Vincenzo Grifo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Vincenzo Grifo
Maklumat peribadi
Nama penuh Vincenzo Grifo
Tarikh lahir (1993-04-07) 7 April 1993 (umur 31)
Tempat lahir Pforzheim, Jerman
Ketinggian 1.80 m (5 ka 11 in)
Posisi permainan Sayap, pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Freiburg
Nombor 32
Kerjaya remaja
1996–2006 1. CfR Pforzheim
2006–2010 Germania Brötzingen
2010–2011 1. CfR Pforzheim
2011–2012 Karlsruher SC
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2012–2013 1899 Hoffenheim II 21 (9)
2012–2015 1899 Hoffenheim 12 (0)
2014Dynamo Dresden (pinjam) 13 (1)
2014–2015FSV Frankfurt (pinjam) 33 (7)
2015–2017 Freiburg 55 (20)
2017–2018 Borussia Mönchengladbach 17 (0)
2018– 1899 Hoffenheim 7 (1)
2019Freiburg (pinjam) 16 (6)
2019– SC Freiburg 0 (0)
Pasukan kebangsaan
2013 Itali B20 4 (1)
2018– Itali 2 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 11:44, 5 Jun 2019 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 15 Oktober 2019

Vincenzo Grifo (sebutan bahasa Itali: [vinˈtʃɛntso ˈɡriːfo]; lahir 7 April 1993) merupakan pemain bola sepak profesional Itali yang beraksi di posisi sayap atau pemain tengah untuk Freiburg dan pasukan kebangsaan Itali.[1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Grifo telah dilahirkan di Pforzheim, Jerman yang mana ibu bapanya ialah orang Itali. Ibunya berasal dari Apulia manakala bapanya pula berasal dari Naro yang terletak di wilayah Agrigento, Sicily.[2]

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Grifo memulakan kariernya ketika bersama kelab belia 1. CfR Pforzheim dan Germania Brötzingen sebelum menyertai kelab 2. Bundesliga, Karlsruher SC pada tahun 2011.

Hoffenheim[sunting | sunting sumber]

Pada Julai 2012, beliau menyertai Hoffenheim melalui perpindahan percuma dengan menandatangani kontrak selama dua tahun. Selepas beliau mula beraksi untuk pasukan simpanan Hoffenheim yang bersaing di Regionalliga Südwest, beliau kemudiannya menyertai skuad senior Hoffenheim. Beliau melakukan penampilan sulungnya bersama Hoffenheim pada 19 Oktober 2012 dalam aksi Bundesliga menewaskan Greuther Fürth 3-2 selepas beliau menggantikan Takashi Usami. Prestasinya yang baik telah membolehkan beliau ditawarkan kontrak lanjutan selama dua tahun.[3] Beliau juga melakukan 12 penampilan sebagai pemain gantian sepanjang musim 2012–13 serta 13 penampilan dan lima jaringan gol di Regionalliga. Pada musim panas 2013, beliau secara rasminya menyertai skuad utama dan diberi jersi nombor 32. Beliau menghabiskan musim seterusnya sebagai pemain pinjaman untuk kelab Dynamo Dresden dan FSV Frankfurt. Bersama Frankfurt, beliau mencetak tujuh gol dan sepuluh bantuan jaringan dalam 35 penampilannya pada musim 2014–15.

Freiburg[sunting | sunting sumber]

Pada Julai 2015, Freiburg telah membawa masuk Grifo dengan nilai perpindahan sebanyak 1.5 juta euro.[4] Grifo memainkan peranan penting membantu Frieburg merangkul gelaran 2. Bundesliga sekali gus memperoleh kenaikan ke Bundesliga untuk musim seterusnya. Beliau telah menjaringkan 14 gol dalam 31 penampilan liga sepanjang musim 2015–16.

Pada enam perlawanan pertama bagi musim 2016–17, Grifo menjaringkan satu gol dan empat bantuan jaringan di Bundesliga sementara pada saingan DFB-Pokal pula, beliau menjaringkan tiga gol dalam dua perlawanan. Beliau mengakhiri musim itu dengan enam jaringan gol dan 12 bantuan jaringan gol pada 30 perlawanan liga.[5]

Saat beliau menjadi pemain Freiburg, secara jumlahnya beliau telah menjaringkan 20 gol dan melakukan 26 bantuan jaringan gol pada 61 perlawanan liga.

Borussia Mönchengladbach[sunting | sunting sumber]

Pada 28 Mei 2017, musuh seteru Freiburg iaitu Borussia Mönchengladbach telah mengumumkan pembelian Grifo melalui kontrak selama empat tahun dengan nilai perpindahan yang tidak didedahkan tetapi ia dipercayai sekitar 6 juta euro. Perpindahan tersebut berlangsung pada 1 Julai.

Kembali ke Hoffenheim[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Jun 2018, Hoffenheim membawa masuk Grifo melalui rundingan kontrak selama empat tahun.[6]

Pada 6 Januari 2019, Grifo kembali ke Freiburg secara pinjaman sehingga akhir musim 2018–19.[7]

Kembali ke Freiburg[sunting | sunting sumber]

Pada 2 September 2019, Grifo kembali semula ke Freiburg secara tetap.[8]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pada 6 September 2013, Grifo melakukan penampilan pertamanya untuk pasukan bawah-20 Itali ketika di bawah kendalian pengurus Alberigo Evani dalam aksi menentang Switzerland. Beliau turut menjaringkan gol pada perlawanan itu yang berakhir dengan keputusan seri 3–3 di Lugano.[9] Pada 14 Oktober 2013, Grifo menerima panggilan pertama untuk menyertai pasukan bawah-21 oleh pengurus Luigi Di Biagio untuk menghadapi kempen kelayakan Kejohanan Eropah 2015 menentang Belgium.[10]

Grifo melakukan penampilan sulungnya untuk skuad senior Itali yang dikendalikan oleh Roberto Mancini pada perlawanan persahabatan menentang Amerika Syarikat pada 20 November 2018. Beliau beraksi sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua permainan yang berakhir dengan kemenangan Itali 1-0.[11][12] Beliau beraksi sebagai barisan kesebelasan utama Itali buat kali pertama pada 15 Oktober 2019 dalam aksi kelayakan UEFA Euro 2020 menumpaskan Liechtenstein 5-0.[13]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 16 Jun 2020
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Jerman 1899 Hoffenheim 2012–13 12 0 0 0 12 0
Jerman Dynamo Dresden 2013–14 13 1 0 0 13 1
Jerman FSV Frankfurt 2014–15 33 7 2 0 35 7
Jerman Freiburg 2015–16 31 14 1 0 32 14
2016–17 30 6 2 3 32 9
Jumlah 61 20 3 3 64 23
Jerman Borussia Mönchengladbach 2017–18 17 0 1 0 18 0
Jerman 1899 Hoffenheim 2018–19 8 1 2 0 1[a] 0 10 1
Jerman Freiburg 2018–19 16 6 16 6
2019–20 25 4 2 0 27 4
Jumlah 41 10 2 0 43 10
Jumlah kerjaya 184 39 10 3 1 0 195 42
  1. ^ Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA.

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 15 Oktober 2019.[14]
Pasukan kebangsaan Itali
Tahun Kmncln Gol
2018 1 0
2019 1 0
Jumlah 2 0

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Freiburg

Individu[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Vincenzo Grifo". soccerway.com. Dicapai pada 21 December 2012.
  2. ^ Giuseppe Granieri (4 March 2013). "ESCLUSIVA TMW - Hoffenheim, ag. Grifo: "Convocazione in Under 20 è un sogno"" (dalam bahasa Italian). TuttoMercatoWeb.com. Dicapai pada 30 March 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ Stefano Sica (29 October 2012). "UFFICIALE: Hoffenheim, Grifo rinnova" (dalam bahasa Italian). TuttoMercatoWeb.com. Dicapai pada 30 March 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "FREIBURG SCHNAPPT SICH GRIFO" (dalam bahasa German). Bundesliga.de. 3 June 2015. Dicapai pada 30 March 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "Fix! Grifo wird ein Gladbacher". kicker Online (dalam bahasa German). 28 May 2017. Dicapai pada 26 July 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "Hoffenheim sign Vincenzo Grifo from Borussia Mönchengladbach". Bundesliga. Dicapai pada 11 June 2018.
  7. ^ "Vincenzo Grifo per Leihe zum SC". SC Freiburg. Dicapai pada 6 January 2019.
  8. ^ "Sport-club verpflichtet Grifo" (dalam bahasa German). SC Freiburg. 2 September 2019. Dicapai pada 2 September 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ Giuseppe Granieri (6 September 2013). "ESCLUSIVA TMW - L'ag. di Grifo: "Esordio con gol in Under 20: fantastico!"" (dalam bahasa Italian). TuttoMercatoWeb.com. Dicapai pada 30 March 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. ^ "SEI VOLTI NUOVI TRA I CONVOCATI DI DI BIAGIO PER IL MATCH CON IL BELGIO" (dalam bahasa Italian). FIGC.it. 3 October 2013. Dicapai pada 30 March 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. ^ Football Italia staff (20 November 2018). "Grifo: 'So happy with Italy debut'". Dicapai pada 22 November 2018.
  12. ^ Football Italia Staff (20 November 2018). "Politano breaks the ice for Italy". Football Italia staff. Dicapai pada 22 November 2018.
  13. ^ "Historic manita in Liechtenstein". Football Italia. 15 October 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-28. Dicapai pada 16 October 2019.
  14. ^ "Convocazioni e presenze in campo: Vincenzo Grifo" (dalam bahasa Italian). FIGC. Dicapai pada 23 November 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  15. ^ "Scorer" (dalam bahasa German). bundesliga.de. Dicapai pada 30 November 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]