WIRA (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
WIRA
PengarahAdrian Teh
Penulis
Lakon layarAnwari Ashraf
Cerita oleh
  • Adrian Teh
  • Anwari Ashraf
Dihasilkan oleh
  • Keoh Chee Ang
  • Datuk Steven Lim (eksekutif)
  • Adrian Teh (eksekutif)
  • Tung Yow Kong (eksekutif)
  • Dato' Khairul Anwar Salleh (eksekutif)
  • Dato' Iskandar Mizal Mahmood (eksekutif)
Dibintangi
SinematografiYong Choon Lin
Disunting olehLee Pai Seang
Muzik olehJackey Yow
Syarikat
penerbitan
Diedarkan oleh
Tarikh tayangan
  • 21 November 2019 (2019-11-21) (Malaysia & Singapura)
  • 30 Januari 2020 (2020-01-30) (Indonesia & Kemboja)
Masa tayangan
109 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 8 juta
Pecah panggungRM 7.6 juta

WIRA merupakan sebuah filem aksi Malaysia 2019 arahan Adrian Teh dan ditulis oleh Anwari Ashraf. Ia berkisarkan mengenai kisah seorang bekas tentera yang dahulunya melarikan diri akibat tidak tahan dikawal tetapi kembali ke pangkuan keluarga untuk membela nasib mereka. Filem ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Fify Azmi, Henley Hii, Zizan Razak, Dain Said dan Josiah Hogan serta pelakon Indonesia Ismi Melinda dan Yayan Ruhian. Filem ini ditayangkan pada 21 November 2019 dan mendapat respon dan reaksi positif daripada peminat mahupun pengkritik filem tempatan.[1][2][3][4]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Filem ini mengisahkan tentang karakter utamanya, Hassan (Hairul Azreen) yang merupakan seorang bekas tentera yang telah membawa diri meninggalkan keluarganya sejak kecil. Dia menyertai tentera bukan sahaja untuk mengawal “setan” dalam dirinya tetapi juga tidak sanggup melihat hidup keluarganya dan orang sekelilingnya yang ditekan dan dikawal oleh Raja (Dain Said).

Setelah menyempurnakan khidmat untuk negara, Hassan kembali juga demi keluarga dan menyelesaikan hutang adiknya Zain (Fify Azmi) atas kekalahan pertandingan seni bela diri campuran dianjurkan oleh Raja. Hassan dan Zain terpaksa bertanding sekali lagi dengan Vee (Ismi Melinda) dan Rayyan (Josiah Hogan), kedua-dua anak Raja. Apakah halangan yang akan mereka hadapi seterusnya? Adakah Hassan mampu menyelamatkan keluarga dan orang di sekelilingnya?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

  • Hairul Azreen sebagai Hassan Munas, bekas tentera (diinspirasikan daripada watak Arman Rahmat lakonan beliau dalam filem PASKAL)
  • Fify Azmi sebagai Zain, adik Hassan yang tinggal bersama-sama ayahnya
  • Ismi Melinda sebagai Vee, anak perempuan Raja yang sukakan seni bela diri campuran
  • Hilal Azman sebagai Munas, ayah kepada Hassan dan Zain
  • Dain Said sebagai Raja, bapa kepada Vee dan Rayyan
  • Yayan Ruhian sebagai Ifrit, orang kanan Raja (juga berkhidmat sebagai pengarah lagak ngeri}
  • Henley Hii sebagai Boon Hua, kawan Hassan yang bekerja sebagai polis yang ingin menangkap Raja setelah sekian lama
  • Josiah Hogan sebagai Rayyan, adik kepada Vee
  • Azri Sabri sebagai Nazmi, jiran Hassan
  • Zizan Razak sebagai samseng 1
  • Jack Lim sebagai samseng 2

Pelakon tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Sam Chong sebagai Alvin
  • Hazzy Alzeeq sebagai Pejal
  • Zee Khan sebagai Khatijah
  • Kuew Teow, Jude Jerry, Fauzan, Hassan Abdul Azeez, Azzamuddin & Farid Razali sebagai konco Nazmi
  • Alieshah binti Mohd Kamaruzaman sebagai konco Rayyan
  • Trisha Ooi sebagai konco Vee

Pelakon undangan[sunting | sunting sumber]

  • Bohai sebagai peninju
  • Riki Rikando sebagai pemandu bas (aksi)
  • Badrul sebagai pemandu bas (tambahan)
  • Yap Wee Choy & Munzir sebagai pengadil
  • Kareno, Fudail, Faiz, Trisna Irawan, Ali Sukarno & Cece Hernawan sebagai pegawai peribadi Raja
  • Echo Quah sebagai samseng gaji
  • Andy Teh sebagai peninju MMA
  • Iman Iskandar & Nabil Zakaria sebagai orang muda
  • Sasi Subramainam (Sasidaran) sebagai budak flat

Penampilan kameo[sunting | sunting sumber]

Keluaran[sunting | sunting sumber]

WIRA ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan Singapura pada 21 November 2019 sebaris dengan filem Frozen II dan seminggu sebelum Ejen Ali: The Movie ditayangkan yang juga dibawah Primeworks Studios. Majlis pratonton filem ini diadakan pada 19 November 2019.[5] Teaser treler filem WIRA telah dimuat naik di saluran YouTube Astro Shaw pada 22 April 2019, manakala treler rasminya dikeluarkan pada 16 Oktober 2019.[6]

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Kutipan pecah panggung[sunting | sunting sumber]

Filem WIRA bersama-sama Ejen Ali: The Movie (terbitan bersama Primeworks Studios) dan Pusaka (terbitan Astro Shaw) menduduki carta Top 10 Movies @ GSC direkodkan pada 29 November 2019 di mana WIRA duduki tempat ke-3, Pusaka tempat ke-5 dan Ejen Ali: The Movie kedudukan teratas[7]. Facebook Ejen Ali berterima kasih kepada penonton yang menonton filem tempatan samada filem animasi Malaysia dan filem lakonan anak Malaysia. WIRA telah meraih kutipan sebanyak RM2.2 juta dalam masa empat hari tayangan.[8]

Ulasan kritis[sunting | sunting sumber]

Dashiran Yohan dari Lowyat.net memuji filem dan meluahkan pendapat beliau mengenai filem ini: "Wira mempunyai beberapa momen yang terbaik dalam aksi tulen yang saya lihat sepanjang tahun, sangat bergaya dan memberi inspirasi kepada gambar, bukan hanya dari segi pawagam Malaysia tetapi pawagam global. Ini semua perkara lain yang dicampur di antara yang jatuh rata".[9] Bissme S. dari The Sun Daily pula berpendapat: "Secara peribadi, WIRA bukan sebuah filem Malaysia yang buruk untuk menghabiskan masa menonton anda. Anda pasti akan merasakan deruan adrenalin".[10] Menulis untuk The Star Online, Mumtaj Begum berhujah bahawa "WIRA meletakkan apa yang boleh dilihat sebagai adegan pertandingan klimaktik 40 minit ke dalam filem. Ia merupakan perjuangan dua-dalam-dua di gelanggang, dan ia agak menarik".[11]

Muzik[sunting | sunting sumber]

"Penindas"
Single oleh Ara Johari ft. W.A.R.I.S
Dilancarkan pada15 November 2019
Panjang3:52
SyarikatRocketfuel Entertainment
PenulisW.A.R.I.S, WAN & Ziin
PenerbitZiin
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Lagu tema bagi WIRA ialah "Penindas" nyanyian Ara Johari bersama W.A.R.I.S hasil nukilan W.A.R.I.S sendiri bersama dengan Wan dan Ziin serta diterbitkan oleh Ziin. Lagu ini jelas ditujukan kepada Raja yang menindas tempat tinggal untuk membina sebuah kilang dan memberikan tanah haram kepada penduduk yang tinggal.

Format dan senarai runut[sunting | sunting sumber]

Penstriman Digital[12]
No.TajukPenulisPenyanyiMasa
1."Penindas"W.A.R.I.S, WAN & ZiinAra Johari ft. W.A.R.I.S3:52


Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Anugerah Kategori Penerima Keputusan
Festival Filem Malaysia ke-31 Pengarah Terbaik Adrian Teh Tercalon
Sinematografi Terbaik Yong Choon Lin Tercalon
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Dain Said Tercalon
Penataan Kesan Khas Terbaik Basecamps VFX Sdn Bhd Tercalon
Pelakon Wanita Harapan Terbaik Fify Azmi Menang

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Filem ini menggunakan latar tempat Ulu Langat (Hulu Langat) sebagai tempat di mana keluarga Hassan tinggal
  • Filem ini merupakan filem gabungan pelakon-pelakon Malaysia dan Indonesia[13]. Kali terakhir filem aksi Malaysia mempunyai gabungan lebih daripada satu negara ialah filem Polis Evo 2 (juga lakonan Zizan) terbitan Astro Shaw iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura
  • Zizan Razak memegang watak antagonis buat pertama kali dalam sejarah lakonan beliau. Ia merupakan watak sampingan. Filem pertama antagonis utama dalam lakonan Zizan ialah Dol dalam filem "Merewang Keluarga Pak Awang" arahan Adlin Aman Ramlie juga terbitan Astro Shaw
  • Filem ini merupakan filem pertama di bawah kredit produksi ACT 2 Pictures. Filem ini juga merupakan filem kedua dengan kerjasama Astro Shaw dan Primeworks Studios, dua syarikat televisyen gergasi Malaysia bekerjasama dalam membuat filem selepas Sangkar arahan Kabir Bhatia yang keluar pada tahun yang sama
  • Filem ini merupakan filem Malaysia pertama dalam format 4DX ekslusif di GSC

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Selepas PASKAL THE MOVIE, Adrian Teh Bakal Arah Filem Aksi WIRA". Budiey. Dicapai pada March 13, 2019.
  2. ^ "SINOPSIS FILEM WIRA LAKONAN HAIRUL AZREEN & FIFY AZMI".
  3. ^ Ashari, Amirul Haswendy (May 12, 2019). "Wira mula dunia sinematik". HM Online.
  4. ^ "cinema.com.my: Adrian Teh mahu fokus bikin lebih banyak filem aksi selepas "Wira"". www.cinema.com.my.
  5. ^ Nursyazwani Saiful Sham (12 November 2019). Tiada pertaruhan angka kutipan, Adrian Teh harap penonton terima baik filem 'Wira' Astro Awani. Dicapai pada 8 Disember 2019.
  6. ^ Mumtaj Begum (4 September 2019). Hairul Azreen fights Indonesian action star Yayan Ruhian in 'Wira' trailer The Star Online. Dicapai pada 8 Disember 2019.
  7. ^ Ejen Ali (29 November 2019). "❗ Perhatian Ejen ❗ Terima kasih Ejen, kerana menyokong filem-filem Malaysia! Dari animasi ke filem tempatan dan lakonan anak Malaysia di dalam filem antarabangsa, kita berjaya menguasai Top 5 di dalam carta box office! Teruskan sokongan anda dan jangan lupa untuk terus menonton filem #1 - #EjenAliTheMovie di pawagam berhampiran! BERTINDAK SEGERA! 🤜🏻💥🤛🏻 ❗ Attention Ejens ❗ Thank you Ejens for supporting Malaysian films! From animation to live action films and even international films with Malaysian actors, we have managed to dominate the Top 5 in the box office chart! Continue to support the industry and don't forget to watch the #1 film - #EjenAliTheMovie in the cinemas now! ACT IMMEDIATELY! 🤜🏻💥🤛🏻 #KitaJagaKita #MisiSerbuPawagam #MisiTontonEATM #aniMY #Wira #Pusaka #LastChristmas". Facebook. Dicapai pada 12 Ogos 2023.
  8. ^ Hanafis Haris (25 November 2019). Padu! Filem Wira Raih RM2.2 Juta Dalam Masa 4 Hari Tayangan! Astro Gempak. Dicapai pada 8 Disember 2019.
  9. ^ Dashiran Yohan (18 November 2019). Wira Review: Melodrama Hurts What Could’ve Been a Fantastic Action Film Lowyat.net. Dicapai pada 8 Disember 2019.
  10. ^ Bissme S. (22 November 2019). Movie review: Wira The Sun Daily. Dicapai pada 8 Disember 2019.
  11. ^ Mumtaj Begum (20 November 2019). 'Wira': Takes Malaysian action films to a higher level The Star Online. Dicapai pada 8 Disember 2019.
  12. ^ "Penindas". Spotify.
  13. ^ Hanafis Hanis (20 November 2019). "Wira Filem Aksi Terbaik Malaysia? Ini 5 perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Menonton". Astro Gempak. Dicapai pada 12 Ogos 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]