Vokal (siri TV)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Vokal
Juga dikenali sebagai
Vokal... Bukan Sekadar Rupa
FormatPertandingan Nyanyian
Pertandingan Realiti TV
PengacaraFaizal Ismail
(Musim 1-2)
JuriMusim 1:
Azmeer
Erra Fazira
Musim 2:
Dato' Hattan
Ziana Zain
Lagu pembukaan"Aksi Suara" nyanyian Black
PenggubahLok U
Negara asal Malaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim2
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifMuhamad Sufian Che Isa
PenerbitAhmad Shaifullizam Arshad
Pemasangan kamera
Tetapan kamera utama
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal16 Oktober 2011 – 26 Disember 2012
Kronologi
MengikutiVokal (Musim 1)
Diikuti olehVokal (Musim 2)
Rancangan berkaitan
Vokal Mania

Vokal... Bukan Sekadar Rupa ialah sebuah rancangan pertandingan nyanyian yang dianjurkan dan disiarkan oleh TV3. Rancangan ini diperkenalkan pada tahun 2011 dengan tujuan mencari bakat berdasarkan mutu nyanyian sahaja tanpa tertumpu pada paras rupa, dan ini dilakukan dengan para juri yang menilai peserta yang bernyanyi tanpa menunjukkan wajahnya atas pentas sewaktu bertanding. Pertandingan Vokal (Musim 1) ini dimenangi oleh Norhasmidar Ahmad (Asmidar) pada 2011 dan Mohd Yusof Ahmad (Uchop) pada Vokal (Musim 2) pada 2012.

Vokal...Bukan Sekadar Rupa musim pertama dan musim ke-2 telah ditamatkan mulai 25 Disember 2011 dan 26 Disember 2012 rancangan ini telah digantikan dengan Vokal Mania Mulai 24 Oktober 2020.

Format Rancangan[sunting | sunting sumber]

Vokal diperkenalkan kepada umum pada 15 September 2011 dalam sebuah sidang media di Sri Pentas, iaitu premis stesen-stesen penyiaran TV dan radio milik Media Prima termasuk TV3. Menurut Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9:[1][2][3]

Vokal muncul sebagai program realiti hiburan yang mempunyai identiti tersendiri di mana kualiti vokal peserta didahulukan daripada paras rupa. Kami ingin membuktikan bahawa Vokal mampu mengubah persepsi stereotype masyarakat dan sekali gus menjadi platform positif kepada peserta yang mempunyai vokal yang baik tetapi tidak mempunyai pakej lengkap.

Format Rancangan Pertandingan Vokal bermula dengan sesi ujibakat di Sri Pentas pada 23 dan 24 September, dan 1 dan 2 Oktober, terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 hingga 28 tahun.[4] Daripada seramai 1,400 orang[5] yang diuji bakat dalam empat hari itu, hanya sepuluh orang yang dipilih untuk bertanding.

Episod pertama Vokal disiarkan secara langsung di TV3 pada 16 Oktober 2011, dengan persembahan dari lima peserta pertama. Pengacaranya ialah Faizal Ismail, sementara panel juri terdiri daripada Azmeer, Erra Fazira dan seorang artis jemputan mingguan yang menjawab "ya" atau "tidak" kepada satu demi satu peserta. Pertandingan antara 10 peserta ini dilangsungkan selama sembilan minggu, kesemua peserta mula-mula dipecahkan kepada dua kumpulan berlima yang berentap pada minggu yang berasingan, dan seorang peserta akan terkeluar jika juri tidak berpuas hati dengan nyanyiannya.

Di samping rancangan pertandingan pada setiap 9 malam Ahad, juga terdapat program sampingan Rutin Vokal yang memaparkan sorotan persediaan serta tugasan yang perlu dijalankan oleh para peserta pada setiap 5 petang Ahad sepanjang pertandingan. Antara tenaga pengajar yang turut menjayakan program Vokal termasuk Faizal Uzir sebagai Pengarah Muzik dan Penasihat Vokal, Adzwa sebagai Penasihat Persembahan, Prof. Madya Haji Md. Izzuddin (Prof. Izzi) selaku pakar motivasi dan Simran Latif dari Original Bootcamp sebagai jurulatih kecergasan dan kesihatan.[3]

Juara pertandingan Vokal akan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 50,000, naib juara RM 30,000 dan pemenang tempat ketiga pula RM 10,000.[1]

Pusingan 1[sunting | sunting sumber]

Dalam pusingan pertama, 10 orang peserta yang layak dari sesi uji bakat dibahagikan kepada dua kumpulan berlima yang berentap dalam dua malam persembahan yang berasingan. Mereka semua bernyanyi di belakang tabir tanpa kelihatan langsung sementara dinilai oleh panel tiga juri yang mengatakan ya (Green tickY) atau tidak (Red XN) kepada peserta. Di peringkat ini, keputusan hanya terletak di tangan juri. Dua "ya" diperlukan untuk layak ke pusingan seterusnya. Selepas keputusan diumumkan, barulah peserta itu menampilkan diri di atas pentas.

Pusingan 2[sunting | sunting sumber]

Mulai pusingan ini, semua peserta membuat persembahan dengan tampil di atas pentas. Keputusan ditentukan 50% oleh juri dan 50% oleh undian penonton melalui SMS. Penonton hanya diberi peluang untuk mengundi sepanjang persembahan (mulai saat rancangan bermula hingga rehat iklan terakhir sebelum keputusan diumumkan).

Musim 1 (2011)[sunting | sunting sumber]

Umur dicatat ketika pertandingan.

Nama Peserta Umur Asal Tarikh Penyingkiran
Norhasmidar Ahmad (Asmidar) 25 tahun Kuala Lumpur Juara

(25 Disember 2011)

Mafarikha Mohd Akhir (Mafa) 19 tahun Perak Naib Juara

(25 Disember 2011)

Azmarul Azuan Harun (Azmarul) 27 tahun Melaka 18 Disember 2011
Irsa Sahabuddin (Irsa) 24 tahun Sabah 04 Disember 2011
Fakhrul Nizam Fauzi (Fakhrul) 21 tahun Kuala Lumpur 20 November 2011
Mohd Janizam Jamaluddin (Boby) 26 tahun Kuala Lumpur 06 November 2011
Airul Azwan Abdul Rahman (Boy) 22 tahun Johor 06 November 2011
Fadzrul Aswad Fauzi (Aswad) 19 tahun Kuala Lumpur 23 Oktober 2011
Siti Nur Aishah (Adeq) 21 tahun Selangor 23 Oktober 2011
Mohd Fakhrullah Mohd Yusof (Epiit) 21 tahun Perak 16 Oktober 2011

Musim 2 (2012)[sunting | sunting sumber]

Umur dicatat sewaktu pertandingan.

Nama Peserta Umur Asal Tarikh Penyingkiran
Mohd Yusof Ahmad (Uchop) 29 tahun Kedah Juara

(26 Disember 2012)

Marlleynney Fane JL Paul (Mar) 25 tahun Sabah Naib Juara

(26 Disember 2012)

Farah Nadeera Zaini (Nadeera) 19 tahun Kuala Lumpur 19 Disember 2012
Yusoff Mohd Shah (Yus) 24 tahun Kuala Lumpur 19 Disember 2012
Abang Abdul Hafidz Abang Bujang

(Abang)

23 tahun Sarawak 12 Disember 2012
Mohd Adlizan Baharudin (Adli) 26 tahun Kuala Lumpur 12 Disember 2012
Nur Nabilah Yusof (Bella) 22 tahun Kuala Lumpur 05 Disember 2012
Nur Fatin Nabila Noorsazley (Fatin) 21 tahun Kuala Lumpur 05 Disember 2012
Hendry Francis (Anjun) 22 tahun Sabah 28 November 2012
Mohd Syahrul Mohammad (Syahz) 25 tahun Kuala Lumpur 28 November 2012
Nasuha Azhari (Nasuha) 20 tahun Kuala Lumpur 21 November 2012
Mohd Ikrima Yahya (Ikrima) 23 tahun Sarawak 14 November 2012
Mohd Firdaus Materang (Fird) 20 tahun Sarawak 07 November 2012
Norashikin Sekedar (Shikin) 21 tahun Sarawak 31 Oktober 2012
Ema Fazuana Mehat (Ema) 19 tahun Kuala Lumpur 31 Oktober 2012
Noorhirdyu Aiddah Johari (Hirdyu) 27 tahun Kuala Lumpur 24 Oktober 2012
Shareen Fardianti Hussin (Erin) 26 tahun Kuala Lumpur 24 Oktober 2012

Hadiah[sunting | sunting sumber]

Musim 1 (2011)

Juara:

  • Wang tunai RM50,000
  • Trofi

Naib Juara:

  • Wang tunai RM30,000
  • Trofi


Musim 2 (2012)

Juara:

  • Wang tunai RM100,000
  • Trofi

Naib Juara:

  • Wang tunai RM50,000
  • Trofi

Penglibatan[sunting | sunting sumber]

Musim Pertama (2011)[sunting | sunting sumber]


Musim Kedua (2012)[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Sidang Media Vokal Bukan Sekadar Rupa, Sensasi Selebriti, 15 September 2011. Dicapai pada 17 Oktober 2011.
  2. ^ Vokal...Bukan Sekadar Rupa Ubah Persepsi Stereotaip Masyarakat, gua.com.my, 23 September 2011. Dicapai pada .17 Oktober 2011.
  3. ^ a b Program Vokal, Bukan Paras Rupa Jadi Ukuran, murai.com.my, 23 September 2011. Dicapai pada 17 Oktober 2011.
  4. ^ Vokal Bukan Sekadar Rupa TV3, Sensasi Selebriti, 13 September 2011. Dicapai pada 17 Oktober 2011.
  5. ^ Wajah 10 Peserta Vokal...Bukan Sekadar Rupa, gua.com.my, 4 Oktober 2011. Dicapai pada 17 Oktober 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]