Panggung dan Dewan Konsert Victoria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Victoria Memorial Hall)
Panggung dan
Dewan Konsert Victoria
ڤڠڬوڠ دان ديوان كونسرت ۏيكتوريا
Panggung dan dewan konsert
Map
Nama lamaDewan Perbandaran dan Dewan Peringatan Victoria
Maklumat umum
JenisPanggung, dewan konsert
Gaya seni bina
Neoklasik
Lokasi Singapura
Alamat9 Empress Place, Singapore 179556
Koordinat1°17′17.7″N 103°51′5.9″E / 1.288250°N 103.851639°E / 1.288250; 103.851639
Pembinaan bermula1855
Disiapkan pada
1909
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekJohn Bennett
Alexander Murray
Regent A. J. Bidwell
GelaranMonumen nasional
Ditetapkan14 Februari 1992

Panggung dan Dewan Konsert Victoria[1] adalah sebuah pusat seni pentas yang berada di 9 Empress Place di Kawasan Tengah, Singapura. Ia merupakan sebuah kompleks dua bangunan dan menara jam yang bergabung bersama oleh koridor sepunya. Bahagian tertua bangunan itu pertama kali dibina pada tahun 1862, dan kompleks itu siap dibina pada tahun 1909. Kompleks tersebut juga melalui beberapa proses pengubahsuaian dan pembaikan, yang terbaru adalah pada 2010 apabila kompleks itu ditutup untuk projek ubah suai selama empat tahun. Ia dibuka semula pada 15 Julai 2014.[2][3]

Bangunan-bangunan di situ telah digunakan untuk beberapa tujuan, seperti acara-acara awam, mesyuarat politik, pameran, persembahan pentas dan muzikal. Dewan konsert digunakan sebagai tempat persembahan oleh Orkestra Simfoni Singapura (SSO), dan kompleks itu diuruskan oleh The Esplanade Co Ltd. Panggung dan Dewan Konsert Victoria diwartakan sebagai monumen nasional pada 14 Februari 1992.[4][5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "JEJAK JUBLI" (PDF). Lembaga Warisan Negara. Dicapai pada 8 September 2018. [arkib]
  2. ^ "NAC Arts Venues". www.nac.gov.sg. (dalam bahasa Inggeris). Lembaga Warisan Negara. 15 Jun 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Julai 2013.
  3. ^ John Leong. "A sneak peek into the new Victoria Theatre and Concert Hall". Channel News Asia (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Julai 2014.
  4. ^ "Victoria Theatre & Victoria Concert Hall". Esplanade – Teater di Persisiran (dalam bahasa Inggeris).
  5. ^ "Victoria Theatre and Concert Hall". Lembaga Warisan Negara (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-22. Dicapai pada 2018-09-08.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]