Vikram Vaswani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Vikram Vaswani
WarganegaraIndia
PendidikanSarjana Felix di
University of Oxford
PekerjaanPengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Melonfire
Laman web rasmiLaman web rasmi Vaswani
Laman web rasmi Melonfire  

Vikram Vaswani ialah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Melonfire, sebuah syarikat perkhidmatan perundingan yang berpusat di Mumbai, India. Kepakarannya adalah dalam peralatan dan teknologi sumber terbuka serta juga penulis buku-buku dalam bidang pembangunan atur cara penggunaan web.

Vaswani ialah Sarjana Felix di University of Oxford, England. Beliau berpengalaman dalam penggunaan PHP untuk berbagai-bagai sekitaran, termasuk intranet korporat, laman sesawang internet lalu-lintas sesak, dan atur cara penggunaan klien nipis misi genting. Selain itu, Vaswani juga amat giat dalam gerakan sumber terbuka dan seringnya menyumbangkan rencana dan tutoran tentang Perl, Python, PHP, MySQL dan Linux, antara lain, kepada komuniti-komuniti dalam talian.

Juga seorang penulis, karya Vaswani termasuk: