Pergi ke kandungan

Victoria (tumbuhan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Victoria
Victoria mekar di Amsterdam Hortus Botanicus
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Order: Nymphaeales
Keluarga: Nymphaeaceae
Genus: Victoria
Lindley
Spesies

Lihat teks.

Victoria atau teratai gergasi ialah genus telipuk dalam keluarga tumbuhan Nymphaeaceae, dengan daun hijau yang sangat besar terbentang datar di atas permukaan air. Victoria boliviana mempunyai daun lebih 3 meter (9.8 ka) kelebaran, di atas tangkai yang lebih 8 meter (26 ka) kepanjangan. Nama genusnya diberikan bagi menghormati Ratu Victoria dari United Kingdom.

Ia menolak tumbuhan air lain ke tepi bilamana ia merebak hingga hanya jenisnya yang tinggal. Apabila ini berlaku, ia sepenuhnya memotong sinaran matahari daripada sampai ke mana-mana tumbuhan di bawah air. [1] Kesemua tiga spesies selalunya ada empat kelopak yang setiapnya berukuran 12 sentimeter (4.7 in) panjang untuk 8 sentimeter (3.1 in) lebar. Selalunya terdapat 50 ke 70 ranggi dan 150 ke 200 sulur bunga.[2]

  1. ^ "The Tyrant of the Deep | The Green Planet | BBC Earth". YouTube. Dicapai pada 23 Januari 2022.
  2. ^ <not recorded> (Februari 1976). "The Floral Anatomy of Victoria(Schumb)-Nymphaceae". Botanical Journal of the Linnean Society of Londob. 72 (2): 118.