Ventilasi mekanikal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mechanical ventilation
ICD-993.90 96.7
MeSHD012121
Kod OPS-3018-71

Ventilasi mekanikal ialah sebuah kaedah dalam bidang perubatan yang melibatkan penggantian pernafasan spontan seseorang pesakit dengan sistem ventilasi buatan apabila pernafasan spontan disifatkan tidak mencukupi bagi pesakit meneruskan hidup.[1] Perbuatan ini biasanya dilakukan dengan alat bantuan pernafasan atau dilakukan secara manual oleh pihak yang berkelayakan seperti ahli anestesiologi, jururawat atau paramedik dengan peralatan topeng beg berinjap.

Secara umumnya, terdapat dua jenis ventilasi mekanikal iaitu ventilasi mekanikal bertekanan positif, yakni penyaluran gas ke dalam peparu, dan ventilasi bertekanan negatif, iaitu udara dipaksa memasuki peparu dengan merangsang pengembangan peparu. Ventilasi mekanikal boleh dilakukan secara invasif, yakni dengan memasukkan peralatan bantuan pernafasan ke dalam badan seperti tiub trakeostomi atau sebaliknya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "What Is a Ventilator? - NHLBI, NIH". www.nhlbi.nih.gov. Dicapai pada 2016-03-27.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]