Vera Farmiga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Vera Farmiga
Vera Farmiga (43676389342).jpg
Farmiga di San Diego Comic-Con 2018
KelahiranVera Ann Farmiga
(1973-08-06) 6 Ogos 1973 (umur 46)
Clifton, New Jersey, A.S.[1]
KediamanHudson Valley, New York, A.S.
Vancouver, British Columbia, Kanada
Pusat pendidikanUniversiti Syracuse (BFA)
PekerjaanPelakon, penerbit
Tahun aktif1996–kini
Pasangan
Anak2
Saudara

Vera Ann Farmiga[2] (/fɑrˈmɡə/; lahir 6 Ogos 1973) ialah seorang pelakon dan penerbit Amerika Syarikat.[3]

Farmiga memulakan kerjayanya di pentas dalam penerbitan Broadway asal Taking Sides (1996). Beliau membuat penampilan sulung televisyennya dalam siri fantasi Fox Roar (1997), dan penampilan sulung filemnya dalam filem drama-thriller Return to Paradise (1998). Farmiga mula menduduki kerusi pengarah pada tahun 2011 dengan filem drama High Ground, di mana beliau juga mempunyai peranan utama.[4]

Kejayaan Farmiga hadir pada 2004 dengan peranannya dalam drama Down to the Bone. Beliau menerima pujian lebih lanjut untuk filem drama Nothing But the Truth (2008), dan memenangi pujian kritis dengan memegang watak Alex Goran dalam filem drama komedi 2009 Up in the Air, yang mana beliau dicalonkan untuk Anugerah Golden Globe, Anugerah SAG, Anugerah BAFTA, dan Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik.

Farmiga juga telah membintangi peranan dalam drama politik The Manchurian Candidate (2004), drama jenayah The Departed (2006), drama romantis Never Forever (2007), drama sejarah The Boy in the The Striped Pajamas (2008), komedi romantis Crime Henry (2010), drama thriler cereka sains Source Code (2011), drama thriler Safe House (2012), drama undang-undang The Judge (2014), drama biografi The Front Runner (2018), dan filem raksasa Godzilla: King of the Monsters (2019).

Farmiga telah melakonkan penyiasat paranormal Lorraine Warren dalam filem seram blokbuster The Conjuring (2013), The Conjuring 2 (2016), dan Annabelle Comes Home (2019). Dari 2013 hingga 2017, beliau membintangi Norma Louise Bates dalam siri drama A&E Bates Motel, yang memperolehnya pencalonan Anugerah Primetime Emmy. Peranan ini, bersama dengan Joshua (2007) dan Orphan (2009), melihatnya sebagai ratu jeritan kontemporari. Untuk lakonannya sebagai pendakwa raya Elizabeth Lederer di siri mini When They See Us (2019), beliau menerima pencalonan Anugerah Primetime Emmy.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Rohan, Virginia (March 3, 2014). "Clifton-born Vera Farmiga talks about her role as Norma Bates in A&E's "Bates Motel"". World News Network. NorthJersey.com. Diarkib daripada yang asal pada September 26, 2017.
  2. ^ "Vera Farmiga". Biography.com. A&E Networks. Diarkib daripada yang asal pada September 20, 2017. Dicapai pada September 19, 2017.
  3. ^ Smindak, Helen (October 15, 2006). "Actress Vera Farmiga: reaching for stardom". The Ukrainian Weekly. Diarkib daripada yang asal pada March 4, 2016.
  4. ^ Savage, Sophie (August 22, 2011). "Vera and Taissa Farmiga Talk Higher Ground: Strength, Vulnerability, Self-Discovery, Courage". IndieWire. Penske Media Corporation. Diarkib daripada yang asal pada August 24, 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]