Tiamina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Vitamin B1)
Tiamina
Formula rangka dan model bola-dan-batang kation tiamina
Data klinikal
Nama lainVitamin B1, aneurina, tiamin
AHFS/Drugs.comMonograph
Data lesen
Kaedah
pemberian
melalui mulut, IV, IM[1]
Kelas ubatvitamin
Kod ATC
Status perundangan
Status perundangan
Data farmakokinetik
Bioketersediaan3.7% ke 5.3% (Tiamina hidroklorida)[2]
Pengecam
  • 2-[3-[(4-amino-2-metilpirimidin-5-il)metil]-4-metil-1,3-tiazol-3-ium-5-il]etanol
Nombor CAS
PubChem CID
DrugBank
ChemSpider
UNII
KEGG
ChEBI
ChEMBL
CompTox Dashboard (EPA)
Data kimia dan fizikal
FormulaC12H17N4OS+
Jisim molar265.36 g·mol−1
Model 3D (JSmol)
  • kation: Cc2ncc(C[n+]1csc(CCO)c1C)c(N)n2
  • kation: InChI=1S/C12H17N4OS/c1-8-11(3-4-17)18-7-16(8)6-10-5-14-9(2)15-12(10)13/h5,7,17H,3-4,6H2,1-2H3,(H2,13,14,15)/q+1 ☑Y
  • Key:JZRWCGZRTZMZEH-UHFFFAOYSA-N

Vitamin B1 (Thiamine atau thiamin) ialah satu jenis vitamin B. Ia merupakan satu sebatian tidak berwarna dengan formula kimia C12H17N4OS. Ia boleh larut dalam air tetapi tidak larutan organik seperti alkohol. Thiamine boleh melerai jika dipanaskan. Struktur kimianya mengandungi cincin pirimidina serta tiazola.

Thiamine dijumpai pada 1910 oleh Umetaro Suzuki di Jepun apabila dia membuat kajian tentang cara nasi bran mengubati penyakit beri-beri. Beliau menamakannya asid aberik. Dia tidak mencari komposisi kimianya, juga tidak mengkaji jika ia merupakan amine. Komposisi kimianya dan sintesis dilaporkan oleh Robert R. Williams pada 1935. Dia menamakannya "thiamin".

Kini terdapat empat terbitan thiamin fosfat yang diketahui iaitu thiamin monofosfat (ThMP), thiamin difosfat (ThDP), thiamine trifosfat (ThTP) dan terbaru adenin thiamin trifosfat (AThTP).

Pada mamalia, thiamin difosfat (ThDP) atau thiamin purofosfat (TPP) merupakan koenzim untuk pyruvate dehidrogenas, a(alpha)-ketoglutarat dehidrogenas, cincin bercabang alpha-keto asid dehidrogenas dan transketolas. Dua enzim yang pertama berfungsi dalam metabolisme karbohidrat, manakala transketolas berfungsi di laluan pentos fosfat untuk sintesis NADPH dan gula pentos deoksiribos dan ribos. Secara umumnya, TPP berfungsi sebagai kofaktor untuk enzim yang memangkinkan asid dehidrogenasi alpha-keto. TPP disintesis oleh enzim thiamin pyrofosfokinas yang memerlukan thiamin bebas, magnesium (Mg) dan adenosin trifosfat (ATP).

ThTP telah lama dikenali sebagai bentuk aktif-neuro thiamin. Akan tetapi, ia ditunjukkan baru-baru ini bahawa ThTP juga ada pada bakteria, fungus, tanaman dan haiwan, yang menunjukkan peranan sel yang lebih umum. Terutamanya dalam E. coli ia kelihatan memainkan tindak balas terhadap kekurangan asid amino.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Thiamin Fact Sheets for Health Professionals". Office of Dietary Supplements. 11 February 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 December 2016. Dicapai pada 30 December 2016.
  2. ^ Smithline HA, Donnino M, Greenblatt DJ (February 2012). "Pharmacokinetics of high-dose oral thiamine hydrochloride in healthy subjects". BMC Clinical Pharmacology. 12 (1): 4. doi:10.1186/1472-6904-12-4. PMC 3293077. PMID 22305197.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • "Thiamine". Drug Information Portal. US National Library of Medicine.