Wikipedia:Discord

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Discord ialah perisian sembang percuma untuk PC dan platform mudah alih. Pelayan Discord mempunyai kedua-dua jenis saluran iaitu saluran teks dan saluran suara, yang digunakan untuk perbincangan masa nyata dan perkongsian media berbagai bentuk di antara ahli pelayan tersebut.

Pada 4 Oktober 2019, sebuah pelayan Discord rasmi untuk Wikipedia Bahasa Melayu (WBM) telah dicipta untuk ahli Wikipedia berhubung, terutamanya di kalangan mereka yang sudah pun menggunakan perisian Discord. Pelayan Discord ini dikawal selia oleh beberapa orang ahli Wikipedia Bahasa Melayu yang dipercayai. Penggunaan pelayan tersebut perlulah mengikut peraturan di bawah. Banyak saluran wujud dengan tujuannya yang tersendiri.

Pelayan untuk Wikipedia bahasa Melayu boleh dicapai menerusi pautan undangan dengan mengklik butang berikut:

Sertai Pelayan

Peraturan[sunting sumber]

Semua pelayan Discord mempunyai set peraturannya sendiri untuk mengawal perbincangan yang berlaku di pelayan tersebut. Berikut ialah peraturan yang digunapakai di pelayan Discord untuk Wikipedia Bahasa Melayu:

  1. Anda mesti mengambil perhatian orang lain ketika bercakap dalam perbualan. Anda tidak boleh menggunakan gambar, kulit atau nama pengguna yang menyinggung orang lain. Kakitangan akan menyatakan apa yang dianggap melanggar peraturan atau tidak.
  2. Anda tidak dibenarkan untuk menghantar apa-apa yang berunsur perkauman, seksisme, diskriminasi, atau pelanggaran peraturan di mana-mana saluran. Kami menghormati semua orang, tanpa mengira kewarganegaraan mereka, bangsa, agama, orientasi, dan identiti jantina.
  3. Anda tidak dibenarkan untuk menspam termasuklah dalam saluran suara. Jika anda tidak pasti apa yang anda akan hantar itu dikira spam atau tidak, maka jangan hantarnya. Ini termasuklah menghantar soalan, arahan dan/atau penggunaan emoji yang sama secara berulang dalam masa yang singkat.
  4. Anda tidak dibenarkan untuk menghantar kandungan dewasa (NSFW), mahupun imej atau hantaran yang tidak sesuai di mana-mana saluran kecuali saluran yang ditetapkan khusus untuknya.
  5. Kakitangan sukarelawan Wikipedia Bahasa Melayu tidak dibayar. Jangan mengharapkan mereka berada di sekeliling setiap saat, kerana mereka mempunyai kehidupan di luar Discord ini.
  6. Peraturan komuniti, di sini dan di pelayan, boleh berubah tanpa notis.
  7. Anda hanya boleh bersembang dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja buat masa ini, kerana bahasa-bahasa itu bahasa yang dapat dibaca dan diselia. Jika anda rasa anda boleh menyumbang kepada penyeliaan untuk lebih banyak bahasa, sila hubungi sama ada SNN95 atau RickWong
  8. Anda boleh menggunakan Bahasa Melayu Pasar dan singkatan, tetapi sila jangan menggunakan bahasa WeChat. Jika anda didapati melakukan sedemikian, anda akan dibuang serta-merta tanpa notis.
  9. Anda boleh bertanya soalan dan memohon bantuan di saluran yang ditetapkan selagi mana ianya berkaitan dengan Wikipedia/Wikimedia. Terdapat saluran lain untuk anda berseloroh. Anda akan dibuang dari pelayan Discord tersebut tanpa sebarang pembicaraan sekiranya anda gagal mengikut peraturan ini.
  10. Kami hendak menasihatkan ahli-ahli Wikipedia di Discord. Jika anda rasa perbincangan anda melibatkan teks yang panjang lebar berlanjutan sehinggakan menatal pun ambil masa yang lama atau situasi perbincangan mula keroh, sila ke saluran lain yang dikhususkan untuk perdebatan. Sesiapa yang didapati tidak mengikut arahan ini akan diberi amaran atau dibisukan.

Peraturan penggunaan pelayan Discord tersebut dikemaskini buat kali terakhir pada 4 Ogos 2020.

Sistem Amaran Bertahap[sunting sumber]

  1. Amaran Tahap Pertama: Amaran Biasa
  2. Amaran Tahap Kedua: Amaran Biasa dan Pembisuan 1 Jam
  3. Amaran Tahap Ketiga: Amaran Biasa dan Pembisuan 12 Jam
  4. Amaran Tahap Keempat: Amaran Biasa dan Pembisuan 1 Hari, serta Ditendang
  5. Amaran Tahap Terahkir: Diharamkan selama-selamanya

Dalam peraturan tertentu, ahli boleh diharamkan terus serta-merta sekiranya ia teramat serius. Contohnya apabila ada pengguna bot yang menyerang pelayan Discord secara besar-besaran, kesemua pengguna tersebut akan diharamkan serta-merta.

Cara Guna[sunting sumber]

Discord boleh dimuat turun secara percuma di Microsoft Windows, macOS, Linux, iOS dan Android, serta boleh digunakan di kebanyakan pelayar Internet tanpa perlu dimuat turun. Pelayan ini boleh disertai dengan menggunakan pautan undangan di atas (butang biru tadi). Apabila anda masuk ke pelayan, anda perlu memberi reaksi kepada pilihan pertama dalam Menu Peranan di saluran #dapatkan-peranan untuk mendapatkan peranan Ahli lalu membenarkan anda mencapai keseluruhan pelayan. Setelah itu, pengguna boleh terus gunakan Discord di mana jua.

Sembang Teks[sunting sumber]

Discord menyediakan saluran teks supaya pengguna boleh berhubung menerusi penulisan. Saluran ini menyokong pelbagai jenis tandaan dan benaman, seperti paparan lakaran kecil untuk gambar, tonjolan sintaks untuk cebisan kod, atau memaparkan emoji. Kebanyakan ciri ini, seperti pembenaman, boleh dilumpuhkan menerusi menu keutamaan pengguna.

Kelainan utama di antara Discord dan IRC ialah Discord menyediakan tunggakan sembang. Ciri ini berguna untuk pengguna terus menyambung sembang yang sedang berjalan, tetapi ia juga bermaksud semua yang dikatakan akan dicatat dalam sejarah. Pengguna juga perlu sedar bahawa hanya kerana sebilangan kecil pengguna yang berada dalam talian pada sesuatu masa, tidak bermakna pengguna yang log masuk kemudian tidak akan melihat mesej mereka. Namun tidak seperti IRC, pengguna Discord boleh bertanya dalam suatu saluran dan dapatkan jawapan beberapa jam atau hari kemudian daripada pengguna lain.

Tidak seperti IRC, Discord tidak menunjukkan alamat IP atau nama hos untuk pengguna ketika mereka sertai pelayan dan saluran. Oleh itu, tidak ada penetapan penopengan hos atau penyembunyian.

Sembang Suara[sunting sumber]

Saluran suara juga tersedia, membolehkan pengguna untuk berhubung secara terus menggunakan suara. Pengguna boleh bergantung kepada fungsi tekan-untuk-bercakap, di mana mereka mesti menekan kekunci ketika bercakap, ataupun fungsi pengesanan suara, yang akan menyiarkan secara automatik apabila pengguna bercakap. Pengguna patut ambil perhatian bahawa sesiapa sahaja dalam saluran yang sama akan mendengarnya. Saluran suara tidak mempunyai topik tertentu kecuali saluran muzik yang dikhususkan untuk mendengar lagu.

Saluran suara tidak aktif melainkan adanya pengguna yang menyertai saluran tersebut. Ianya pilihan dan tidak memberi kesan kepada kebolehgunaan saluran teks.

Pengesahan[sunting sumber]

Anda boleh mengesahkan diri anda dalam pelayan Discord kepada nama pengguna anda di Wikipedia. Masuk ke saluran #arahkan-bot dan hantarkan .auth, bot yang bernama WikiAuthBot akan menghantar mesej peribadi kepada anda, yang mana ia mengandungi pautan pengesahan. Tekan pautan tersebut dan ikut arahan berikutnya untuk mengesahkan diri anda. Ini hanyalah pilihan dan ianya tidak diwajibkan.

Saluran dicipta untuk memudahkan perbincangan topik atau projek tertentu. Saluran baharu dicipta mengikut keperluan.

  • #log-masuk-keluar — Saluran baca-sahaja yang menunjukkan pergerakan keluar masuk pengguna Discord.
  • #dapatkan-peranan — Saluran baca-sahaja untuk mendapatkan peranan, seperti peranan Ahli yang diperlukan untuk mencapai keseluruhan pelayan, dan juga peranan lain. Berikan reaksi emoji pada peranan yang berkaitan untuk mendapatkan peranan tersebut.
  • #peraturan — Saluran baca-sahaja yang menyenaraikan kesemua peraturan terkini untuk pengguna pelayan Discord tersebut.

Pengumuman & Peristiwa Terkini[sunting sumber]

  • #📢-pengumuman — Saluran baca-sahaja yang menyenaraikan kesemua pengumuman baharu daripada penyelia Wikipedia Bahasa Melayu.
  • #selamat-datang — Saluran baca-sahaja yang mengalu-alukan kedatangan pengguna baharu ke pelayan Discord tersebut, juga menyenaraikan pautan undangan pelayan tersebut untuk dikongsi kepada pengguna lain.
  • #📰-peristiwa-terkini — Saluran baca-sahaja yang menyenaraikan rencana peristiwa terkini penting yang perlu diterjemah ke Wikipedia Bahasa Melayu dengan segera.
  • #🏞-pencalonan-rencana-dan-gambar — Saluran untuk ahli Wikipedia mencalonkan rencana dan gambar bagi pertimbangan rencana dan gambar pilihan bulanan.
  • #🗨-twitter — Saluran baca-sahaja yang berkongsi semula apa yang dihantar di akaun Twitter rasmi Wikipedia Bahasa Melayu.
  • #🗳-undian — Saluran baca-sahaja untuk menanyakan soalan bagi mendapatkan jawapan dari mengundi.

Saluran Awam[sunting sumber]

  • #🤝-pengenalan-diri — Saluran ini hanya untuk pengenalan diri, anda boleh menggunakan templat dalam mesej yang disemat atau anda boleh menulis pengenalan dalam perenggan.
  • #💬-bualan-umum — Saluran ini untuk bersembang secara umum tanpa topik khusus asalkan ianya berbahasa Melayu dalam tulisan Rumi.
  • #بوالن-جاوي-💬 — Saluran ini mempunyai dua fungsi, untuk bersembang mengenai tulisan Jawi, dan juga untuk bersembang secara umum tanpa topik khusus dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi.
  • #💬-english-public-chat — Saluran ini untuk bersembang dalam bahasa Inggeris.
  • #jawatankuasa-hal-ehwal-covid-19 — Saluran ini untuk bersembang mengenai wabak COVID-19.
  • #🗣-tempat-berdebat — Saluran ini untuk perbincangan yang panjang melarat (lihat peraturan nombor sepuluh).
  • #📕-alambahasa-wikikamus — Saluran ini untuk perbincangan khusus mengenai peristilahan bahasa Melayu.
  • #📌-promosi — Saluran ini untuk pengguna mempromosikan diri mereka atau apa yang mereka lakukan di luar Wikipedia/Wikimedia tetapi berkait dengan penterjemahan atau projek wiki lain.
  • #🤔-tidak-berkaitan — Saluran ini untuk pengguna berseloroh (lihat peraturan nombor sembilan). Ia juga digunakan untuk berkongsi jenaka dan meme.
  • #baw2020 — Saluran ini untuk perbincangan yang mendalam mengenai Bulan Asia Wikipedia 2020.

Bot COVID-19[sunting sumber]

  • #bot-covid-19 — Saluran khusus untuk kerja berkaitan bot penjejak statistik COVID-19.

Soalan dan Bantuan[sunting sumber]

  • #bantuan — Saluran ini untuk bertanya soalan dan meminta bantuan berkaitan Wikipedia/Wikimedia (lihat peraturan nombor sembilan). Anda mesti bertanya atau meminta bantuan secara terus, jangan tanya sama ada anda boleh bertanya ataupun tidak, dan jangan tanya sama ada wujudnya orang ataupun tidak ketika itu, kerana soalan anda pastinya akan dijawab kemudian.
  • #⁉-soalan-lazim — Saluran baca-sahaja ini menyenaraikan soalan yang lazim ditanya mengenai Wikipedia/Wikimedia beserta jawapannya.
  • #cadangan — Saluran ini untuk memberi sebarang cadangan kepada pihak kakitangan pelayan Discord mahupun kepada penyelia Wikipedia.
  • #laman-rosak — Saluran ini untuk menyenaraikan rencana, templat, modul, dan kategori yang rosak supaya boleh dibaiki.

Kategori Wikipedia[sunting sumber]

  • #🌳-kategori-alam-semula-jadi — Saluran ini khusus untuk perbincangan rencana Wikipedia yang berkaitan dengan alam semula jadi, termasuklah flora, fauna dan juga alam sekitar.
  • #📜-kategori-bahasa — Saluran ini khusus untuk perbincangan rencana Wikipedia yang berkaitan dengan bahasa, termasuklah sistem tulisan.
  • #🏢-kategori-bangunan — Saluran ini khusus untuk perbincangan rencana Wikipedia yang berkaitan dengan bangunan, termasuklah teknik dan kaedah bangunan, dan juga konsep bangunan seperti penggunaan semula adaptif.
  • #🎪-kategori-budaya — Saluran ini khusus untuk perbincangan rencana Wikipedia yang berkaitan dengan budaya, merangkumi tingkah laku sosial dan norma-norma yang terdapat dalam masyarakat manusia, serta pengetahuan, kepercayaan, seni, undang-undang, adat istiadat, kemampuan, dan kebiasaan individu dalam kumpulan tersebut.
  • #⚛-kategori-disiplin-akademik — Saluran ini khusus untuk perbincangan rencana Wikipedia yang berkaitan dengan disiplin dan juga akademik, seperti perkara berkaitan falsafah.
  • #📈-kategori-ekonomi — Saluran ini khusus untuk perbincangan rencana Wikipedia yang berkaitan dengan ekonomi.
  • #🗺-kategori-geografi — Saluran ini khusus untuk perbincangan rencana Wikipedia yang berkaitan dengan geografi, termasuklah wilayah dan juga bentuk rupa bumi.
  • #🎊-kategori-hiburan — Saluran ini khusus untuk perbincangan rencana Wikipedia yang berkaitan dengan hiburan, seperti siaran televisyen dan filem.
  • #🔫-kategori-jenayah — Saluran ini khusus untuk perbincangan rencana Wikipedia yang berkaitan dengan jenayah.
  • #⏳-kategori-kehidupan — Saluran ini khusus untuk perbincangan rencana Wikipedia yang berkaitan dengan kehidupan, termasuk kehidupan peribadi seseorang insan.
  • #✌-kategori-kemanusiaan — Saluran ini khusus untuk perbincangan rencana Wikipedia yang berkaitan dengan kemanusiaan, termasuk perdamaian.
  • #🏰-kategori-kerajaan — Saluran ini khusus untuk perbincangan rencana Wikipedia yang berkaitan dengan kerajaan.
  • #🏥-kategori-kesihatan — Saluran ini khusus untuk perbincangan rencana Wikipedia yang berkaitan dengan kesihatan.
  • #👮-kategori-ketenteraan — Saluran ini khusus untuk perbincangan rencana Wikipedia yang berkaitan dengan ketenteraan.
  • #📖-kategori-komik — Saluran ini khusus untuk perbincangan rencana Wikipedia yang berkaitan dengan komik, manga, anime, dari penamaan sehinggalah penciptaan rencana.
  • #🤔-kategori-konsep — Saluran ini khusus untuk perbincangan rencana Wikipedia yang berkaitan dengan konsep.
  • #🍽-kategori-makanan-dan-minuman — Saluran ini khusus untuk perbincangan rencana Wikipedia yang berkaitan dengan makanan dan minuman.
  • #➗-kategori-matematik — Saluran ini khusus untuk perbincangan rencana Wikipedia yang berkaitan dengan matematik dan perkiraan.
  • #🧠-kategori-minda — Saluran ini khusus untuk perbincangan rencana Wikipedia yang berkaitan dengan minda dan otak manusia.
  • #🎵-kategori-muzik — Saluran ini khusus untuk perbincangan rencana Wikipedia yang berkaitan dengan muzik dan lagu.
  • #☯❓-kategori-objek — Saluran ini khusus untuk perbincangan rencana Wikipedia yang berkaitan dengan objek yang berkisar berkenaan jasad atau jisim sesuatu benda secara literal atau falsafah atau konsep.
  • #🎮-kategori-permainan — Saluran ini khusus untuk perbincangan rencana Wikipedia yang berkaitan dengan permainan, tanpa mengira platform permainan.
  • #📝-kategori-pendidikan — Saluran ini khusus untuk perbincangan rencana Wikipedia yang berkaitan dengan pendidikan.
  • #🚆-kategori-pengangkutan-dan-geografi — Saluran ini khusus untuk perbincangan rencana Wikipedia yang berkaitan dengan pengangkutan.
  • #📚-kategori-pengetahuan — Saluran ini khusus untuk perbincangan rencana Wikipedia yang berkaitan dengan pengetahuan.
  • #👨⚖-kategori-peraturan — Saluran ini khusus untuk perbincangan rencana Wikipedia yang berkaitan dengan peraturan.
  • #🤷🏼-kategori-perilaku-manusia — Saluran ini khusus untuk perbincangan rencana Wikipedia yang berkaitan dengan perilaku manusia.
  • #📆-kategori-peristiwa — Saluran ini khusus untuk perbincangan rencana Wikipedia yang berkaitan dengan peristiwa penting.
  • #💼-kategori-perniagaan — Saluran ini khusus untuk perbincangan rencana Wikipedia yang berkaitan dengan perniagaan.
  • #🔬-kategori-sains — Saluran ini khusus untuk perbincangan rencana Wikipedia yang berkaitan dengan sains.
  • #🗿-kategori-sejarah — Saluran ini khusus untuk perbincangan rencana Wikipedia yang berkaitan dengan sejarah.
  • #⚽-kategori-sukan — Saluran ini khusus untuk perbincangan rencana Wikipedia yang berkaitan dengan sukan.
  • #🔬-kategori-teknologi — Saluran ini khusus untuk perbincangan rencana Wikipedia yang berkaitan dengan teknologi.
  • #💡-kategori-tenaga — Saluran ini khusus untuk perbincangan rencana Wikipedia yang berkaitan dengan tenaga, termasuk tenaga boleh diperbaharui.
  • #🍆-kategori-bahan-provokatif — Saluran khusus untuk perbincangan rencana Wikipedia yang berkaitan dengan mana-mana bahan yang dirasakan ada unsur-unsur provokatif seperti kandungan dewasa (NSFW), pelumuran darah (gore), menyentuh sensiviti dan apa-apa sahaja yang bukan untuk bacaan umum (lihat peraturan nombor empat). Ingat bahawa Wikipedia memegang polisi "No cencorship" (tiada tapisan) dan bersifat neutral, jadi sebarang pertikaian dalam bualan ini mungkin akan diendahkan.

Projek Wikimedia yang Lain[sunting sumber]

  • #commons — Saluran ini khusus untuk perbincangan berkaitan Wikimedia Commons.
  • #meta-wiki — Saluran ini khusus untuk perbincangan berkaitan Wikimedia Meta-Wiki.
  • #translatewiki — Saluran ini khusus untuk perbincangan berkaitan Translatewiki.
  • #wikibuku — Saluran ini khusus untuk perbincangan berkaitan Wikibuku (Wikibooks berbahasa Melayu).
  • #wikiberita — Saluran ini khusus untuk perbincangan berkaitan Wikiberita (Wikinews berbahasa Melayu).
  • #wikidata — Saluran ini khusus untuk perbincangan berkaitan Wikidata.
  • #wikikamus — Saluran ini khusus untuk perbincangan berkaitan Wikikamus (Wiktionary berbahasa Melayu).
  • #wikimedia — Saluran ini khusus untuk perbincangan berkaitan Yayasan Wikimedia (Wikimedia Foundation).
  • #wikiquote — Saluran ini khusus untuk perbincangan berkaitan Wikipetik (Wikiquote berbahasa Melayu).
  • #wikispecies — Saluran ini khusus untuk perbincangan berkaitan Wikispecies.
  • #wikisumber — Saluran ini khusus untuk perbincangan berkaitan Wikisumber (Wikisource berbahasa Melayu).
  • #wikiversity — Saluran ini khusus untuk perbincangan berkaitan Wikiversity.
  • #wikivoyage — Saluran ini khusus untuk perbincangan berkaitan Wikivoyage.

Saluran Suara[sunting sumber]

  • #bilik-muzik — Saluran teks khusus untuk perkongsian dan pendengaran segala jenis muzik, selalunya digunakan untuk memberi arahan kepada bot muzik.
  • tempat bercakap 1 — Saluran suara utama untuk bercakap, tiada topik.
  • tempat bercakap 2 — Saluran suara tambahan untuk bercakap, tiada topik.
  • saluran muzik — Saluran suara khusus untuk menikmati lagu dan muzik sahaja, dilarang bersembang.

Bot[sunting sumber]

  • #tahap-pengguna — Saluran khusus untuk bot tahap memaklumkan pengguna apabila mereka mencapai tahap baharu.
  • #arahkan-bot — Saluran khusus untuk pengguna Discord menggunakan perintah bot, contohnya untuk membuat pengesahan identiti dengan WikiAuthBot.

Bot di Pelayan[sunting sumber]

Terdapat enam bot yang membantu pengurusan pelayan.

  • Bot Kuasa Mutlak Dyno#3861 — Bertanggungjawab untuk membantu urusan kawal selia pelayan.
  • Bot Tahap MEE6#4876 — Bertanggungjawab untuk mencatat aktiviti pengguna dan menentukan tahap pengguna.
  • Pemain Muzik Rythm#3722 — Bertanggungjawab untuk memainkan muzik atau lagu yang diminta di saluran muzik.
  • Sistem Reaksi Role YAGPDB.xyz#8760 — Bertanggungjawab untuk memberikan peranan kepada pengguna Discord apabila mereka memberi reaksi emoji kepada mesej berkaitan di #dapatkan-peranan.
  • WikiAuthBot WikiAuthBot#1556 – Bertanggungjawab untuk membantu pengguna Discord mengesahkan identiti mereka sebagai ahli Wikipedia. Bot akan menghantar mesej peribadi kepada anda apabila anda menulis .auth di #arahkan-bot, dan mesej tersebut mengandungi arahan untuk mengesahkan identiti. Anda mestilah membenarkan penerimaan mesej untuk membolehkan bot ini menghantar mesej kepada anda. Pengesahan ini menggunakan OAuth.
  • Coronavirus (COVID-19) Coronavirus (COVID-19)#6150 — Bertanggungjawab untuk menyediakan statistik terkini mengenai COVID-19 seluruh dunia. Bot ini tidak berfungsi buat masa ini.

Pemberitahuan Berkumpulan[sunting sumber]

Kaedah pemberitahuan semasa ditetapkan untuk membolehkan pengguna Discord memberitahu sesetengah kumpulan pengguna lain mengenai perkara penting yang perlu ditangani. Kesemua tag ini hanya patut digunakan untuk perkara yang perlukan perhatian segera. Tuliskan tag dalam mesej anda beserta perkara penting tersebut dan hantar ke ruang sembang bersama-sama untuk membuatkan pemberitahuan untuk berfungsi.

  • @Discord Moderator – Sebutan ini akan menyebabkan pemberitahuan dihantar kepada Kakitangan Discord Wikipedia Bahasa Melayu.
  • @Penyelia Wikipedia – Sebutan ini akan menyebabkan pemberitahuan dihantar kepada Penyelia Wikipedia Bahasa Melayu yang ada menggunakan Discord.

Pengguna Khas[sunting sumber]

Terdapat beberapa pengguna yang mempunyai keistimewaan atau penghargaan khas.

Kakitangan[sunting sumber]

Kakitangan pelayan Discord Wikipedia Bahasa Melayu yang semasa adalah seperti di bawah. Mereka mempunyai kuasa tertinggi di pelayan Discord tersebut.

  • Ricky250 (Pengasas pelayan Discord - nama di Discord: Rick Wong)
  • Fab1442006 (Pemilik semasa pelayan Discord - nama di Discord: Izington)

Penyelia Wikipedia di Discord[sunting sumber]

Beberapa orang penyelia Wikipedia juga ada di Discord Wikipedia Bahasa Melayu.

Ketua Pengarah Kesihatan WBM[sunting sumber]

Pengguna bernama Ceball1923 di Wikipedia Bahasa Melayu, juga dikenali dengan nama Bebeki-Al-Hakim di pelayan Discord, digelar sebagai Ketua Pengarah Kesihatan WBM dan diberikan peranannya sendiri dengan nama yang sama kerana beliau amat tekun mengemaskini maklumat berkaitan COVID-19 di Malaysia.

Kotak pengguna[sunting sumber]

{{Pengguna Discord}}, akan menghasilkan:

#Pengguna ini bersembang di Discord.




{{Wikipedia:Discord/Kotak pengguna}}, akan menghasilkan:

Marilah bersembang dengan kami di pelayan Discord Wikipedia Bahasa Melayu!




Terdapat juga ikon pengatas untuk digunakan: {{Ikon pengatas Discord}}