Via Vallen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Via Vallen
KelahiranMaulidia Octavia
(1991-10-01) 1 Oktober 1991 (umur 27)
Surabaya, Indonesia
KediamanSidoarjo, Jawa Timur
WarganegaraIndonesia
Nama lainVia Vallen
PekerjaanPenyanyi, Pemuzik
Tahun aktif2005–sekarang
Ibu bapaMohammad Arifin (Ayah)
Rosida (Ibu)
Kerjaya muzik
GenreDangdut, Koplo, Pop
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Ascada Musik Indonesia
Kegiatan berkaitan
Sera

Maulidia Octavia, atau lebih dikenali sebagai Via Vallen (lahir di Surabaya , 1 Oktober 1991) adalah penyanyi lagu dangdut Indonesia. Via memulakan kerjaya dalam nyanyian pada usia 15 tahun. Kehadirannya di dunia hiburan Indonesia sering dianggap mirip dengan Isyana Sarasvati kerana kemiripan wajahnya.[1] Via mempunyai kumpulan sokongan peminat dari bandar-bandar yang berbeza bernama Vyanisty, dirasmikan pada 24 September 2010. Kerjaya solonya bermula dengan keluarnya single pertama berjudul Selingkuh pada awal 2015.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Via Vallen adalah penyanyi dangdut dari Jawa Timur yang dikenal sebagai artis nasional. Via juga berjaya membawa genre koplo dan memperoleh nama samaran "Pop Queen Koplo" kerana lagu-lagu pop dinyanyikan dalam irama dangdut koplo bersama-sama dengan beberapa kumpulan muzik dangdut terkenal seperti New Pallapa, SERA, Monata dan lain-lain. Kerjayanya menjadi lebih dikenali ketika beberapa stesen televisyen nasional menjemputnya menjadi bintang tamu di Karnaval SCTV Inbox.

Via telah dijemput untuk majlis anugerah yang dinamakan Anugerah Dangdut Indonesia MNCTV 2016 dan telah tampil dengan sejumlah artis terkenal seperti Dewi Persik, Zaskia Gotik, Raffi Ahmad, Soimah Pancawati dan lain-lain.

Selain memiliki peminat bernama Vyanisty, Via Vallen sendiri adalah penggemar Beyonce dan Mariah Carey. Via mengaku belum suka dangdut ketika remaja, lebih menyukai genre musik pop rock. Contoh pemuzik yang disukainya band Amerika Evanescence, dan penyanyi Avril Lavigne.

Nama panggungnya Vallen diambil dari album pertama Evanescence berjudul Fallen atau dari Transformers 2 - Revenge of Fallen. Via Vallen bergabung dengan Sera, orkestra dangdut Indonesia, pada tahun 2008. Via juga muncul dalam konsert di Hong Kong dan China pada tahun 2016.

Keluarga ibu Via berasal dari Bandung dan Aceh. Via memulakan kerjayanya dalam bidang hiburan di kelas kedua sekolah menengah pertama. Sejak Kelas 5 Sekolah Rendah Via menghadiri pertunjukan sebagai penyanyi pelatih, dengan ayahnya yang adalah seorang dangdut musisi.[2]

Via mengeluarkan single pertama berjudul Selingkuh pada tahun 2015.[3] Seterusnya beliau mengeluarkan single seperti Secawan Madu, Sayang, Sakit Hatiku, Baper, Peternak Luka dan banyak lagi, dan album pertamanya bertajuk The Names dikeluarkan pada tahun 2016.

Via Vallen memenangi Anugerah Muzik SCTV 2017 dalam kategori Penyanyi Dangdut Paling Popular 2017. Via turut menerima Anugerah Dangdut Indonesia (IDA) 2017 sebagap Penyanyi Dangdut Solo Wanita Popular dan juga mendapat Anugerah daripada DWP (Dangdut Wilayah Pantura) untuk Best Penyanyi Ter-WP.

Gaya[sunting | sunting sumber]

Via tidak ingin meniru gaya lama penyanyi dangdut yang lain. Caranya yakni dengan tampil lewat style yang lebih segar, muda, dan modern. Ciri khas yaitu perempuan Korea atau gaya Harajuku ala Jepang.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album Studio[sunting | sunting sumber]

  • Best Via Vallen (2016)
  • Best Cover Collection (2017)
  • Sayang (2017)

Singles[sunting | sunting sumber]

Year Title Album Label
2016 "Selimut Rindu" Unknown Samudra Record
"Kimcil Kepolen" (Koplo) Unknown
"Bilang I Love You" Best Via Vallen
"Kanggo Riko" (Koplo)
"Sitik sitik" (Koplo)
"Kuingin Kau Mati Saja"
"Lele Diwedangi" (Koplo)
"Lungset feat. Mahesa" (Koplo)
"Satu Cinta"
"Cintai Aku Selamanya"
2017 "Sayang" (Koplo) Sayang Ascada Musik Indonesia
"Sakit Sakit Hatiku"
"Secawan Madu"
"Selingkuh"
"5 Centi"
"Cinta Kurang Gizi"
"Baper"
"Makan Diluar"
"Lepas Tanpa Kata"
"Warna Cinta"
"Tak Bisa Memiliki" Unknown Samudra Record

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Year Awards Category Results
2017 SCTV Music Awards 2017 Penyanyi Dangdut Paling Ngetop Menang
Indonesian Dangdut Awards 2017 Penyanyi Dangdut Solo Wanita Terpopuler Menang
SCTV Awards 2017 Penyanyi Paling Ngetop Menang
MNCTV Anugerah Dangdut Indonesia 2017 Penyanyi Dangdut Tersosmed Menang
Fanbase Dangdut Tersosmed Menang
Pedangdut Paling Joss Menang
DWP (Dangdut Wilayah Pantura) 2017 Fanbase Dangdut Ter-WP Menang
2018 SCTV Music Awards 2018 Penyanyi Dangdut Paling Ngetop Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ (Indonesia) "Nampak Serupa, Meski Beda Genre Musik, Via Vallen Dibilang Mirip Isyana Sarasvati". Tribunnews.com (dalam bahasa Indonesia). 12 Februari 2017. Dicapai 11 Maret 2017.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  2. ^ (Indonesia) "Via Vallen, Mulai Menggeluti Dangdut Sejak SMP". Kapanlagi.com (dalam bahasa Indonesia). 22 Januari 2016. Dicapai 11 Maret 2017.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  3. ^ (Indonesia) "Via Vallen Singkirkan Ayu Ting Ting?". Cumicumi.com (dalam bahasa Indonesia). 11 Desember 2015. Dicapai 11 Maret 2017.  Check date values in: |access-date=, |date= (bantuan)