Pergi ke kandungan

Vidyananthan Ramanadhan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Vidyananthan Ramanadhan
வித்யானந்தன் ராமநாதன்
Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor
(Perpaduan dan Sumber Manusia :
14 Mei 2013 – 12 Mei 2018 &
Kesihatan dan Alam Sekitar :
6 Mac 2020 – 15 Mac 2022)
Dalam jawatan
6 Mac 2020  15 Mac 2022
RajaSultan Ibrahim Ismail
Menteri BesarHasni Mohammad
Didahului olehMohd Khuzzan Abu Bakar
(Kesihatan
Tan Chen Choon
(Alam Sekitar)
Digantikan olehLing Tian Soon
(Kesihatan)
Raven Kumar Krishnasamy
(Alam Sekitar)
Kawasan pilihan rayaKahang
Dalam jawatan
14 Mei 2013  12 Mei 2018
RajaSultan Ibrahim Ismail
Menteri BesarMohamed Khaled Nordin
Didahului olehAsojan Muniyandy
Digantikan olehRamakrishnan Suppiah
Kawasan pilihan rayaKahang
Ahli Dewan Undangan Negeri Johor
bagi Kahang
Menyandang jawatan
8 Mac 2008
Didahului olehRamis Subramaniam
(BNMIC)
Majoriti5,324 (2008)
7,801 (2013)
2,861 (2018)
6,698 (2022)
Maklumat peribadi
LahirMalaysiaJohor Johor, Malaysia
Parti politikKongres India Malaysia (MIC)
Gabungan politik
lain
Barisan Nasional
Ibu bapaD. Ramanadhan (bapa)
PekerjaanAhli politik

Vidyananthan a/l Ramanadhan merupakan seorang rakyat Malaysia yang merupakan seorang ahli politik. Beliau telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Johor (ADUN) bagi Kahang sejak Mac 2008. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (EXCO) dalam pentadbiran negeri Barisan Nasional (BN) di bawah bekas Menteri Besar Hasni Mohammad dari Mac 2020 hingga Mac 2022 bagi penggal kedua dan di bawah bekas Menteri Besar Mohamed Khaled Nordin dari Mei 2013 sehingga kejatuhan pentadbiran BN negeri pada Mei 2018 bagi penggal pertama. Beliau ialah ahli dan Pengerusi Negeri Johor bagi Kongres India Malaysia (MIC), sebuah parti komponen dalam gabungan BN.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Kematian bapa

[sunting | sunting sumber]

Pada pagi 10 Julai 2022, bapa kepada Vidyananthan, iaitu D. Ramanadhan, meninggal dunia pada usia 79 tahun di Hospital Batu Pahat, Johor, akibat faktor usia. Beliau meninggalkan dua orang anak termasuk Vidyananthan serta dua orang cucu. Ramanadhan merupakan bekas penolong kanan di SK Pendidikan Khas Princess Elizabeth Johor Bahru dan bekas guru besar di SKPK St. Nicholas Pulau Pinang serta SKPK Alma Pulau Pinang. Upacara pengebumian Ramanadhan diadakan di Jalan Azizul Rahman, Kamunting di Taiping, Perak pada pukul 2 petang keesokan harinya, 11 Julai 2022. Jenazah beliau telah dikremasi di Prestavest Memorial Park Taiping pada hari yang sama.[1]

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Johor[2][3][4]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2008 N31 Kahang Vidyananthan Ramanadhan (MIC) 9,272 70.14% Abdul Halim Mohamad Dawam (PKR) 3,948 29.86% 13,648 5,324 79.83%
2013 Vidyananthan Ramanadhan (MIC) 13,955 69.40% Hamdan Basiran (PKR) 6,154 30.60% 20,494 7,801 87.71%
2018 Vidyananthan Ramanadhan (MIC) 10,768 57.66% Noorlihan Ariffin (PPBM) 7,907 42.34% 19,132 2,861 84.10%
2022 Vidyananthan Ramanadhan (MIC) 10,486 62.69% Daud Yusof (BERSATU) 3,788 22.64% 16,728 6,698 57.01%
Rahani Banu Abd Rahman Krishnan (AMANAH) 2,181 13.04%
Rosdi Amir (PEJUANG) 273 1.63%
  1. "Johor MIC chief's father passes away". The Star. 10 Julai 2022. Dicapai pada 11 Julai 2022.
  2. "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2020. Dicapai pada 17 Mei 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Angka peratusan berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  3. "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 Mei 2018. Angka peratusan berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  4. "Dashboard SPR". dashboard.spr.gov.my. Dicapai pada 2022-03-13.
  5. "TMJ dahului 83 penerima pingat darjah kebesaran Johor". Harian Metro. 31 Mac 2015. Dicapai pada 13 Ogos 2021.