Veni Markovski

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Veni Markovski.

Veni Markovski (lahir April 3, 1968) ialah perintis Internet Bulgaria.[1] Beliau ialah lulusan daripada “St. Kliment OhridskiSofia University, dengan ijazah Sarjana Sains dalam bidang undang-undang (1993).

Veni Markovski mula mengerjakan internet pada bulan September 1990, dan menjadi salah satu operator sistem yang awal untuk Sistem Papan Buletin, sebahagian FidoNet di Sofia, Bulgaria. Menjelang tahun 1993, beliau mengasaskan BOL.BG, pembekal perkhidmatan internet yang kedua di Bulgaria dan sehingga tahun 2002, merupakan Ketua Pegawai Eksekutifnya. BOL.BG menggunakan perkhidmatan GlasNet, rangkaian swasta Rusia yang pertama,[2] untuk sambungan Internet.[3] Pada tahun 1995, Markovski mengasaskan Internet Society Bulgaria, sebuah kumpulan pemikir bukan untung.

Veni Markovski pernah merupakan Pengurus Projek untuk sebilangan projek perisian sumber bebas/terbuka yang dibiayai oleh UNDP dan Kesatuan Eropah. Sejak tahun 2006, beliau merupakan penasihat kanan untuk projek antarabangsa kepada Pengerusi State Agency for IT and Communications (Agensi Negara untuk IT dan Komunikasi) di Republik Bulgaria. Markovski juga merupakan pegawai perhubungan ICANN untuk kawasan Rusia dan CIS. Selain itu, beliau juga merupakan anggota badan perwakilan Bulgaria kepada Persidangan Kemuncak Dunia PBB tentang Masyarakat Maklumat (WSIS). Markovski juga merupakan bekas anggota Lembaga ICANN (Jun 2003 - Disember 2006), bekas anggota Lembaga Pemegang Amanah Internet Society Antarabangsa dari tahun 2002 hingga tahun 2007[4], serta bekas anggota Lembaga Pengarah CPSR (2003-2005)[5].

Markovski kini merupakan pengerusi kepada Jawatankuasa Penasihat IT Presiden Bulgaria.[6] Beliau juga menyumbangkan rencana kepada berbagai-bagai media, termasuk akhbar,[7][8] jurnal,[9] majalah dalam talian,[10][11] dan sebagainya, selain daripada menyumbangkan rencana kepada Wikipedia, [12] termasuk rencana ini. [13]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]