Pergi ke kandungan

Volume 2 (album Raja Ema)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Volume 2
Album studio oleh
Dilancarkan pada1986
Dirakamkan pada1986
GenrePop, Electropop, Balada
SyarikatEMI Music Malaysia
PenerbitFauzi Mauzuki, Kesuma Booty, Surya Booty, Jenny Chin & Bob Rezal
Kronologi Raja Ema
Volume 1
(1985)
Volume 2
(1986)
Titik Bermula
(1988)
Single daripada Volume 2
  1. "Angan-Angan"
    Dikeluarkan: 1986
  2. "Sebuah Catatan Remaja"
    Dikeluarkan: 1987
  3. "Senandung Rindu"
    Dikeluarkan: 1987
  4. "Oops.."
    Dikeluarkan: 1987
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


Volume 2 merupakan album kedua Raja Ema yang diedarkan pada akhir tahun 1986. Dengan menggunakan formula yang sama seperti album pertama dulu, album kedua Raja Ema Volume 2 mengandungi 10 buah lagu iaitu 8 buah lagu pop rancak atau mid-tempo, sedikit pop rock dan 2 buah lagu balada.

Maklumat Album

[sunting | sunting sumber]

Album Volume 2 menggunakan pencipta lagu yang sama iaitu Kesuma Booty, Surya Booty dan Fauzi Marzuki. Namun terdapat pencipta lain seperti Jenny Chin dan Bob Rezal. Penulis lirik pula sama sepert album terdahulu iaitu Habsah Hassan, Seri Bayu dan Lukhman S. Ramai yang mengandaikan album kedua tidak akan mungkin menandingi lagu sebaik Jejaka Idaman, tetapi dengan hasil lagu ciptaan lagu Fauzi Marzuki dan lirik oleh Habsah Hassan, maka terhasillah lagu Angan-Angan yang lebih berjaya daripada Jejaka Idaman. Lagu ini berjaya menjadi juara bulan Januari Muzik-Muzik 1987. Manakala lagu Jejaka Idaman pula gagal apabila ia dicalonkan pada bulan Januari 1986.

Anugerah Juara Lagu 1987

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1987 juga Raja Ema semakin sibuk kerana mendapat bukan sahaja undangan pentas, radio dan TV tetapi juga lakonan. Oleh kerana kesibukan itu Raja Ema mengecewakan ramai peminatnya apabila tidak dapat menyanyikan lagu Angan-Angan pada pertandingan akhir Juara Lagu kerana berada di Indonesia untuk penggambaran filem Pernikahan Berdarah.

Lagu Kegilaan Remaja

[sunting | sunting sumber]

Seperti juga lagu Jejaka Idaman di dalam album pertamanya, Angan-Angan juga sering menjadi pilihan kanak-kanak sekolah untuk dinyanyikan di dalam pertandingan nyanyian. Selain itu, golongan remaja juga amat meminati lagu ini, di mana album ini kebanyankkan dibeli oleh golongan remaja. Album ini jelas terbukti dipasarkan kepada golongan remaja dengan rentak rancak, catchy, lirik yang ringkas dan mudah dihafal. Selain lagu Angan-Angan, lagu Sebuah Catatan Remaja dan Senandung Rindu juga amat popular.

Senarai Runut

[sunting | sunting sumber]
No.TajukPenulisKomposerMasa
1."Angan Angan"Habsah HassanFauzi Marzuki4:26
2."Sebuah Catatan Remaja"Seri BanyuKesuma Booty3:57
3."Satu Pengakuan"Habsah HassanFauzi Marzuki3:39
4."Biarlah Aku Buktikan"Lukman SJenny Chin3:33
5."Senyuman Pertama"Isma AliffSurya Booty3:27
6."Cinta Bagai Embun"Wahidin Abdul Rahman4:21
7."Engkau"Zainal Baharom BidorKesuma Booty3:24
8."Oops.."Lukman SFauzi Marzuki4:03
9."Senyuman Terakhir"Seri BanyuKesuma Booty3:04
10."Senandung Rindu"Bob Rezal4:14


Carta Album

[sunting | sunting sumber]
Carta (1987) Kedudukan
tertinggi
Carta Album RIM 1

Carta Single

[sunting | sunting sumber]
Lagu
Carta Muzik-Muzik (1987)
"Angan-Angan" 1
"Sebuah Catatan Remaja" 8

iTunes Raja Ema - Memori Hit (Koleksi 3 Album Bersama EMI)