Vokal (Musim 1)
Vokal... Bukan Sekadar Rupa ialah sebuah rancangan pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh Media Prima dan disiarkan di TV3. Rancangan ini diperkenalkan pada tahun 2011 dengan tujuan mencari bakat baru berdasarkan mutu nyanyian sahaja tanpa tertumpu pada paras rupa, dan ini dilakukan dengan para juri yang menilai peserta yang bernyanyi tanpa menunjukkan wajahnya atas pentas sewaktu bertanding.
Vokal | |
---|---|
Format | Realiti TV Nyanyian Muzik |
Ditulis oleh | Suhana Osman |
Pengarah | Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) |
Pengacara | Faizal Ismail |
Juri | Azmeer Erra Fazira |
Lagu pembukaan | "Aksi Suara" nyanyian Black |
Lagu penutup | "Aksi Suara" nyanyian Black |
Penggubah | AG Coco |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 10 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Muhd Sufian Che Isa |
Penerbit | Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) |
Lokasi | Konsert Mingguan Sri Pentas 2, Plaza Sentral Shah Alam |
Pemasangan kamera | Tetapan kamera-utama |
Tempoh siaran | 60 minit |
Syarikat penerbitan | Primeworks Studios |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | 576i SDTV (16:9) |
Format audio | Stereo |
Siaran asal | 16 Oktober – 25 Disember 2011 |
Kronologi | |
Mengikuti | Mentor 4 |
Diikuti oleh | Vokal (Musim 2) |
Vokal...Bukan Sekadar Rupa musim pertama telah menamatkan penyiarannya pada 25 Disember 2011 dan digantikan dengan Vokal Mania mulai 24 Oktober 2020.
Format[sunting | sunting sumber]
Vokal diperkenalkan kepada umum pada 15 September 2011 dalam sebuah sidang media di Sri Pentas, iaitu premis stesen-stesen penyiaran TV dan radio milik Media Prima termasuk TV3. Menurut Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9
"Vokal muncul sebagai program realiti hiburan yang mempunyai identiti tersendiri di mana kualiti vokal peserta didahulukan daripada paras rupa. Kami ingin membuktikan bahawa Vokal mampu mengubah persepsi stereotype masyarakat dan sekali gus menjadi platform positif kepada peserta yang mempunyai vokal yang baik tetapi tidak mempunyai pakej lengkap. ” Format Rancangan Pertandingan Vokal bermula dengan sesi ujibakat di Sri Pentas pada 23 dan 24 September, dan 1 dan 2 Oktober, terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 hingga 28 tahun.[4] Daripada seramai 1,400 orang yang diuji bakat dalam empat hari itu, hanya sepuluh orang yang dipilih untuk bertanding.
Episod pertama Vokal disiarkan secara langsung di TV3 pada 16 Oktober 2011, dengan persembahan dari lima peserta pertama. Pengacaranya ialah Faizal Ismail, sementara panel juri terdiri daripada Azmeer, Erra Fazira dan seorang artis jemputan mingguan yang menjawab "ya" atau "tidak" kepada satu demi satu peserta. Pertandingan antara 10 peserta ini dilangsungkan selama sembilan minggu, kesemua peserta mula-mula dipecahkan kepada dua kumpulan berlima yang berentap pada minggu yang berasingan, dan seorang peserta akan terkeluar jika juri tidak berpuas hati dengan nyanyiannya.
Di samping rancangan pertandingan pada setiap 9 malam Ahad, juga terdapat program sampingan Rutin Vokal yang memaparkan sorotan persediaan serta tugasan yang perlu dijalankan oleh para peserta pada setiap 5 petang Ahad sepanjang pertandingan. Antara tenaga pengajar yang turut menjayakan program Vokal termasuk Faizal Uzir sebagai Pengarah Muzik dan Penasihat Vokal, Adzwa sebagai Penasihat Persembahan, Prof. Madya Haji Md. Izzuddin (Prof. Izzi) selaku pakar motivasi dan Simran Latif dari Original Bootcamp sebagai jurulatih kecergasan dan kesihatan.
Juara pertandingan Vokal akan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 50,000, naib juara RM 30,000 dan pemenang tempat ketiga pula RM 10,000.
Peserta[sunting | sunting sumber]
- Umur dicatat ketika waktu pertandingan.
Peserta | Umur | Asal | Tarikh penyingkiran |
---|---|---|---|
Norhasmidar Ahmad
(Asmidar) |
25 tahun | Kuala Lumpur | Juara (25 Disember 2011) |
Mafarikha Mohd Akhir
(Mafa) |
19 tahun | Perak | Naib Juara
(25 Disember 2011) |
Azmarul Azuan Harun (Azmarul) | 27 tahun | Melaka | 18 Disember 2011 |
Irsa Sahabuddin
(Irsa) |
24 tahun | Sabah | 04 Disember 2011 |
Fakhrul Nizam Fauzi (Fakhrul) | 21 tahun | Kuala Lumpur | 20 November 2011 |
Mohd Janizam Jamaluddin (Boby) | 26 tahun | Kuala Lumpur | 06 November 2011 |
Airul Azwan Abdul Rahman (Boy) | 22 tahun | Johor | 06 November 2011 |
Fadzrul Aswad Fauzi
(Aswad) |
19 tahun | Kuala Lumpur | 23 Oktober 2011 |
Siti Nur Aishah
(Adeq) |
21 tahun | Selangor | 23 Oktober 2011 |
Mohd Fakhrullah Mohd Yusof (Epiit) | 21 tahun | Perak | 16 Oktober 2011 |
Pengenalan[sunting | sunting sumber]
Bermula dengan dua konsert pengenalan ini, seramai 10 orang peserta yang telah terpilih akan bernyanyi disebalik tabir tanpa juri melihat wajah mereka. Hanya suara mereka yang diperdengarkan, dinilai dan akan dikomen oleh para juri. Setelah itu, jika barisan juri bersetuju atau berminat dengan persembahan peserta tersebut, maka mereka akan memberikan tanda ( ) kepada peserta tersebut. Peserta yang mendapat 3 atau 2 tanda (
) daripada barisan juri secara automatik peserta tersebut layak ke pusingan seterusnya dan mereka akan keluar dari sebalik tabir dan akan memperlihatkan wajah mereka kepada para juri.
Konsert 1 (16 Oktober 2011)[sunting | sunting sumber]
Pada konsert pertama kali ini menampilkan lima peserta yang bertanding bagi merebut tempat ke pusingan seteruanya. Manakala juri jemputan pada minggu ini ialah penyanyi No.1 negara, iaitu Dato' Siti Nurhaliza.
Peserta | Lagu | Azmeer | Erra Fazira | Dato' Siti |
---|---|---|---|---|
Mafa | "Rolling in the Deep" (Adele) | ![]() |
![]() |
![]() |
Epiit | "Bila Cinta" (Gio) | ![]() |
![]() |
![]() |
Asmidar | "Terlalu Istimewa" (Adibah Noor) | ![]() |
![]() |
![]() |
Azmarul | "Sedetik Lebih" (Anuar Zain) | ![]() |
![]() |
![]() |
Boby | "Selalu Mengalah" (Seventeen) | ![]() |
![]() |
![]() |
- Tersingkir: Mohammad Fakhrullah bin Mohammad Yusof (Epiit)
Hanya empat peserta yang terpilih ke pusingan seterusnya iaitu Mafa, Asmidar, Azmarul dan Boby. Manakala Epiit telah disingkirkan pada minggu ini.
Konsert 2 (23 Oktober 2011)[sunting | sunting sumber]
Lima lagi peserta ditampilkan pada minggu ini bagi merebut peluang untuk ke pusingan seterusnya. Hattan menjadi juri jemputan minggu bagi membantu juri tetap untuk memilih peserta yang layak.
Peserta | Lagu | Hattan | Erra Fazira | Azmeer |
---|---|---|---|---|
Boy | "Mencintaimu" (Krisdayanti) | ![]() |
![]() |
![]() |
Irsa | "Menghitung Hari" (Krisdayanti) | ![]() |
![]() |
![]() |
Adeq | "Samar Bayangan" (Nicky Astria) | ![]() |
![]() |
![]() |
Fakhrul | "I Got You" (James Brown) | ![]() |
![]() |
![]() |
Aswad | "Sungai Lui" (Aizat Amdan) | ![]() |
![]() |
![]() |
- Tersingkir: Siti Nur Aishah (Adeq) & Fadzrul Aswad bin Fauzi (Aswad)
Adeq dan Aswad diumumkan tersingkir di konsert kedua kali ini. Manakala Boy, Irsa dan Fakhrul mengikuti Mafa, Asmidar, Azmarul san Boby ke pusingan seterusnya.
Persembahan[sunting | sunting sumber]
Bermula dengan konsert minggu ini, talian undian untuk kesemua peserta kini telah dibuka. Penonton boleh terus mengundi hanya setelah pengacara, mengumumkan bahawa talian undian dibuka. Namun penonton hanya diberikan masa untuk mengundi sehingga kesemua peserta selesai membuat persembahan mereka. Setelah talian undian ditutup, seorang peserta atau dua orang peserta akan disingkirkan.
Konsert 3 (30 Oktober 2011)[sunting | sunting sumber]
Pada minggu ini kesemua peserta dikehendaki menyampaikan lagu-lagu yang menjadi pilihan juri.
Peserta | Lagu | Keputusan |
---|---|---|
Asmidar | "Marry You" (Bruno Mars) | Selamat |
Boby | "Mengenangmu" (Kerispatih) | 2 Tercorot |
Boy | "Kembali Merindu" (Slam) | Selamat |
Irsa | "Patah Hati" (Tan Sri SM Salim | Selamat |
Fakhrul | "Bailamos" (Enrique Iglesias) | Terselamat |
Mafa | "Kotak Hati" (Hujan) | Selamat |
Azmarul | "Berlari" (Tomok) | Selamat |
- Tersingkir: Tiada penyingkiran.
Mafa antara yang menerima komen yang positif daripada kedua-dua juri tetap pada minggu ini. Boby dan Fakhrul pula menerima komen yang agak pedas daripada juri tetap dan mereka dinasihatkan agar lebih berusaha lagi untuk memperbaiki mutu persembahan mereka.
Dipenghujung rancangan, Mafa diumumkan sebagai peserta yang mendapat markah dan undian tertinggi sekaligus membawa pulang hadiah sebuah kamera Canon EOS 1100D sumbangan dari pihak penaja. Manakala Boby dan Fakhrul diumumkan sebagai 2 Peserta Terbawah, namun Erra mengumumkan bahawa tiada penyingkiran pada minggu ini.
Konsert 4 (6 Oktober 2011)[sunting | sunting sumber]
Tema pada minggu ini adalah bebas dimana peserta diberikan peluang untuk menyanyikan lagu-lagu pilihan mereka sendiri.
Ally Iskandar menggantikan tempat Faizal Ismail sebagai pengacara dimana Faizal sedang bercuti menantikan kelahiran anak keduanya.
Peserta | Lagu | Keputusan |
---|---|---|
Azmarul | "Menimbang Rasa" (Oslan Husien) | Selamat |
Boy | "Kata" (Hazami) | Tersingkir |
Mafa | "Empire State of Mind" (Alicia Keys ft. Jay Z) | 3 Tercorot |
Boby | "Lelaki Seperti Aku" (Alif Satar) | Tersingkir |
Irsa | "Kasih" (Hetty Koes Endang) | Selamat |
Fakhrul | "Bukan Kerna Nama" (Ramli Sarip & A. Romzi) | Selamat |
Asmidar | "Tunggu Sekejap" (Tan Sri P. Ramlee) | Selamat |
- Tersingkir: Mohammad Janizam bin Jamaluddin (Boby) & Airul Azwan bin Abdul Rahman (Boy)
Ally sempat bertanya kepada Azmeer tentang prestasi persembahan kesemua peserta pada malam ini. Azmeer mengatakan bahawa tiada peningkatan yang ditonjolkan dari kesemua peserta. Manakala Erra bersependapat bahawa ada keyakinan yang ditampilkan dari semua peserta namun Azmeer tidak bersetuju dengan komen tersebut.
Minggu ini Boy, Mafa dan Boby diumumkan sebagai 3 Peserta Terbawah. Namun Ally menyerahkan keputusan penyingkiran tersebut kepada Azmeer untuk memilih dua peserta yang bakal disingkirkan. Namun Azmeer akhirnya memilih Boy dan Boby sebagai peserta yang disingkirkan pada minggu ini.
Konsert 5 (13 November 2011)[sunting | sunting sumber]
Minggu ini kesemua peserta yng tinggal akan menyampaikan lagu-lagu yang bukan berbahasa Melayu.
Faizal Ismail kini kembali mengacarakan Vokal setelah bercuti minggu lepas. Manakala Ziana Zain menjadi juri jemputan pada minggu ini bagi menggantikan tempat Erra Fazira yang terlibat dengan pementasan teater Badai Semalam di Istana Budaya selama dua minggu.
Peserta | Lagu | Bahasa | Keputusan |
---|---|---|---|
Asmidar | "Puteri Ledang" (Haslina Kamsan) | Jawa | Selamat |
Mafa | "Il Wol Ji Ga" (Sun Ye) | Korea | Selamat |
Irsa | "Bole Chudiyan" (Bharati) | Hindi | Terselamat |
Fakhrul | "Volare" (Domenico Modugno) | Itali | 2 Tercorot |
Azmarul | "Sway" (Michael Buble) | Inggeris | Selamat |
- Tersingkir: Tiada penyingkiran.
Konsert 6 (20 November 2011)[sunting | sunting sumber]
Ziana Zain masih menggantikan tempat Erra sebagai juri dimana Erra masih lagi menjalani pementeasan teater di Istana Budaya.
Peserta | Lagu | Keputusan |
---|---|---|
Irsa | "Seri Mersing" (Kamariah Noor) | Selamat |
Azmarul | "Di Sudut Kamar Hatiku" (Jamal Abdillah) | 2 Tercorot |
Asmidar | "This Love" (Maroon 5) | Selamat |
Fakhrul | "Seniman Menangis" (Ismail Haron) | Tersingkir |
Mafa | "Janji Manismu" (Aishah) | Selamat |
- Tersingkir: Fakhrul Nizam bin Fauzi (Fakhrul)
Konsert 7 (27 November 2011)[sunting | sunting sumber]
- Tema: Duet dengan Band Tempatan
Peserta | Band | Lagu | Keputusan |
---|---|---|---|
Mafa | Tilu | "Diam Diam" + "Ku Bukan Aku" (Tilu) | Selamat |
Irsa | Meet Uncle Hussain | "Pokok" + "Lagu Untukmu" (Meet Uncle Hussain) | Terselamat |
Azmarul | Sofazr | "Terasa Di Syurga" + "Maaf Dari Hati" (Sofazr) | 2 Tercorot |
Asmidar | Hujan | "Mencari Konklusi" + "Aku Skandal" (Hujan) | Selamat |
- Tersingkir: Tiada penyingkiran.
Konsert 8[sunting | sunting sumber]
- Tarikh Disiarkan: 04 Disember 2011
- Tema: Medley / Mash Up
Peserta | Lagu | Keputusan |
---|---|---|
Asmidar | "Somewhere Over the Rainbow" (Judy Garland) + "Rembulan" (Krisdayanti) | Selamat |
Mafa | "Dangerously in Love" (Beyoncé Knowles) + "Ketahuan" (Matta) | Selamat |
Azmarul | "Kebahagiaan Dalam Perpisahan" (Shahir Zawawi) + "Umpan Jinak Di Air Tenang" (Dato' Ahmad Jais) | 2 Tercorot |
Irsa | "Bertamu Di Kalbu" (Jaclyn Victor) + "Mama Do (Uh Oh Uh Oh)" (Pixie Lott) | Tersingkir |
Battle
Peserta | Lagu | Peserta |
---|---|---|
Azmarul | "Beribu Sesalan" (Shila Amzah, Ning Baizura & Jaclyn Victor) | Irsa |
- Tersingkir: Irsa binti Sahabuddin (Irsa)
Konsert Separuh Akhir[sunting | sunting sumber]
- Tarikh Disiarkan: 18 Disember 2011
- Tema: Solo & Duet
Peserta | Lagu | Keputusan |
---|---|---|
Asmidar | "Can't Take My Eyes of You" (Frankie Valli) | Selamat |
"Bagaikan Sakti" (Dato' M. Nasir & Dato' Siti Nurhaliza) (duet bersama Bob Yusof) | ||
Azmarul | "Dua Insan" (Eva & Ezad) (duet bersama Wana) |
Tersingkir |
"Terima Kasih Cinta" (Afgan) | ||
Mafa | "Earth Song" (Michael Jackson) | 2 Tercorot |
"Asmara" (Anneke Gronloh) (duet bersama Atilia) |
Battle
Peserta | Lagu | Peserta |
---|---|---|
Azmarul | "Awan Nano" (Hafiz Suip) | Mafa |
- Tersingkir: Azmarul Azuan bin Harun (Azmarul)
Konsert Akhir (25 Disember 2011)[sunting | sunting sumber]
- Tema: Grand Finalé
Peserta | Lagu | Keputusan |
---|---|---|
Asmidar | "My Way" (Frank Sinatra) | Juara |
"Biar Sampai Ke Bintang" Komposer: Ajai Lirik: Transformer Melayu | ||
"Hurt" (Christina Aguilera) (Pilihan Mafa) | ||
Mafa | "Jangan Tinggal Daku" (Tan Sri P. Ramlee) | Naib Juara |
"Tiba" Komposer: Audi Mok Lirik: Omar K | ||
"Laksamana Raja Di Laut" (Iyeth Bustami) (Pilihan Asmidar) |
- Juri jemputan: Ziana Zain
- Juara: Norhasmidar binti Ahmad (Asmidar)
- Naib Juara: Mafarikha binti Mohammad Akhir (Mafa)
Hadiah[sunting | sunting sumber]
Keputusan | Pemenang | Hadiah |
---|---|---|
Juara | Asmidar Ahmad | RM50,000.00 |
Naib Juara | Mafarikha Akhir | RM30,000.00 |
Carta penyingkiran[sunting | sunting sumber]
Ked | Konsert Mingguan | ||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | Akhir | ||||||||
1 | Mafa | Asmidar | Mafa | Asmidar | Mafa | Asmidar | Asmidar | Asmidar | |||||||
2 | Irsa | Irsa | Asmidar | Mafa | Asmidar | Mafa | Mafa | Mafa | |||||||
3 | Asmidar | Azmarul | Azmarul | Irsa | Azmarul | Azmarul | Azmarul | ||||||||
4 | Azmarul | Fakhrul | Fakhrul | Azmarul | Irsa | Irsa | |||||||||
5 | Boy | Mafa | Irsa | Fakhrul | |||||||||||
6 | Fakhrul | Boby | |||||||||||||
7 | Boby | Boy |
Petunjuk[sunting | sunting sumber]
- Peserta yang menjadi juara pertandingan.
- Peserta yang menjadi naib juara pertandingan.
- Peserta yang terselamat daripada penyingkiran.
- Peserta yang tersingkir daripada pertandingan.
Penglibatan[sunting | sunting sumber]
- Pengacara Konsert & Rutin Vokal : Faizal Ismail
- Juri Tetap : Azmeer & Erra Fazira
- Pengarah Muzik : Faizal Uzir (Lok U)
- Penasihat Vokal : Faizal Uzir (Lok U)
- Penasihat Persembahan : Adzwa
- Penasihat Motivasi : Prof. Madya Haji Mohd Izzudin
- Jurulatih Kecergasan & Kesihatan : Simran Latiff