Vinayaka Chaturthi
| Ganesh Chaturthi/Vinayaka Chaturthi Tamil: விநாயக சதுர்த்தி (Juga boleh dikenali sebagai Perayaan Ganesh atau Hari Lahir Dewa Ganesh) | |
|---|---|
Khairatabad Ganesh, Hyderabad | |
| Nama rasmi | Vinayaka Chaturthi, Vinayaka Chavithi |
Juga dikenali sebagai | Chavithi, Chouthi, Ganeshotsav, Gauri Ganesh |
Diraikan oleh/di | Hindu di seluruh dunia |
| Jenis | Agama (Hindu) |
| Sambutan | Pembacaan mantera Veda dan teks Hindu, doa dan sembayang, perarakan keagamaan, upacara mengelemakan arca |
| Bermula | Templat:Takwin Perayaan Hindu |
| Tarikh | Bhadra Shukla Chaturthi |
| Kekerapan | Tahunan |
| Takwim Hindu bersifat lunisolar tetapi kebanyaak tarikh perayaan ditetapkan menggunakan baagian bulan dalam kalender.Suatu hari bulan dikenali secara unik melalui tiga elemen kelender: māsa (bulan lunar), pakṣa (suku bulan) and tithi (Hari Lunar). setahun lunar lebih pendek daripada setahun solar kira -kira sebelas hari.Ahkibatnya, kebanyakaan perayaan Hindu berlaku pada tarikh yang berbeza setiap tahun dalam kalender Gregorian. |
Ganesh Chaturthi ( ISO : Gaṇeśa Caturthī ) ( terj. Perayaan Ganeshl atau Hari Jadi Dewa Ganesha ), juga dikenali sebagai Vinayagar Chaturthi di kawasan diaspora tamil seperti Malaysia dan Singapura, ialah perayaan Hindu. Ia disambut untuk meraikan hari lahir dewa Hindu Ganesh . [1] Perayaan ini ditandai dengan pemasangan murtis (Arca) Ganesha (representasi pemujaan terhadap dewa) secara pribadi di rumah dan secara awam di pandal yang Indah (pentas sementara). Sambutan termasuk pembacaan mantera Veda dan teks hindu,seperti Veda dan teks Hindu, doa dan vrata (berpuasa). [1] Hidangan persembahan dan prasada akan diagihkan dari pandal kepada komuniti, termasuk manisan seperti Kolukattai.Kolukattai dipercayai manisan kegemaran Ganesha [2] [3] Perayaan ini berkahir pada hari kesepuluh selepas ia bermula, apabila arca dibawa dalam perarakan awam dengan iringan muzik dan nyanyian kumpulan, kemudian ditenggelamkan di kawasan air berhampiran seperti sungai atau laut, ia dipanggil Visarjana. Di Mumbai sahaja, sekitar 150,000 murti ditenggelamkan setiap tahun. Ia merupakan perayaan negeri bagi Maharashtra, India. [4] [5] [6] [7]
Perayaan ini meraikan Ganesha sebagai Dewa Permulaan Baharu, Penghapus Halangan dan dewa kebijaksanaan dan Kecerdasan, [8] [9] dan dirayakan di seluruh benua India oleh penganut Hindu, terutamanya di negeri-negeri seperti Maharashtra, Madhya Pradesh, Gujarat, Uttar Pradesh Odishataka, Tamila langana, Pradesh Odishataka , Nadu, Kerala, dan Goa, serta Sri Lanka . [10] Ganesh Chaturthi juga disambut oleh diaspora Hindu di tempat lain seperti di Australia, New Zealand, Kanada, Singapura, Malaysia, Sri Lanka, Trinidad dan Tobago, Guyana, Suriname, Caribbean, Fiji, Mauritius, Afrika Selatan, [11] Amerika Syarikat, dan Eropah . Dalam kalendar Gregorian, Ganesh Chaturthi jatuh antara 22 Ogos dan 20 September setiap tahun. [5] [12] [13]
Sejarah Perayaan
[sunting | sunting sumber]
Walaupun tidak diketahui bila (atau bagaimana) Ganesh Chaturthi mula disambut, perayaan ini telah diraikan secara terbuka di Pune sejak era Raja Shivaji (1630–1680, pengasas Empayar Maratha ). [14] Para Peshwa memulakan perayaan Ganesh secara awam di ibu kota mereka di Pune semasa bulan Bhadrapad. [15] Selepas permulaan pemerintahan Raj British, perayaan Ganesh kehilangan sokongan negeri dan menjadi sambutan keluarga peribadi di Maharashtra sehingga ia dihidupkan semula oleh pejuang kemerdekaan India dan reformis sosial Lokmanya Tilak . [14] [16]
Sambutan di India
[sunting | sunting sumber]Di India, Ganesh Chaturthi disambut terutamanya di rumah dan secara awam oleh kumpulan komuniti tempatan Maharashtra, Madhya Pradesh, Gujarat, Uttar Pradesh, Rajasthan , Goa , Karnataka, Andhra Pradesh, Telangana, Tamil Nadu, Benggala Barat , Kerala dan Assam .
Pada hari yang sama, perayaan Chaurchan disambut di wilayah Mithila di Bihar yang berkaitan dengan Ganesha dan Chandra, dewa bulan Hindu. [17] [18]

Murti-murti ini disembah selama beberapa hari di pandal dan ditenggelamkan di Teluk Bengal pada hari Ahad berikutnya. Di Kerala, perayaan ini juga dikenali sebagai Lamboodhara Piranalu, yang jatuh pada bulan Chingam
Di Tamil Nadu, perayaan, juga dikenali sebagai Vinayaka Chaturthi atau Pillayar Chaturthi, jatuh pada hari keempat selepas anak bulan dalam bulan Āvaṇi dalam takwin Tamil. Arca biasanya diperbuat daripada tanah liat, kelapa dan produk organik lain. Murti-Murti ini disembah selama beberapa hari di pandal dan ditenggelamkan di Teluk Benggala pada hari Ahad berikutnya. Di Kerala perayaan ini juga dikenali sebagai Lamboodhara Piranalu, yang jatuh pada bulan Chingam . [19]
Perayaan di luar India
[sunting | sunting sumber]
Di Pakistan, perayaan Ganesh Chaturthi dikendalikan oleh Shri Maharashtra Panchayat, sebuah organisasi untuk Orang Marathi di Karachi. [20]
Ganesh Chaturthi disambut di UK oleh penduduk Hindu British yang tinggal di sana. [21] Sambutan tahunan juga diadakan di Sungai Mersey di Liverpool, [22] [23] di Laut Utara di Clacton-on-Sea, [24] dan Tasik Caldecotte di Milton Keynes. [25]
Festival Ganesh Philadelphia ialah salah satu perayaan Ganesh Chaturthi yang paling popular di Amerika Utara. [26] Perayaan juga disambut di Kanada (terutamanya di kawasan Toronto ), kawasan Detroit Metropolitan-Universiti Negeri Wayne, Mauritius, Malaysia dan Singapura. Perayaan ini dimulakan di Mauritius pada tahun 1896, [27] dan kerajaan Mauritius telah menjadikannya sebagai cuti umum. [28] Di Malaysia dan Singapura, perayaan ini lebih dikenali sebagai Vinayagar Chaturthi kerana minoriti Hindu berbahasa Tamil . [29]
Makanan
[sunting | sunting sumber]Hidangan manis utama semasa perayaan ini ialah Modak.
( modak dalam Marathi dan Konkani, modakam atau kudumu dalam Telugu, modaka atau kadubu dalam Kannada, kozhakatta atau modakkam dalam Malayalam dan kozhukattai atau modagam dalam Tamil ). Modak ialah ladu yang diperbuat daripada beras atau tepung gandum, disumbat dengan kelapa parut, jaggery, buah-buahan kering dan perasa lain dan dikukus atau digoreng. Satu lagi hidangan manis yang popular ialah karanji ( karjikai dalam bahasa Kannada ),. Makanan manis ini dipanggil Nevri di Goa dan sinonim dengan perayaan Ganesh di kalangan orang Goan dan diaspora Konkani . [30]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Nota
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Ganesh Chaturthi: Hindu Festival, Encyclopædia Britannica (2014)
- ^ Darra Goldstein (2015). The Oxford Companion to Sugar and Sweets. Oxford University Press. m/s. 82, 254, 458. ISBN 978-0-19-931361-7.
- ^ K. T. Achaya (2001). A Historical Dictionary of Indian Food. Oxford University Press. m/s. 68–69, 132. ISBN 978-0-19-565868-2.
- ^ "Ganesh Chaturthi 2019 in India – Dates & Map". rove.me. 17 March 2023.
- ^ a b Patrick Taylor; Frederick I. Case (2013). The Encyclopedia of Caribbean Religions. University of Illinois Press. m/s. 332. ISBN 978-0-252-09433-0. Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah, nama "taylor332" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ "Ganeshotsav to Get Status of Maharashtra's 'State Festival'". Deccan Chronicle (dalam bahasa Inggeris). 10 July 2025. Dicapai pada 11 July 2025.
- ^ "Maharashtra Declares Ganeshotsav As State Festival". NDTV (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 July 2025.
- ^ Heras 1972.
- ^ Getty 1936.
- ^ Lawrence A. Babb (1975). The Divine Hierarchy: Popular Hinduism in Central India. Columbia University Press. m/s. 62–63. ISBN 978-0-231-08387-4.
- ^ Ramesh Dutt Ramdoyal (1990). Festivals of Mauritius. Editions de l'Océan Indien. m/s. 21–22.
- ^ "Festivals, Cultural Events and Public Holidays in Mauritius". Mauritius Tourism Authority. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 January 2012. Dicapai pada 28 January 2012.
- ^ "Ganesh Chaturthi – CONCURSO FOTOGRÁFICO: MIGRACIONES INTERNACIONALES Y FRONTERAS". investigacion.cchs.csic.es.
- ^ a b Kapoor, Subodh (2002). The Indian Encyclopaedia. Cosmo Publications. m/s. 2514. ISBN 978-81-7755-257-7.
- ^ Courtright, Paul B. (28 February 1988). "The Ganesh Festival in Maharashtra: Some Observations". Dalam Zelliot, Eleanor; Berntsen, Maxine (penyunting). The Experience of Hinduism: Essays on Religion in Maharashtra. State University of New York Press. m/s. 76–94. ISBN 978-1-4384-2477-4.
- ^ Barnouw, Victor (1954). "The Changing Character of a Hindu Festival". American Anthropologist. 56 (1): 74–86. doi:10.1525/aa.1954.56.1.02a00070. ISSN 0002-7294. JSTOR 664633.
- ^ "चौरचन के दिन की जाती है श्रापित चंद्र की पूजा, जानिये महत्त्व, कथा और शुभ मुहूर्त | Jansatta". www.jansatta.com (dalam bahasa Hindi). Dicapai pada 28 August 2022.
- ^ Rajesh (10 September 2021). "Chaurchan Festival 2021 : बिहार में गणेश चतुर्थी को मनाई जाती चौरचन पूजा, जानिए क्या है चंद्र दोष". Live Cities (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 August 2022.
- ^ "Ganesh Chaturthi Pooja Rituals". ganeshchaturthigifts.com.
- ^ Sutar, Kamlesh Damodar (13 September 2016). "Karachi celebrates Ganeshotsav with much zest and zeal". India Today. Dicapai pada 18 December 2019.
- ^ "Thousands turn out for Hindu Festival at Shoebury East Beach". Southend Standard. 1 September 2009. Dicapai pada 25 September 2015.
It is thought as many as 18,000 people attended from across Essex, Kent, Middlesex, London, the Midlands and even India.
Alternate Link - ^ "River marks religious ceremony". bbc.co.uk. BBC News. 14 September 2008.
- ^ "Liverpool Echo: Latest Liverpool and Merseyside news, sports and what's on". liverpoolecho.
- ^ "Colourful Hindu celebrations with public procession return to seaside". Clacton and Frinton Gazette (dalam bahasa Inggeris). 14 September 2023. Dicapai pada 27 September 2023.
- ^ "Ganesh Utsav Samithi Milton Keynes". Ganesh Utsav Samithi, Milton Keynes. Dicapai pada 27 September 2023.
- ^ Kalyana Ramanathan; Indira Kannan (11 September 2010). "Non-resident gods". Business Standard. Dicapai pada 14 October 2015.
- ^ "Mauritius takes the day off for Ganesh Chaturthi". aglobalworld.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 December 2017. Dicapai pada 29 May 2017.
- ^ Eisenlohr, Patrick (2006). Little India: Diaspora, Time, and Ethnolinguistic Belonging in Hindu Mauritius. University of California Press. m/s. 153. ISBN 9780520248793. Dicapai pada 14 October 2015.
- ^ "Hindus celebrate Vinayagar Chathurthi". The Malaysian Times. 9 September 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 August 2017. Dicapai pada 14 October 2015.
- ^ "Ganesh Chaturthi festival fervour grips Goa". The Indian Express. PTI. 29 August 2014. Dicapai pada 27 November 2015.