Victory Through Air Power

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Victory Through Air Power ialah sebuah buku bukan cereka yang dikarang oleh Alexander P. de Seversky pada tahun 1942, kemudian diadaptasikan menjadi sebuah filem cetera animasi Walt Disney yang sama tajuknya: Victory Through Air Power.

Teori[sunting | sunting sumber]

De Seversky menceburi bidang ketenteraan sejak muda lagi. Setelah berkhidmat dalam Tentera Laut Diraja Rusia, beliau menerima darjat kebesaran tinggi dan menjadi jaguh handalan Tentera Laut setelah terlibat dalam lebih 57 pertempuran udara. Setibanya di Amerika Syarikat, beliau mengasaskan syarikat Seversky Aircraft sebelum digulingkan daripada jawatan presiden syarikat sendiri pada tahun 1939.

Seversky menerbitkan Victory Through Air Power pada tahun 1942, yang mana beliau menjelaskan teori-teori penerbangan dan pengeboman jarak jauh di bawah pengaruh Jeneral Billy Mitchell. Seversky berhujah bahawa:

  1. "Peluasan jarak secara deras serta kuasa penerbangan tentera yang hebat memastikan supaya Amerika Syarikat akan terdedah kepada kemusnahan dari udara dalam suatu masa yang dijangka, seperti yang dialami oleh Kepulauan British sekarang;"
  2. Mereka yang menyangkal kemungkinan ini menunjukkan seakan-akan "pemikiran garis Maginot";
  3. AS mesti mulai membuat persediaan serta-merta untuk "sebuah peperangan antara hemisfera yang terus merentasi lautan;"
  4. AS mestilah menjadi bangsa kuasa tentera udara yang dominan, "seperti mana England menjadi bangsa kuasa tentera laut yang dominan di dunia pada kemuncaknya."

Kesan[sunting | sunting sumber]

President Eisenhower quoting Seversky

  • 1942: "Itu umpama tentera pemanah yang ditumpaskan oleh serbuk api, cuba merampas kembali wilayah yang dirampas dengan memanah lagi." (ms. 338)
(Kritikan Seversky terhadap rancangan pasca-Pearl Harbor untuk menggunakan kuasa tentera udara AS di rantau Pasifik semata-mata untuk "memudahkan operasi permukaan" daripada pengeboman strategik.)
  • 1959: "Presiden berkata, beliau menyangka bahawa kami sedang berbincang tentang busur dan anak panah pada zaman serbuk api apabila kami berbincang tentang pesawat pengebom [seperti B-70] pada zaman peluru berpandu."[1]

Semenjak keluarnya tak lebih enam bulan selepas Pearl Harbor dibedil pada tahun 1941 disusuli oleh kemasukan Amerika Syarikat ke dalam kancah Perang Dunia Kedua, buku ini amat laris dijual, berpengaruh, dan menimbulkan kontroversi. Seversky mendukung pembentukan tentera udara yang bebas, perkembangan pesawat pengebom jarak jauh (iaitu jarak antara benua sepanjang 3,000 batu ke atas) serta pengabdian kepada penggunaan kuasa tentera udara secara strategik (berbanding dengan kelaziman ketika itu sebagai perlindungan atau sokongan operasi atas tanah). Rancangan-rancangannya dengan tersirat melibatkan pengalihan sumber daripada operasi peperangan semasa.

Pada 3 Mei 1942, Fletcher Pratt mengulas buku ini dengan kata-kata berikut:

"Tiada sesiapa yang pernah menghasilkan kupasan yang lebih bijak dan menyeluruh tentang sebarang kisah dalam pergelutan dunia ini. Mungkin tiada sesiapa yang telah mengarang ramalan yang lebih tulen."

Pada 4 Mei 1942, Victory Through Air Power tersiar dalam senarai buku paling laris New York Times, menduduki tangga teratas selama empat minggu mulai pertengahan Ogos. Dalam kolum "Speaking of Books" 10 Mei, J. D. A. bracketed nya dengan Mein Kampf dan Defense Will Not Win the War oleh Left. Kol. Kernan untuk menjelaskan hujahnya bahawa

"Tiada satu perang lain yang mana buku memainkan peranan yang begitu penting… Buku bukan sahaja menyampaikan maklumat, bahkan juga melengkapi senjata demi kejayaan tuntutan perang."

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Catatan
  1. ^ Goodpaster, Brig. General Andrew J. ("January 20, 1960" - memo date), ""Memorandum of Conference with the President: November 18, 1959 - Augusta"", White House Office, Records of…Andrew J. Goodpaster…1952-1961, Dwight D. Eisenhower Presidential Library, m/s. 8, DECLASSIFIED…1/18/81 Check date values in: |date= (bantuan)
Bibliografi
  • Bear, John. The #1 New York Times Best Seller: Intriguing Facts about the 484 books that have been #1 New York Times Bestsellers Since the First List, 50 years ago. Berkeley: Ten Speed Press, 1992.
  • Patton, Phil. "Dr. Strangelove’s Children." American Heritage, November 1998. Retrieved on November 5, 2006.
  • Ross, Sherwood. "How the United States Reversed Its Policy on Bombing Civilians." The Humanist 65, 2005. Retrieved on November 2, 2006.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.