Vorteks kutub

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Vorteks kutub ialah siklon besar berterusan yang terletak di kawasan berdekatan kutub-kutub sesebuah planet. Ia terdiri daripada angin berudara padat dan sejuk dari kawasan artik yang bertebaran antara kawasan troposfera tengah dan atas sehingga ia menjangkau ke stratosfera. Angin bawaan vorteks sebegini menguat pada musim sejuk dan menjadi lemah pada musim panas kerana kebergantungannya kepada perbezaan antara suhu-suhu di kawasan kutub dan kawasan khatulistiwa.[1]

Vorteks kutub di hemisfera utara paling tertumpu di dua lokasi: satu berdekatan Pulau Baffin dan satu lagi di timur laut Siberia.[2] Vorteks di hemisfera selatan pula tertumpu berdekatan pesisiran Pentas Ais Ross, tepatnya dekat lajur barat ke-160.[3] Arah putaran vorteks berhubung kait rapat dengan lokasinya akibat kesan Coriolis, di mana vorteks Hemisfera Utara akan berpusing mengikut arah lawan jam manakala vorteks di Hemisfera Selatan pula akan berpusing mengikut arah jam.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Halldór Björnsson. "Global circulation". Veðurstofa Íslands. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Mac 2010. Dicapai pada 15 Jun 2008. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)[sumber terbitan sendiri?]
  2. ^ "Polar vortex". Glossary of Meteorology. American Meteorological Society. 2000. Dicapai pada 15 June 2008. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  3. ^ Chen, Rui-Rong; Boyer, Don L.; Tao, Lijun (1993). "Laboratory Simulation of Atmospheric Motions in the Vicinity of Antarctica". Journal of Atmospheric Sciences. 50 (24): 4058–79. Bibcode:1993JAtS...50.4058C. doi:10.1175/1520-0469(1993)050<4058:LSOAMI>2.0.CO;2.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]