Voz Management

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Voz Management
Logo vektor Voz Management
Diasaskan2013; 11 tahun yang lalu (2013)
StatusAktif
GenrePelbagai
Negara asal Singapura

Voz Management ditubuhkan pada January 2013, ia diilhamkan oleh Olly Maguire dan Amyr Abadawn (Nangbotinang Records). Dahulunya pada tahun 2011, nama asal ialah Vox Waggon, yang bermaksud Vox (Suara/Penyanyi) Waggon (Pengangkutan). Pada masa itu Vox Waggon mempunyai seramai 50 bakat-bakat muda termasuk Rahila Rashun, Hisyam Azmi, Chomel, Adeq Lynn, Suhaimi Zaini, Izat Ibrahim dan ramai lagi. Kemudian nama Vox digantikan dengan Voz (mempunyai sama erti) dan Waggon digantikan kepada Management untuk menampakkan kegiatan mereka lebih serius.


Artis pertama Voz Management ialah Chomel pada 2013. Projek pertama mereka ialah membuat music video 'Teman' dari Chomel, hasil gabungan dengan Nangbotinang Records di Kuala Lumpur. Mereka juga telah mendapat beberapa tawaran untuk Chomel dari syarikat-syarikat rakaman di Malaysia. Akhirnya mereka bersetuju dengan syarikat MVM Productions untuk menandatangani artis Chomel.


Pada tahun 2014, Voz Management mengundang penyanyi sensasi YouTube, Jumali Sanotri untuk menyertai Voz Management. Jumali sempat merakamkan beberapa buah single termasuk 'Berperang Dalam Kenangan', 'Lamunan Cinta', 'Digari Rindu', dan beberapa lagi buah lagu. Lewat 2014, Juffri [1] juga menyertai Voz Management. Juffri telah merakamkan beberapa buah single termasuk 'Teguh', 'Berikan Ku Waktu' dan 'Ku Tetap Menanti'. Mereka, (Chomel, Jumali dan Juffri) juga sering mendapat undangan disiaran TV dan Radio di Malaysia dan Singapura. Konsert dan beberapa persembahan lain.


Pada tahun 2015 Voz Management menyebarkan sayap mereka dengan mengambil sebuah band iaitu ETH Band dan penyanyi solo ND Khal. ETH Band sempat merakamkan 2 singles, 'Kepastian' dan 'Di Ingatan', manakala ND Khal tidak sempat merakamkan single semasa dibawah naungan Voz Management.


Pada 2016, Voz Management mengambil lagi 2 penyanyi muda solo iaitu Amy Hakimii dan Ajib Alkaff, dan sempat merakamkan beberapa buah single.


Voz Management juga membantu artis-artis muda dan mampan dengan merakamkan single dari lagu-lagu karya mereka sendiri seperti Aaryz Shiraz, Shahrin, Rahila Rashun, Kaitlyn Lin, Hir, Nertasha, Joe Kifly, Dee Hamza, Masnie dan ramai lagi. Mereka mula berkerjasama dengan pelbagai produksi, termasuk Moliano (Moluv Music), Malon (Qudra Music Publishing) dan Jufri Kraton (Kraton Music Productions & Arts) sebagai publisher.


Pada tahun 2021 artis-artis Voz Management yang masih bersama mereka ialah Jumali_SanoTri [2], Fatin SerulingLady [3], Eriy_ryzale [4], Erynn Eriynee dan Young Khalifa..

Single[sunting | sunting sumber]

  • 2014: Jumali Sanotri ‘Berperang Pada Kenangan’ (Lagu/Lirik: Jumali SanoTri)
  • 2015: Juffri ‘Teguh’ (Lagu: Olly Maguire/ Lirik: Fazelino)
  • 2015: Jumali SanoTri ‘Lamunan Cinta’ (Lagu/Lirik: Jumali SanoTri)
  • 2015: Juffri ‘Berikan Ku Waktu’ (Lagu: Ardy Yan/ Lirik: Juffri)
  • 2015: Jumali SanoTri & Juffri ‘Senandung Syawal’ (Lagu/Lirik: Jumali SanoTri)
  • 2015: ETH Band ‘Kepastian’ (Lagu/Lirik: Andri ETH)
  • 2016: Amy Hakimii ‘Aku Redha’ (Lagu: Olly Maguire/Lirik: Budi Ryzale)
  • 2016: Ajib Alkaff ‘Kabus Di Titian’ (Lagu: Olly Maguire/Lirik: Budi Ryzale)
  • 2016: Juffri ‘Ku Tetap Menanti’ (Lagu/Lirik: Moliano Rasmadi)
  • 2017: ETH Band ‘Di Ingatan’ (Lagu/Lirik: Andri ETH)
  • 2017: ianaEyzana ‘Tiada Noktah’ (Lagu: Amyr Abadawn/Budi Ryzale/Lirik: Budi Ryzale)
  • 2017: Aaryz Shiraz ‘Biar Saja’ (Lagu/Lirik: Aaryz Shiraz)
  • 2017: Budi Ryzale ‘Teman Selamnya’ (Lagu: Olly Maguire/Lirik: Budi Ryzale)
  • 2017: Jumali SanoTri, Juffri, Andri ETH, Amy Hakimii, Ajib Alkaff & Aaryz Shiraz ‘Teman’ (Lagu: Olly Maguire/ Lirik: Deanna Manto) [5]
  • 2017: Wansod ‘Tiada Sempurna’ (Lagu: Olly Maguire/Lirik: Budi Ryzale)
  • 2018: Ajib Alkaff ‘Selingkar’ (Lagu: Olly Maguire/Lirik: Budi Ryzale)
  • 2019: Chomel ‘Tiadanya Kamu’ (Lagu/Lirik: Chomel)
  • 2019: Jumali SanoTri ‘Digari Rindu’ (Lagu/Lirik: Jumali SanoTri)
  • 2019: Eriy Ryzale ‘Panas’ (Lagu: Amyr Abadawn/Lirik: Budi Ryzale)
  • 2019: Wira ‘Bangkit Bersinar’ (Lagu: Olly Maguire/Lirik: Budi Ryzale)
  • 2019: Amy Hakimii ‘Inspirasi Rinduku’ (Lagu/Lirik: Malon)
  • 2019: Erynn Eriynee ‘Bayanganku’ (Lagu/Lirik: Jumali SanoTri)
  • 2019: Eriy Ryzale feat. YK ‘Hatiku Panas’ (Lagu: Amyr Abadawn Lirik: Eriy Ryzale)
  • 2019: Rahila feat. KP Black & Safarul ‘Impian’ (Lagu: Amyr Abadawn & KP Black Lirik: Rahila, KP Black & Safarul)
  • 2019: YK ‘Me Gusta’ (Lagu: Syko-G Lirik: Syko-G)
  • 2019: Mac ‘Janji’ (Lagu/Lirik: Mac)
  • 2020: Gellen Martadinata & Eriy Ryzale ‘Jika Jodoh’ (Lagu: Gellen Martadinata Lirik: Gellen Martadinata)
  • 2020: Kaitlyn Lin ‘Withstand’ (Lagu: Amyr Abadawn Lirik: Kaitlyn Lin)
  • 2020: Kaitlyn Lin ‘Fate’ (Lagu: Kaitlyn Lin Lirik: Kaitlyn Lin)
  • 2020: Kaitlyn Lin ‘Promise Me’ (Lagu: Amyr Abadawn Lirik: Kaitlyn Lin)
  • 2020: Artis Voz Management ‘Tetap Hari Raya’ (Lagu/Lirik: Jumali SanoTri)
  • 2020: Hir ‘Perpisahan Cinta’ (Lagu: Amyr Abadawn Lirik: Hir)
  • 2020: Erynn Eriynee ‘Mungkiri’ (Lagu: Waffi Ahmad Lirik: Sulu Sarawak)
  • 2020: Jufri Alui ‘Untuk Kali Terakhir’ (Lagu: Shawal Ziyad Lirik: Shawal Ziyad)
  • 2020: Amy Hakimii ‘Hilang’ (Lagu/Lirik: Amy Hakimii)
  • 2020: Joe Kifly ‘Curang’ (Lagu/Lirik: Joe Kifly)
  • 2020: Kaitlyn Lin ‘Dream’ (Lagu: Amyr Abadawn Lirik: Kaitlyn Lin)
  • 2021: Nertasha ‘Mi Amor’ (Lagu: Amyr Abadawn Lirik: Nertasha)
  • 2021: Dee Hamza ‘Hapus’ (Lagu: Amyr Abadawn Lirik: Dee Hamza)
  • 2021: Jumali SanoTri feat Nur Athirah ‘Harapan Cinta’ (Lagu/Lirik: Jumali SanoTri)
  • 2021: Aryff Shah ‘Sungguh’ (Lagu/Lirik: Feez Mizaro)
  • 2021: Masnie ‘Berserah’ (Lagu/Lirik: Masnie)

Rancangan (Media Social)[sunting | sunting sumber]

  • 2017: GAH(kustik) (kerjasama Berita Harian SG) [6]
  • 2018: Voz Dan Teman-teman Berhari Raya [7]
  • 2019: Ceria Lebaran [8]
  • 2020: Dasyat Giler (kerjasama CMX International)
  • 2020: Carta Dasyat Giler (kerjasama CMX International)

Penampilan Awam[sunting | sunting sumber]

  • 2012: Go Glam Goes Unplugged @ Anchorvale CC
  • 2012: One Heart Musical Showcase @ Bishan Park II
  • 2013: BandSG Live @ Yew Tee CC
  • 2013: One Heart II @ Paya Lebar
  • 2015: One Heart III @ Offside Thomson Flyover
  • 2016: Juara Viral Voice @ Joo Chiat Complex [9]

Pelancaran Album/Singles[sunting | sunting sumber]

  • 2015: Jumali & Juffri Single Launching @ BMC Music Ctr [10]
  • 2016: Ajib Alkaff Rintihan Anakmu Single launching @ KawKawSG
  • 2017: Teman Album Launching @ Doktor Kereta
  • 2017: Wansod Tiada Sempurna Single Launching @ Mana Mana Entertainment
  • 2019: Pelancaran Serumpun Launching @ XY Hotel Bugis [11]

Album (Kompilasi)[sunting | sunting sumber]

Video Musik[sunting | sunting sumber]

Artis-artis Voz Management[sunting | sunting sumber]

  • 2013-2015, 2018-2019: Chomel
  • 2014-kini: Jumali SanoTri
  • 2015-2021: Juffri Alui
  • 2015-2019: ETH Band
  • 2016-2020: Amy Hakimii
  • 2016-2020: Ajib Alkaff
  • 2017-2020: Budi Ryzale
  • 2017-2020: ianaEzyana
  • 2017-2019: Wira
  • 2017-2018: Aaryz Shiraz
  • 2017-2018: Wansod
  • 2017-2018: Samuel Qayyum
  • 2017-2018: Stereohype
  • 2018-2021: Wan Mohd Faud
  • 2018-kini: Erynn Eriyee
  • 2018-kini: Eriy Ryzale
  • 2018-2019: Nur Athirah
  • 2018-2019: Naufal Aiman
  • 2019-kini: Fatin SerulingLady
  • 2019-2020: Mac
  • 2019-kini: SanoTri
  • 2019-kini: Young Khalifa

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hadir bukan untuk bersaing. Diarkibkan 2019-09-25 di Wayback Machine myMetro. Dicapai pada 31 Oct 2015.
  2. ^ Jumali menyerlah di internet. Diarkibkan 2019-11-10 di Wayback Machine myMetro. Dicapai pada 18 Jun 2016.
  3. ^ Tiupan seruling penyegar jiwa 'Fatin SerulingLady'. Berita Harian. Dicapai pada 22 Jul 2018.
  4. ^ Eriy tampil bakat serba boleh melalui 'PANAS'. Berita Harian. Dicapai pada 27 Aug 2019.
  5. ^ 'Teman' dampingi kanak-kanak autisme. Berita Harian. Dicapai pada 24 Mar 2017.
  6. ^ BeritaHarian.sg perkenal siri video seni muzik Gah(kustik). Berita Harian. Dicapai pada 05 Sep 2017.
  7. ^ Meriah bakat tempatan nyanyi di media sosial. Berita Harian. Dicapai pada 19 Jun 2018.
  8. ^ Bakat tempatan gotong-royong siapkan sajian Raya 'YouTube'. Berita Harian. Dicapai pada 07 Jun 2019.
  9. ^ Sertai adu bakat lagu Raya sambil derma. Berita Harian. Dicapai pada 01 Jun 2018.
  10. ^ Peminat sejauh P. Pinang. Berita Harian. Dicapai pada 19 Mar 2015.
  11. ^ 'Serumpun' himpun 10 single bakat setempat. Berita Harian. Dicapai pada 31 Aug 2019.
  12. ^ Chomel - Teman Spotify.
  13. ^ Chomel - Teman (Official MTV). Exuism. Dicapai pada 31 Jul, 2016.
  14. ^ Jumali SanoTri - Berperang Pada Kenangan (Official MTV). Exuism. Dicapai pada 21 Nov, 2014.
  15. ^ Jumali SanoTri - Lamunan Cinta (Official MTV). Exuism. Dicapai pada 29 Apr, 2015.
  16. ^ Juffri Alui - Teguh (Official MTV). Exuism. Dicapai pada 30 Jun, 2015.
  17. ^ Sukafellas - Doa Di Pusara (Official MTV). Exuism. Dicapai pada 15 Aug, 2014.
  18. ^ Jumali SanoTri & Juffri - Senandung Syawal (Official MTV). Exuism. Dicapai pada 17 Jul, 2015.
  19. ^ Dua kisah, dua irama Syawal. Berita Harian. Dicapai pada 14 Jul 2015.
  20. ^ Ajib Alkaff Rintihan Anakmu Official MTV. Voz Management. Dicapai pada 31 Mar, 2016.
  21. ^ ETH Band - Kepastian (Official MTV). Voz Management. Dicapai pada 4 May, 2016.
  22. ^ Juffri Alui - Ku Tetap Menanti (Official Music Video). Voz Management. Dicapai pada 7 Sep, 2016.
  23. ^ Amy Hakimi - Aku Redha (Official MTV). Voz Management. Dicapai pada 8 Nov, 2016.
  24. ^ Wira - Cinta Pertama MTV. Voz Management. Dicapai pada 19 May, 2017.
  25. ^ Shahrin - Oh Sayangku (Official Music Video). Exuism. Dicapai pada 13 Oct, 2016.
  26. ^ Shafyre - Jampi Serapah (Official MTV). Voz Management. Dicapai pada 6 Sep, 2017.
  27. ^ Andainya Ku Bersalah. Voz Management. Dicapai pada 27 Jun, 2018.
  28. ^ Naufal Aiman - Sahabat Sejati (Official MTV). Voz Management. Dicapai pada 2 Jul, 2019.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]