Wikipedia:Peralatan/Navigation popups

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Wikipedia:NAVPOP)
Ikon Navigation popups.
Contoh apabila tetikus dihalakan pada sesuatu pautan di Wikipedia.

Navigation popups adalah merupakan sebuah skrip, ditulis dalam JavaScript (sumber), yang memberikan pantauan yang senang pada pratonton rencana dan beberapa fungsi Wikipedia dalam tetingkap popup yang muncul apabila anda menghalakan tetikus anda pada pautan tersebut.

  • Cara pemasangan yang cepat: Pergi ke Khas:Keutamaan dan tekan "Gajet", tandakan (☑Y) pada kotak tersebut untuk mengaktifkan Navigation Popups, lalu pergi ke bahagian paling bawah, dan tekan butang simpan. Ikuti arahan pada laman tersebut untuk menyingkirkan cache pelayar anda.
  • Cara pemasangan lain: Letak {{subst:navpop}} pada pada laman paparan penampilan wiki anda skin.js. Lihat di bawah untuk pemasangan lebih lanjut.

Cara pemasangan[sunting sumber]

Anda mesti mempunyai akaun untuk memasang dan menggunakan ciri Navigation popups. Jika anda tidak mempunyai akaun, anda perlu membuat satu dan log masuk.

Pemasangan automatik
  • Pergi ke Keutamaan / Gajet / Gajet semak imbas, tandakan (☑Y) pada "Navigation popups", dan tekan butang Simpan.
Pemasangan manual

Selain itu, jika anda ingin menambah ini pada penampilan rupa tertentu dan bukannya fail yang berfungsi untuk semua kulit (seperti di atas), maka

// [[Pengguna:Lupin/popups.js]]
document.write('<SCRIPT SRC="http://en.wikipedia.org/wiki/User:Lupin/popups.js"><\/SCRIPT>');

Nota: Pautan berikut merupakan pautan yang terdapat pada skin.js, yang dimana membawa anda ke tempat yang betul jika JavaScript anda dibenarkan. Untuk rujukan, fail yang anda akan perlu sunting disenaraikan di bawah.

Terjemahan[sunting sumber]

Sila lihat laman ini untuk terjemahan skrip antara muka dan untuk laman in dalam bahasa lain. Anda juga akan mendapat arahan untuk mewujudkan terjemahan sendiri.

Masalah pelayar[sunting sumber]

Internet Explorer[sunting sumber]

Laman dengan "–" pada tajuk mereka menunjukkan ianya tidak berfungsi dengan baik pada popups. Bug ini tidak wujud pada Internet Explorer 9, jadi dengan menaik taraf pelayar anda akan menyelesaikan masalah bug tersebut.

Firefox[sunting sumber]

Jika pengguna pada Firefox mempunyai Adblock Plus dipasang pada pelayar, maka anda tidak dapat melihat popup, anda hanya melihat tooltip biasa, Adblock Plus berkemungkinan telah menyekat operasi navigation popups, untuk menyahsekatnya hanya klik kanan pada ikon tersebut dan tandakan (☑Y) pada "Disable on ms.wikipedia.org".

Safari[sunting sumber]

Menu tidak berfungsi dengan baik pada versi lama Safari. Sila guna versi 3 atau yang lebih baru.

Opera[sunting sumber]

Gunakan versi sekarang (11.0 atau lebih baru) akan membuatkannya berfungsi dengan baik. Menggunakan versi yang awal anda mungkin menghadapi masalah, seperti popups tidak memuatkan atau tidak hilang walaupun tetikus telah dilarikan.

Alat ini seharusnya tidak dipengaruhi oleh mana-mana tetapan penyekat pelayar web.

Google Chrome[sunting sumber]

Jika pengguna menggunakan Virtual Keyboard (oleh Google), popups tersebut mungkin akan muncul pada ruangan yang salah, kadang-kadang menutup kesuluruhan skrin. Lazimnya, popups muncul pada lokasi yang sama pada mulanya, membawa kepada popup bertindih sejak pop-up tersebut tidak hilang walaupun tetikus tidak lagi dihalakan pada pautan. Konflik ini wujud pada versi 0.9.8.8 Virtual Keyboard.

Kotak pengguna[sunting sumber]

Kod Keputusan Pautan ke sini
{{Pengguna:Ranking Update/Navigation popups}}
Pengguna ini menggunakan Navigation popups untuk pelbagai tugas.
Pautan ke sini