Pergi ke kandungan

Volume 1 (album Raja Ema)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Volume 1
Album studio oleh
Dilancarkan pada1985
Dirakamkan pada1985
GenrePop, Electropop, Balada
SyarikatEMI Music Malaysia
PenerbitFauzi Mauzuki, Kesuma Booty & Surya Booty
Kronologi Raja Ema
Volume 1
(1985)
Volume 2
(1986)
Single daripada Volume 1
  1. "Jejaka Idaman"
    Dikeluarkan: 1985
  2. "Pertemuan Ini"
    Dikeluarkan: 1985
  3. "Ku Berjanji (duet bersama Isma Alif)"
    Dikeluarkan: 1985
  4. "Perpisahan Jua"
    Dikeluarkan: 1985
  5. "Ku Tidak Peduli"
    Dikeluarkan: 1986
  6. "Kerana Aku Tidak Lagi Bermimpi"
    Dikeluarkan: 1986
  7. "Kekasih Sepi"
    Dikeluarkan: 1986
  8. "Penghargaanku"
    Dikeluarkan: 1986
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


Volume 1 merupakan album pertama Raja Ema yang diedarkan pada tahun 1985, dan yang paling berjaya dari aspek jualan. Album ini berjaya terjual melebihi 100,000 unit pada tahun 1985 dan 1986. Di dalam album ini, mengandungi 10 buah lagu iaitu 7 buah lagu pop rancak atau mid-tempo dan 3 buah lagu balada.

Maklumat Album

[sunting | sunting sumber]

Menggunakan khidmat Kesuma Booty, Surya Booty dan Fauzi Marzuki sebagai pencipta lagu. Manakala Habsah Hassan, Seri Bayu dan Lukhman S dalam penulisan lirik. Lagu yang paling popular dalam album ini iaitu Jejaka Idaman, ciptaan Fauzi Marzuki dan lirik oleh Herman Tino. Dengan rentak yang simple serta bawaan lagu dengan suara manja Raja Ema ia menjadi lagu kegemaran semua sekitar tahun 1985 dan 1986. Selain lagu tersebut sebuah lagu lain yang turut popular dan menjadi kegemaran pendengar iaitu Di Pertemuan Ini. Lagu ini merupakan lagu pertama yang mempunyai klip video khas yang tidak dirakam di studio atau rancangan hiburan TV, tetapi ia dirakam untuk lagu tersebut dan penggambarannya dibuat di sekitar jalanraya di Kuala Lumpur. Lagu lain yang popular iaitu Perpisahan Jua, Kau Tidak Peduli, Kerana Aku Tidak Lagi Bermimpi, Kekasih Sepi dan Ku Berjanji (duet dengan Isma Alif yang mana sebelum dia merakam album penuh, Fauzi Marzuki memberi peluang kepadanya untuk cuba menyanyi dalam lagu ini).

Vokal Dalam Album

[sunting | sunting sumber]

Dari segi vokal pula, Raja Ema sememangnya tidak mempunyai suara seperti Zaiton Zameon atau Francissca Peter, tetapi dalam usia 16 tahun Raja Ema mempunyai suara yang amat unik dan tidak terdapat pada penyanyi lain, kerana beliau mempunya 2 suara, yang utama (yang didengar dalam lagu) dan "whisper voice" iaitu suara seakan bisikan yang menyanyi bersama.

Senarai Runut

[sunting | sunting sumber]
No.TajukMasa
1."Di Pertemuan Ini"
2."Jejaka Idaman"
3."Penghargaanku"
4."Kekasih Sepi"
5."Ku Berjanji"
6."Impian Harapan"
7."Kau Tidak Peduli"
8."Bersamaku"
9."Perpisahan Jua"
10."Kerana Aku Tidak Lagi Bermimpi"


Carta Album

[sunting | sunting sumber]
Carta (1985) Kedudukan
tertinggi
Carta Album RIM 1

Carta Single

[sunting | sunting sumber]
Lagu
Carta Muzik-Muzik (1986)
"Jejaka Idaman" 2
"Pertemuan Ini" 4
"Kekasih Sepi" 7

iTunes Raja Ema - Jejaka Idaman - Single

iTunes Raja Ema - Memori Hit (Koleksi 3 Album Bersama EMI)