Vokal (Musim 2)
Vokal... Bukan Sekadar Rupa ialah sebuah rancangan pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh Media Prima dan disiarkan di TV3. Rancangan ini mula diperkenalkan pada tahun 2011 dengan tujuan mencari bakat berdasarkan mutu nyanyian sahaja tanpa tertumpu pada paras rupa, dan ini dilakukan dengan para juri yang menilai peserta yang bernyanyi tanpa menunjukkan wajahnya atas pentas sewaktu bertanding. Juara musim kali ini dimenangi oleh Mohd Yusof Ahmad atau Uchop.[1]
Vokal | |
---|---|
Format | Nyanyian Muzik Realiti Hiburan |
Ditulis oleh | Muhd Sufian Isa Shahirah Ahmad |
Pengarah | Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) |
Pengacara | Faizal Ismail |
Juri | Dato' Hattan Ziana Zain |
Lagu pembukaan | "Aksi Suara" nyanyian Black |
Lagu penutup | "Aksi Suara" nyanyian Black |
Penggubah | AG Coco |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 12 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Muhd Sufian Che Isa |
Penerbit | Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) |
Lokasi | Sri Pentas Plaza Central, Shah Alam |
Pemasangan kamera | Tetapan kamera utama |
Tempoh siaran | 60 minit Setiap hari Ahad, jam 9 malam |
Syarikat penerbitan | Primeworks Studios |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | 576i SDTV (16:9) |
Format audio | Stereo |
Siaran asal | 24 Oktober – 26 Disember 2012 |
Kronologi | |
Mengikuti | Mentor (musim 6) |
Diikuti oleh | Mentor Legend |
Rancangan berkaitan | Vokal (Musim 1) |
Vokal...Bukan Sekadar Rupa musim ke-2 telah menamatkan penyiarannya pada 26 Disember 2012 dan digantikan dengan Vokal Mania mulai 24 Oktober 2020.
Format[sunting | sunting sumber]
Vokal Bukan Sekadar Rupa musim yang kedua diadakan pada tahun 2012. Setelah menjalani proses ujibakat, akhirnya seramai 17 peserta dipilih dan akan kesemua peserta tersebut harus melalui pusingan kelayakan selama empat minggu dalam konsert pertama hingga konsert keempat. Peserta harus menyanyi dibelakang tirai untuk dinilai oleh para juri bagi persembahan suara dan vokal mereka. Selepas selesai persembahan peserta tersebut, peserta akan tampil mendedahkan diri mereka di konsert tersebut. Keputusan pemilihan peserta 100% ditangan para juri tetap dan juri jemputan. Akhirnya 11 peserta yang berjaya melayakkan diri ke konsert konsert mingguan. Juri tetap pada musim kedua ini ialah Hattan dan Ziana Zain. Pada musim kali ini, juri tetap telah diberikan kuasa veto yang dipanggil sebagai Imuniti yang digunakan untuk menyelamatkan peserta pilihan mereka daripada tersingkir. Bagaimanapun hanya Hattan sahaja yang menggunakan imuniti tersebut untuk menyelamatkan Syahz pada minggu keempat. Manakala Ziana Zain pula tidak menggunakan imuniti tersebut atas alasan ingin bersikap tegas dan adil terhadap kesemua peserta.
Kelainan daripada musim pertama[sunting | sunting sumber]
Format pertandingan[sunting | sunting sumber]
Pada musim pertama yang lalu menyaksikan peserta lelaki dan wanita digabungkan dalam satu konsert setiap minggu. Bagaimanapun, musim kedua ini menyaksikan peserta lelaki dan peserta wanita diasingkan setiap konsert mingguan. Setelah bilangan peserta semakin berkurangan, barulah para peserta lelaki dan wanita akan terus digabungkan di konsert separuh akhir.
Sistem Imuniti[sunting | sunting sumber]
Selain itu, kelainan pada musim kali ini adalah kuasa Imuniti diberikan kepada dua juri tetap, iaitu Dato' Hattan dan Ziana Zain bagi untuk menyelamatkan peserta pilihan mereka daripada tersingkir.
Peserta[sunting | sunting sumber]
- Umur dicatat ketika waktu pertandingan.
Peserta | Umur | Asal | Tarikh penyingkiran |
---|---|---|---|
Mohd Yusof Ahmad
(Uchop) |
29 tahun | Kedah | Juara
(26 Disember 2012) |
Marlleynney Fane JL Paul (Mar) | 25 tahun | Sabah | Naib Juara
(26 Disember 2012) |
Farah Nadeera Zaini (Nadeera) | 19 tahun | Kuala Lumpur | 19 Disember 2012 |
Yusoff Mohd Shah
(Yus) |
24 tahun | Kuala Lumpur | 19 Disember 2012 |
Abang Abdul Hafidz Abang Bujang
(Abang) |
23 tahun | Sarawak | 12 Disember 2012 |
Mohd Adlizan Baharudin (Adli) | 26 tahun | Kuala Lumpur | 12 Disember 2012 |
Nur Nabilah Yusof
(Bella) |
22 tahun | Kuala Lumpur | 05 Disember 2012 |
Nur Fatin Nabila Noorsazley (Fatin) | 21 tahun | Kuala Lumpur | 05 Disember 2012 |
Hendry Francis
(Anjun) |
22 tahun | Sabah | 28 November 2012 |
Mohd Syahrul Mohammad (Syahz) | 25 tahun | Kuala Lumpur | 28 November 2012 |
Nasuha Azhari
(Nasuha) |
20 tahun | Kuala Lumpur | 21 November 2012 |
Mohd Ikrima Yahya
(Ikrima) |
23 tahun | Sarawak | 14 November 2012 |
Mohd Firdaus Materang
(Fird) |
20 tahun | Sarawak | 07 November 2012 |
Norashikin Sekedar
(Shikin) |
21 tahun | Sarawak | 31 Oktober 2012 |
Ema Fazuana Mehat
(Ema) |
19 tahun | Kuala Lumpur | 31 Oktober 2012 |
Noorhirdyu Aiddah Johari (Hirdyu) | 27 tahun | Kuala Lumpur | 24 Oktober 2012 |
Shareen Fardianti Hussin (Erin) | 26 tahun | Kuala Lumpur | 24 Oktober 2012 |
Pengenalan[sunting | sunting sumber]
Berbeza dengan musim pertama, konsert pemilihan peserta kali ini akan dilakukan secara berasingan dimana dua minggu pertama akan menampilkan peserta wanita, dan manakala dua minggu konsert lagi akan menampilkan peserta lelaki. Juri tetap musim ini adalah Ziana Zain dan Dato' Hattan dimana Ziana Zain akan ditemani oleh dua juri jemputan untuk memilih peserta wanita, manakala Dato' Hattan juga akan dibantu oleh dua juri jemputan untuk memilih peserta lelaki.
Para juri tetap juga diberikan kuasa veto (Imuniti) untuk menyelamatkan peserta pilihan mereka daripada tersingkir. Namun hanya Dato' Hattan yng menggunakan kuasa veto tersebut manakala Ziana Zain pula berkeras untuk tidak menggunakannya dengan alasan untuk lebih bersikap adil kepada semua peserta wanita.
Konsert 1 (24 Oktober 2012)[sunting | sunting sumber]
Pada konsert 1 dan 2 ini Ziana akan dibantu oleh Adibah Noor dan Cikgu Siti Hajar Ismail untuk memilih peserta-peserta wanita.
Peserta | Lagu | Adibah Noor | Siti Hajar | Ziana Zain |
---|---|---|---|---|
Nadeera | "Teruskanlah" (Agnes Monica) | ![]() |
![]() |
![]() |
Erin | "Listen" (Beyoncé Knowles) | ![]() |
![]() |
![]() |
Hirdyu | "Hati Lebur Jadi Debu" (Hetty Koes Endang) | ![]() |
![]() |
![]() |
Nasuha | "If I Ain't Got You" (Alicia Keys) | ![]() |
![]() |
![]() |
- Tersingkir: Noorhirdyu Aiddah binti Johari (Hirdyu) & Shareen Fardianti binti Hussin (Erin)
Konsert 2 (31 Oktober 2012)[sunting | sunting sumber]
Peserta | Lagu | Siti Hajar | Adibah Noor | Ziana Zain |
---|---|---|---|---|
Mar | "I Wanna Dance With Somebody" (Whitney Houston) | ![]() |
![]() |
![]() |
Ema | "Kisah Hati" (Alyah) | ![]() |
![]() |
![]() |
Shikin | "Matahariku" (Agnes Monica) | ![]() |
![]() |
![]() |
Bella | "Cinta" (Melly Goeslaw & Krisdayanti) | ![]() |
![]() |
![]() |
Fatin | "Hati Ini Telah Dilukai" (Krisdayanti & Ajai) | ![]() |
![]() |
![]() |
- Tersingkir: Norashikin binti Sekedar (Shikin) & Ema Fazuana binti Mehat (Ema)
Konsert 3 (7 November 2012)[sunting | sunting sumber]
Pada konsert 3 dan 4 pula, kini giliran Dato' Hattan bersama dengan juri jemputan iaitu Dato' Haji Ramli M.S dan Faizal Tahir memilih peserta-peserta lelaki.
Peserta | Lagu | Faizal Tahir | Dato' Ramli | Dato' Hattan |
---|---|---|---|---|
Anjun | "I'll Never Fall in Love Again" (Tom Jones) | ![]() |
![]() |
![]() |
Adli | "Selalu Mengalah" (Seventeen) | ![]() |
![]() |
![]() |
Fird | "Maha Karya Cinta" (Faizal Tahir) | ![]() |
![]() |
![]() |
Uchop | "Ukiran Jiwa" (Awie) | ![]() |
![]() |
![]() |
- Tersingkir: Mohammad Firdaus bin Materang (Fird)
Terdapat sedikit perselisihan faham diantara para juri dimana Faizal Tahir menyukai persembahan Fird yang menyanyikan lagunya. Namun persembahan peserta tersebut tidak digemari oleh Dato' Hattan dan Dato' Ramli M.S. Faizal Tahir kemudian membalas tindakan tersebut dengan tidak memilih Uchop, iaitu peserta yang digemari oleh Dato' Hattan dan Dato' Ramli M.S. Bagaimanapun kedua-dua juri tersebut sepakat memilih Uchop untuk layak ke pusingan seterusnya.
Konsert 4 (14 November 2012)[sunting | sunting sumber]
Peserta | Lagu | Faizal Tahir | Dato' Ramli | Dato' Hattan |
---|---|---|---|---|
Syahz | "Goodbye" (Air Supply) | ![]() |
![]() |
![]() |
Ikrima | "More Than Words"' (Extreme) | ![]() |
![]() |
![]() |
Abang | "Bukan Diriku" (Samsons) | ![]() |
![]() |
![]() |
Yus | "Qasidah Nuraisha" (Redang) | ![]() |
![]() |
![]() |
- Imuniti: Mohammad Syahrul bin Mohammad (Syahz)
- Tersingkir: Mohammad Ikrima bin Yahya (Ikrima)
Syahz dan Ikrima disingkirkan pada minggu ini. Namun Dato' Hattan telah menggunakan Imuniti untuk menyelamatkan Syahz daripada tersingkir sekaligus melayakkan Syahz ke pusingan seterusnya.
Persembahan[sunting | sunting sumber]
Bermula konsert minggu ini, peserta lelaki dan wanita akan bertanding secara berasingan dimana peserta wanita akan bertanding dahulu, kemudian diikuti peserta lelaki. Setelah peserta makin berkurangan, barulah peserta lelaki dan wanita akan digabungkan pada konsert separuh akhir nanti.
Konsert 5 (21 November 2013)[sunting | sunting sumber]
Peserta | Lagu | Keputusan |
---|---|---|
Bella | "Takdir Cinta" (Rossa) | Selamat |
Mar | "Sebelah Jiwaku" (Jaclyn Victor) | Selamat |
Nadeera | "Fantasia Bulan Madu" (Search) | Selamat |
Nasuha | "Hurt" (Christina Aguilera) | Tersingkir |
Fatin | "Ku Pendam Sebuah Duka" (Dato' Khadijah Ibrahim) | 2 Tercorot |
- Tersingkir: Nasuha binti Azhari (Nasuha)
Setelah kesemua peserta selesai membuat persembahan mereka, Faizal Ismail kemudian mengumumkan bahawa Nasuha dan Fatin berada dikedudukan terbawah. Mereka kemudian membuat persembahan Battle dimana kedua-dua mereka harus beradu suara menyanyikan lagu Penasaran nyanyian asal Emilia Contessa. Juri akhirnya membuat keputusan untuk menyelamatkan Fatin dan menyingkirkan Nasuha.
Konsert 6 (28 November 2012)[sunting | sunting sumber]
Peserta | Lagu | Keputusan |
---|---|---|
Yus | "Ghazal Asmara" (Jamal Abdillah) | Selamat |
Anjun | "Aku Yang Tersakiti" (Judika) | Tersingkir |
Syahz | "Muara Hati" (Hafiz Suip & Dato' Siti Nurhaliza) | Tersingkir |
Uchop | "Biasan" (To'ki) | Selamat |
Adli | "Nakal" (Gigi) | |
Abang | "Dan Sebenarnya" (Yuna) | 3 Tercorot |
- Tersingkir: Hendry Francis (Anjun) & Mohammad Syahrul bin Mohammad (Syahz)
Di penghujung acara, Abang, Syahz dan Anjun diumumkan sebagai peserta 3 Terbawah pada minggu ini. Mereka bertiga kemudian membuat persembahan battle dengan menyampaikan lagu Tapi Bagaimana nyanyian kumpulan Spider. Namun kali ini para juri telah sepakat untuk menyelamatkan Abang dan sekaligus menyingkirkan Anjun dan Syahz.
Konsert 7 (5 Disember 2012)[sunting | sunting sumber]
Peserta | Lagu | Keputusan |
---|---|---|
Nadeera | "Pelangi Senja" (Stacy) | Selamat |
Fatin | "Ilusi" (Adira) | Tersingkir |
Mar | "You Know I'm No Good" (Amy Winehouse) | 3 Tercorot |
Bella | "Laksamana Raja Di Laut" (Iyeth Bustami) | Tersingkir |
- Tersingkir: Nur Nabilah binti Yusof (Bella) & Nur Fatin Nabila binti Noorsazley (Fatin)
Pada minggu ini, Bella, Mar dan Fatin diumumkan sebagai peserta yang berada dikedudukan 3 Terbawah. Mereka kemudian beradu suara menyampaikan lagu Patah Seribu nyanyian asal Shila Amzah bagi merebut tempat ke separuh akhir. Namun Mar telah diselamatkan oleh para juri manakala Bella dan Fatin telah disingkirkan.
Konsert 8 (12 Disember 2012)[sunting | sunting sumber]
Peserta | Lagu | Keputusan |
---|---|---|
Adli | "This Love" (Maroon 5) | Tersingkir |
Uchop | "Andaiku Bercinta Lagi" (Mojo) | Selamat |
Abang | "Ombak Rindu" (Hafiz Suip & Adira) | Tersingkir |
Yus | "Puteri" (Zainal Abidin) | 3 Tercorot |
- Tersingkir: Abang Abdul Hafidz bin Abang Bujang (Abang) & Mohammad Adlizan bin Baharudin (Adli)
Abang, Adli dan Yus diumumkan sebagai peserta yang berada dikedudukan terbawah pada minggu ini. Mereka membuat persembahan battle dengan menyanyikan lagu Madu Tiga nyanyian asal P. Ramlee. Para juri kemudian menyelamatkan Yus dan menyingkirkan Abang dan Adli.
Konsert 9: Separuh Akhir (19 Disember 2012)[sunting | sunting sumber]
Peserta | Lagu | Keputusan |
---|---|---|
Uchop | "Seroja" (Search) | Selamat |
Mar | "Karena Ku Sanggup" (Agnes Monica) | Selamat |
Yus | "Pak Ngah Balik" + (Zainuddin Matdom) + "Joget Jambu Merah" (Tan Sri SM Salim) | Tersingkir |
Nadeera | "Dedebu Cinta" (Misha Omar) | Tersingkir |
- Tersingkir: Farah Nadeera binti Zaini (Nadeera) & Yusoff bin Mohammad Shah (Yus)
Pada minggu kali ini, menyaksikan penyingkiran Yus dan Nadeera, sekaligus melayakkan Uchop dan Mar ke konsert akhir.
Konsert 10: Akhir (26 Disember 2012)[sunting | sunting sumber]
Peserta | Lagu | Keputusan |
---|---|---|
Mar | "Semua Isi Hatimu" (Shila Amzah, Ning Baizura & Jaclyn Victor) + "Sesuatu Janji" (Taufik Batisah) | Naib Juara |
"Maafkanlah Cinta" Komposer: Ajai lirik: Ajai | ||
"Bujang Senang" (Wings) (Pilihan Uchop) | ||
Uchop | "Jujurlah Padanya" Komposer: Yuzai Lirik: Yuzai |
Juara |
"Di Penjara Janji" (Awie) + "Opera Hidup" (Wings) | ||
"Stand Up For Love" (Destiny's Child) (Pilihan Mar) |
- Juara: Mohammad Yusof bin Ahmad (Uchop)
- Naib Juara: Marlleynney Fane Paul (Mar)
Hadiah[sunting | sunting sumber]
Keputusan | Pemenang | Hadiah |
---|---|---|
Juara | Uchop Ahmad | RM100,000.00 |
Naib Juara | Marlleynney | RM30,000.00 |
Carta penyingkiran[sunting | sunting sumber]
Ked | Konsert Mingguan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
5 | 6 | 7 | 8 | 9 | Akhir | ||||||
1 | Nadeera | Yus | Nadeera | Uchop | Uchop | Uchop | |||||
2 | Mar | Uchop | Mar | Yus | Mar | Mar | |||||
3 | Bella | Adli | Fatin | Abang | Nadeera | ||||||
4 | Fatin | Abang | Bella | Adli | Yus | ||||||
5 | Nasuha | Syahz | |||||||||
6 | Anjun |
Petunjuk
- Peserta yang menjadi juara pertandingan.
- Peserta yang menjadi naib juara.
- Peserta yang tersingkir.
Penglibatan[sunting | sunting sumber]
- Pengacara Konsert & Rutin Vokal : Faizal Ismail
- Juri Tetap : Dato' Hattan & Ziana Zain
- Penasihat Vokal & Persembahan : Azmeer & Mas Idayu
- Penasihat Motivasi : Prof. Madya Haji Mohd Izzudin
- Jurulatih Kecergasan & Kesihatan : Fidie Sani