −0.1
(31.8)
0.8
(33.4)
4.1
(39.4)
7.8
(46)
12.7
(54.9)
16.1
(61)
18.3
(64.9)
17.7
(63.9)
14.3
(57.7)
9.6
(49.3)
4.0
(39.2)
0.6
(33.1)
8.8
(47.8)
Kerpasan mm (inci) 47.0
(1.85)
48.3
(1.902)
48.8
(1.921)
70.0
(2.756)
66.0
(2.598)
78.0
(3.071)
63.9
(2.516)
64.8
(2.551)
72.0
(2.835)
73.5
(2.894)
65.5
(2.579)
50.6
(1.992)
748.4
(29.465)
Kelembapan 81 77 75 75 73 74 71 72 75 77 79 81 75.8
Purata hari kerpasan (≥ 1.0 mm) 6.0 5.2 5.7 8.3 8.2 8.6 5.9 6.1 5.9 6.7 5.8 5.9 78.3
Jam cahaya matahari 80.6 107.4 142.6 174.0 229.4 243.0 288.3 257.3 198.0 151.9 87.0 77.5 2,037.0
Sumber: MeteoAM (sun and humidity 1961–1990)[5][6]
Purata suhu lautan:[7]
Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Gos Sep Okt Nov Dis Tahunan
9.9 °C
(49.8 °F)
8.7 °C
(47.7 °F)
9.9 °C
(49.8 °F)
13.5 °C
(56.3 °F)
18.6 °C
(65.5 °F)
23.4 °C
(74.1 °F)
25.4 °C
(77.7 °F)
25.4 °C
(77.7 °F)
23.6 °C
(74.5 °F)
19.3 °C
(66.7 °F)
16.0 °C
(60.8 °F)
13.2 °C
(55.8 °F)
17.2 °C
(63.0 °F)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ [vé-né-si-a], lebih digunakan Indonesia hasil pinjaman Bahasa Belanda: Venetië
  2. ^ disebut [vé-nis], pinjaman bahasa Inggeris lebih dipakai di Malaysia, Singapura dan Brunei

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Burns, Robert I (1980). "Piracy as an Islamic-Christian Interface in the Thirteenth Century". Viator. 11: 165. doi:10.1484/J.VIATOR.2.301504. 
  2. ^ James Burke, Connections (Little, Brown and Co., 1978/1995, ISBN 978-0-316-11672-5, p.105
  3. ^ "Group Captain George Westlake". The Daily Telegraph. London. 26 January 2006. Dicapai 13 June 2013. 
  4. ^ Patrick G. Skelly, Pocasset MA (6 May 2005). "US Army Air Force Operations Mediterranean Theater". Milhist.net. Dicapai 27 July 2010. 
  5. ^ "Venezia/Tessera" (PDF). Perkhidmatan Metereologi Negara Tentera Udara Itali. Dicapai 5 Disember 2013. 
  6. ^ "Tabella CLINO". MeteoAM. Dicapai 22 June 2013. 
  7. ^ Venice Sea Temperature – seatemperature.org

Pautan luar[sunting | sunting sumber]