Vishva Hindu Parishad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Vishva Hindu Pariṣad (Majlis Hindu Sedunia), singkatan VHP ialah sebuah organisasi sayap kanan Hindu di India. VHP berlandaskan ideologi Hindutva. Organisasinya ditubuhkan dalam tahun 1964 dan objektifnya adalah "mengatur, memperkukuh masyarakt Hindu dan untuk berkhidmat, mempertahankan Dharma Hindu." VHP di bawah payung Sangh Parivar, sebuah organisasi induk buat organisasi-organisasi nasionalis Hindu. VHP terlibat dengan projek-projek perkhidmatan sosial dan juga isu-isu seperti pembinaan dan pengubahsuaian kuil-kuil Hindu dan isu-isu lain seperti penyembelihan lembu, pertukaran agama, pertikaian Ayodha dan memainkan peranan dalam kemusnahan Masjid Babri. VHP juga terlibat dengan penukaran agama orang asli Kristian kepada agama Hindu, dan termasuk laporan-laporan, penukaran dengan paksa dan keganasan, dalam tahun 2004 dan 2008.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.