Vigyan Bhawan
| Vigyan Bhawan | |
|---|---|
Pintu Masuk Utama ke Vigyan Bhawan | |
![]() | |
| Alamat | Maulana Azad Road, New Delhi-110003, India |
| Lokasi | New Delhi |
| Koordinat | Templat:Location |
| Pemilik | Kerajaan India |
| Dibina | 1956 |
| Ruang tertutup | |
Vigyan Bhawan ("bangunan sains") ialah sebuah pusat konvensyen utama milik Kerajaan India yang terletak di New Delhi . Dibina pada tahun 1956, menjadi lokasi pelbagai persidangan bertaraf nasional dan antarabangsa, seminar serta majlis peranugerahan yang dihadiri oleh pemimpin dan kenamaan dunia, termasuk Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel ( CHOGM ) pada tahun 1983, Sidang Kemuncak Ke-7 Pergerakan Negara-Negara Berkecuali ( NAM ), serta Sidang Kemuncak SAARC. [1] Ia diuruskan oleh Direktorat Estet, di bawah Kementerian Pembangunan Bandar, Kerajaan India, dan diselenggara oleh CPWD. [2]
Seni bina
[sunting | sunting sumber]Bangunan utama ini direka pada tahun 1955 oleh R.P. Gehlote dari Jabatan Kerja Raya Pusat ( CPWD ) yang berasal Jaipur. Reka bentuknya menggabungkan unsur-unsur seni bina British Raj, di saping pengaruh seni bina Hindu dan Mughal, serta seni bina Buddha kuno . Secara keseluruhan, gaya bangunan ini berorentasikan moden dengan sentuhan unsur kebangkitan semula . [3]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Bharat Mandapam
- Yashobhoomi
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Vigyan Bhavan" (PDF). Ministry of Commerce (Government of India). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 21 July 2011.
- ^ "Vigyan Bhawan". Diarkibkan daripada yang asal pada 8 June 2017. Dicapai pada 2021-11-15.
- ^ "Vigyan Bhavan" (PDF). Ministry of Commerce (Government of India). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 21 July 2011.
