Vestal, New York

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Vestal, New York
Bandar Vestal
NegaraAmerika Syarikat
NegeriNew York
Keluasan
 • Jumlah52.56 batu persegi (136.13 km2)
Aras
1,010 ft (308 m)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah28,043
 • Kepadatan542.9/batu persegi (209.62/km2)
Zon waktuUTC-5 (EST)
 • Musim panas (DST)UTC-4 (EDT)
Laman sesawanghttp://www.vestalny.com/

Vestal ialah sebuah bandar di Daerah Broome, Tier Selatan New York dan terletak di antara Sungai Susquehanna dan sempadan Pennsylvania.

Penghuni pertama Eropah sampai ke Vestal sekitar tahun 1785. Berdasarkan bancian AS, bandar ini mempunyai keluasan 136.2 km2. Berdasarkan bancian pada tahun 2000, terdapat 26535 orang penduduk, iaitu 8525 isi rumah dan 5924 keluarga yang tinggal di bandar ini. Vestal dihubungkan dari barat melalui Route 17 Negeri New York yang masih dalam pembangunan untuk dijadikan lebuh raya Interstate 86. Antara sekolah di sini ialah Universiti Binghamton, Kawasan Sekolah Vestal Tengah, Akademi Hillel dan Akademi Kristian Ross Corners. Antara tempat membeli-belah, makanan dan hiburan ialah Plaza Kampus, Plaza Parkway, Barisan Parkway, Shoppes dan lain-lain.[1] Bandar Vestal ada 21 taman yang dikendalikan dan diurus, serta terbuka kepada semua peringkat umur. Bandar Vestal mengiktiraf 5 kawasan penghunian kecil dalam persempadanannya: Ross Corners, Tracy Creek, Twin Orchards, Pusat Vestal dan Titik Willow.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Town of Vestal, NY". Vestalny.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-14. Dicapai pada 2015-06-12. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)