Virus Nil Barat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini ialah mengenai virus. Untuk penyakitnya, sila lihat demam Nil Barat‎‎.
Virus Nil Barat
Fail:West Nile Virus Image.jpg
Mikrograf Virus Nil Barat, berwarna kuning
Pengelasan virus
Group: Kumpulan IV ((+)ssRNA)
Keluarga: Flaviviridae
Genus: Flavivirus
Spesies: Virus Nil Barat

Virus Nil Barat (West Nile Virus, WNV) ialah virus RNA bebenang tunggal yang menyebabkan demam Nil Barat. Ia adalah ahli keluarga Flaviviridae, khususnya dari genus Flavivirus, yang juga mengandungi virus Zika, virus denggi, dan virus demam kuning. Virus Nil Barat secara amnya disebarkan oleh nyamuk, kebanyakannya spesies genus Culex, tetapi sengkenit juga didapati mampu membawa virus ini. Hos utama WNV ialah burung, maka virus ini tetap berada dalam kitaran penjangkitan "burung-nyamuk-burung".[1]

Kitaran hidup[sunting | sunting sumber]

Apabila WNV berjaya memasuki aliran darah binatang tuan rumah, protein sampul, E, mengikat kepada faktor pelekatan yang dipanggil glikosaminoglikans pada sel tuan rumah.[2] Faktor-faktor pelekatan ini membantu masuk ke dalam sel, bagaimanapun, mengikat ke reseptor utama juga diperlukan.[3] Reseptor utama termasuk DC-SIGN, DC-SIGN-R, dan integrin αvβ3.[4] Dengan mengikat reseptor utama ini, WNV memasuki sel melalui endositosis pengantara klatrin. Hasil daripada endositosis, WNV memasuki sel dalam endosom.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mackenzie, John S; Gubler, Duane J; Petersen, Lyle R (2004). "Emerging flaviviruses: the spread and resurgence of Japanese encephalitis, West Nile and dengue viruses". Nature Medicine. 10 (12s): S98–S109. doi:10.1038/nm1144. 
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan :4 tidak disediakan
  3. ^ Brinton, Margo A. (2002-10-01). "The Molecular Biology of West Nile Virus: A New Invader of the Western Hemisphere". Annual Review of Microbiology. 56 (1): 371–402. doi:10.1146/annurev.micro.56.012302.160654. ISSN 0066-4227. 
  4. ^ Samuel, Melanie A.; Diamond, Michael S. (2006-10-01). "Pathogenesis of West Nile Virus Infection: a Balance between Virulence, Innate and Adaptive Immunity, and Viral Evasion". Journal of Virology (dalam bahasa Inggeris). 80 (19): 9349–9360. doi:10.1128/jvi.01122-06. ISSN 0022-538X. PMC 1617273Boleh dicapai secara percuma. PMID 16973541.