Vokal tak bundar belakang luas ialah sejenis bunyi vokal yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ɑ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA), dan A dalam X-SAMPA. Aksara ɑ ini dipanggil script a kerana tiadanya cangkuk di atasnya seperti huruf a yang digunakan untuk vokal berbeza, iaitu vokal tak bundar depan luas.
Kebelakangan vokalnya adalah belakang, iaitu lidah terletak di belakang sekali dalam mulut tanpa menyebabkan penjerutan yang sebaliknya menghasilkan konsonan.
Vokal ini adalah tak bundar, iaitu bibir tidak dibundarkan.