W.A.R.I.S

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari W.a.r.i.s)
W.A.R.I.S
Nama lahirMuzzammil bin Alias[1]
Kelahiran (1988-07-18) 18 Julai 1988 (umur 35)
Rembau, Negeri Sembilan, Malaysia[2]
GenreHip hop, Rap
PekerjaanPenyanyi, pelakon
InstrumenVokal
Tahun aktif2012[3] – sekarang
Syarikat rakaman
Mixology Music[2]
Pengkarya berkait
DJ Fuzz, Nora Danish

Muzzammil bin Alias atau lebih dikenali sebagai W.A.R.I.S (kadangkala Waris; lahir 18 Julai 1988) ialah seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia. Nama WARIS dipilih daripada maksud anak dari suku biduanda di Negeri Sembilan. Beliau mula mendapat perhatian melalui lagu-lagunya yang popular iaitu "Rembau Most Wanted" dan "Gadis Jolobu". Kreativiti beliau dalam menggabungkan dialek Negeri Sembilan yang unik di Malaysia dengan bahasa Inggeris memberi nafas baru kepada adat Perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Waris berasal dari Rembau, Negeri Sembilan. Beliau merupakan seorang pelajar jurusan Kejuruteraan Awam Universiti Tenaga Nasional.[2] Bakat Waris telah dicungkil oleh komposer dan penerbit, DJ Fuzz melalui laman YouTube di mana Waris memuat naik hasil karyanya.[4] Pada 2 Ogos 2015, rapper muda ini selamat bernikah dengan gadis pilihannya, Izzati.[1]

Kerjaya muzik[sunting | sunting sumber]

Rembau Most Wanted[sunting | sunting sumber]

Waris melancarkan album pertama beliau, Rembau Most Wanted pada 14 Oktober 2015.[2] Album tersebut menampilkan 19 buah lagu termasuk koloborasi bersama artis-artis seperti Dato’ Hattan, Mark Adam, Juzzthin, Mas Idayu, Salam Musik, Adeep Nahar dan Iwere. Lagu-lagu seperti Rembau Most Wanted diterima baik oleh industri muzik di Malaysia dengan pencalonan "Lagu Hip-Hop Terbaik" di Anugerah Industri Muzik ke-20[5] manakala Gadis Jolobu berjaya melangkah ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-29.[6]

Berkolaborasi dengan Nora Danish[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2017, Waris telah berkolaborasi dengan pelakon terkenal iaitu Nora Danish untuk single terbaru berjudul Ini Lagi Boom. Ini merupakan kali pertama artis Nora Danish cuba berjinak - jinak dalam industri nyanyian.[7][8]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Kedudukan Nota
ERA FM
[9]
Hot FM
[10]
Muzik Muzik
[11]
JOOX
[12]
2013 "Gadis Jolobu" (menampilkan Dato' Hattan)
2015 "Anugerah Lawak Warna" (bersama Mimi One Nation Emcee)
2015 "Cinta Terakhir" (menampilkan Ezad)
2016 "Tepuk"
2016 "Dua Dunia" (menampilkan Viral) OST Si Kolot Suamiku
2016 "Lagenda"
2016 "Peduli Ajab"
2017 "Ini Lagi Boom" (menampilkan Nora Danish)
2018 "Lagu Bola"
2018 "This is Pilah"
2018 "Terbaik Bossku" (menampilkan Zizi Kirana dan Sophia Liana)
2018 "Back2Skool"
2018 "Emoji" (bersama Ayasofia)
2018 "Basmallah"
2019 "3 Kata" (bersama Zizi Kirana)
2019 "Pulang Merantau" (menampilkan Noryn Aziz)
2019 "Pengakuan Sang Pendosa"
2019 "Hi-Fi Stereo"
2019 "Deru" (bersama Xpose)
2023 "Torra Torra" (bersama Senja) Salah satu OST Didi & Friends The Movie

Single tampilan[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Artis Album
2016 "Hancur" Sufi Rashid
2017 "Kurnia" Raqib
2017 "Kan Bersamamu" Aisya Hasnaa
2018 "Pendusta Cinta" Wani
2019 "Saham is Cool" AAA
2019 "Penindas" Ara Johari Penindas (OST WIRA)
2023 "Siapa Kami" David Koon, Andrew Lui & Ronald Mok Siapa Kami (OST Gemencheh Boys)

Album studio[sunting | sunting sumber]

Tajuk Maklumat album Pensijilan Jualan
Rembau Most Wanted Dikeluarkan: 14 Oktober 2014

Bahasa: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris

Label: Mixology Music

Edaran: Rusa Marketing

Alumni Dikeluarkan: 2016

Label: Mixology Music

Edaran: Rusa Marketing

Meta IV Dikeluarkan: 2018

Label: Mixology Music

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

  • 2013: Album Kompilasi AIM 20 - Rembau Most Wanted
  • 2014: This Is the Mixology Music, Vol. 1 (bersama artis-artis Mixology Music)[3] - Rembau Most Wanted & Satu Hari di Rembau
  • 2015: This Is the Mixology Music, Vol. 2 (bersama artis-artis Mixology Music)[13] -

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2018 This Is Pilah The Movie Dirinya sendiri Filem pertama
2023 Didi & Friends The Movie Torra Suara

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Untuk Keputusan Sumber
2013 Anugerah Industri Muzik ke-20 Lagu Hip-hop Terbaik Rembau Most Wanted - W.A.R.I.S/DJ Fuzz Menang [5]
2014 Anugerah Juara Lagu ke-29 Anugerah Juara Lagu Gadis Jolobu (bersama Hattan) Tercalon [6]
2016 Juara Parodi 2015 Finalis Tempat Kelima Kumpulan Righthanded (Abam & Fad) Menang
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian Penyanyi Lelaki Popular Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "PENYANYI RAP WARIS SELAMAT NIKAH". myartis.com. Dicapai pada November 11, 2015.
  2. ^ a b c d "Waris Dedah Pernah Dihina, Menyanyi di Majlis Kahwin". Malaysian Digest. Dicapai pada November 11, 2015.
  3. ^ a b "Album Hit: This Is Mixology Music Volume One". Era FM. Dicapai pada November 11, 2015.
  4. ^ "Waris Pernah Dihina". Mangga Online. Dicapai pada November 11, 2015.
  5. ^ a b "AIM20: Keputusan penuh Anugerah Industri Muzik 2013". liriklagumuzika.com. Dicapai pada November 11, 2015.
  6. ^ a b "Finalis AJL pukau penonton". Harian Metro. Dicapai pada November 11, 2015.
  7. ^ Utusan (9 Januari 2017) Nora Danish berduet dengan Waris - Hiburan - Utusan Online Dicapai 13 Mac 2017.
  8. ^ Rap dengan Waris, Nora Danish nyanyi puaskan hati sendiri (VIDEO) - Berita - ProjekMMO Malay Mail Online.
  9. ^ "Carta ERA 40". ERA FM.
  10. ^ "Hot FM 30". Hot FM. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-12. Dicapai pada 2017-03-13.
  11. ^ "Carta 20 Muzik Muzik". Muzik Muzik.
  12. ^ "Player Ranking". JOOX APP.
  13. ^ "Demi permintaan ibu, Waris cipta dan rakam lagu 'Cinta Terakhir'". The Rakyat Post. Dicapai pada November 11, 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]