Vicky (The Fairly OddParents)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Dalam siri kartun The Fairly OddParents, Vicky adalah penjaga bayi berusia 16 tahun yang suka menyeksa Timmy Turner dan merupakan salah seorang daripada musuh ketat Timmy. Dia tidak mempunyai kawan dan sukakan duit, menyeksa kanak-kanak dan menonton televisyen. Vicky dilihat menerima kekejaman beliau sendiri dan sebabnya dia menjadi begitu adalah kerana dia juga diseksa ketika kanak-kanak. Di dalam episod "The Switch Glitch", Timmy mahu membalas dendam ke atas Vicky dan berhajat agar penjaganya bertukar menjadi seorang budak yang berusia lima tahun. Walau bagaimanapun, hajat ini memakan diri sendiri apabila Cosmo dan Wanda dihantar kepada dia. Dalam satu episod nenek moyang Vicky adalah adik perempuan kepada Genghis Khan. Di dalam episod Wishology, dia bersama Timmy untuk menyelamatkan semua orang daripada "The Darkness"; dan sekiranya dia berjaya, beliau akan menerima $20 dari Timmy.

Vicky adalah kakak kepada Tootie. Walaupun diseksa, Timmy tidak mahu Vicky meninggalkannya kerana dia merupakan sebab utama Timmy mendapat Cosmo dan Wanda. Timmy juga dilihat cuba untuk melihat Vicky digantikan atau dipecat dan selalu cuba untuk memberitahu ibu bapanya untuk melakukannya. Vicky suka menembak serum kebenaran kepada Timmy untuk melihat kelemahannya.

Vicky menjadi watak antagonis utama di dalam episod Channel Chasers.