Wikipedia:Larangan penyelidikan asli

Laman dilindungi
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Wikipedia:PRIMARY)

Wikipedia tidak sama sekali menerbitkan penyelidikan atau pendapat asli. Ini termasuklah fakta-fakta tidak diterbitkan, hujah-hujah, spekulasi, dan buah fikiran; serta sebarang analisis atau sintesis yang belum diterbitkan terhadap bahan terbitan yang cuba untuk memajukan posisinya. Ini bermaksud Wikipedia bukanlah tempat untuk menerbitkan pendapat, idea, pengalaman, mahupun hujah anda. Menyatakan sumber anda dan mengelakkan sebarang penyelidikan asli merupakan sesuatu yang tidak dapat dileraikan; untuk menunjukkan bahawa anda bukannya mempamerkan penyelidikan asli, anda haruslah memetik sumber yang sahih dan boleh dipercayai untuk membekalkan maklumat yang berkaitan secara langsung kepada topik dalam rencana yang anda sunting, sekaligus menyokong maklumat yang ditambah.

Larangan penyelidikan asli (bahasa Inggeris: No original research, NOR) merupakan salah satu daripada tiga polisi kandungan; yang lain-lain termasuklah pandangan berkecuali (Neutral point of view, NPOV) dan pengesahan (Verifiability, V). Bersama-sama, polisi-polisi tersebut menentukan jenis kualiti bahan-bahan yang diterima dalam rencana. Disebabkan mereka berpaut kepada polisi masing-masing, mereka seharusnya tidak diterjemah secara berasingan, dan setiap pengarang haruslah membiasakan diri mereka dengan ketiga-tiganya.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan tentang contoh-contoh tertentu yang membabitkan penyelidikan asli, ataupun jika anda memerlukan bantuan kerana seseorang telah menuduh anda menyumbang kandungan tersebut, sila lihat Papan kenyataan TPA (WP:NORN).

Sumber-sumber

Penyelidikan yang terdiri daripada pengumpulan dan penyusunan bahan-bahan daripada sumber-sumber yang telah wujud di dalam peruntukan polisi ini dan polisi kandungan lain adalah digalakkan: ini merupakan "penyelidikan berasaskan sumber", dan ianya adalah asas menulis sesuatu ensiklopedia. Namun, sila berjaga-jaga supaya anda tidak melampaui batasan sumber tersebut atau menggunakan mereka dalam kaedah yang tidak konsisten kepada niat sumber itu sendiri, misalnya menggunakan bahan diluar konteks. Secara ringkas, patuhi sumber anda.

Jika sesuatu topik tidak mempunyai sebarang sumber parti ketiga yang sahih, Wikipedia juga seharusnya tidak mempunyai sebuah rencana untuk topik tersebut.

Sumber yang sahih

Sebarang kandungan yang dicabar atau mungkin dicabar haruslah disokong oleh sumber yang boleh dipercayai. "Penyelidikan asli" merupakan bahan di mana tiada sebarang sumber sahih boleh ditemui. Satu-satu caranya anda boleh membuktikan bahawa suntingan anda adalah bukan penyelidikan asli adalah dengan menghasilkan sebuah sumber sahih yang telah diterbitkan yang mengandungi bahan dalam topik yang anda sedang usahakan. Walaubagaimanapun, meskipun dengan bahan yang mempunyai punca yang sahih, jika anda menggunakannya diluar konteks atau untuk memajukan posisinya yang tidak disokong oleh sumber tersebut secara langsung dan jelas, anda juga terbabit dalam penyelidikan asli.

Rumusannya, antara sumber-sumber yang boleh dipercayai adalah jurnal-jurnal yang diulas serta bahan bacaan yang diterbitkan di universiti; buku-buku teks tahap universiti; majalah, jurnal, serta buku yang diterbit oleh syarikat penerbitan masing-masing; termasuklah surat khabar harian. Sebagai peraturan umum, lebih ramai orang yang memeriksa fakta, menganalisis isu-isu sah, dan meniliti penulisan, lebih sahihlah penerbitan yng dilakukan. Bahan kandungan yang diterbitkan diri sendiri, meskipun dalam talian atau di atas kertas, secara umum dianggap sebagai tidak sahih, namun masih terdapat pengecualian.

Menggunakan sumber

Maklumat di dalam sesebuah rencana haruslah sah melalui rujukan yang dipetik. Kenyataan dalam rencana secara umumnya tidak patut bergantungan pada komen atau teks yang tidak jelas atau tidak tekal. Sumber dari teks yang dibuka untuk penterjemahan sebaik-baiknya dipetik dengan telus dan tepat atau dielakkan sama sekali. Sebuah rumusan tehadap perbincangan haruslah mencerminkan kesimpulan yang dicapai oleh penulisnya. Mengekstrak kesimpulan sendiri yang tidak terbukti melalui rujukan yang diberikan dianggap penyelidikan asli tidak mengira jenis sumbernya. Ianya adalah penting bahawa rujukan yang diberikan dipetik berdasarkan konteks dan kekal pada topik asal.

Memetik diri sendiri sebagai rujukan

Polisi ini tidak melarang para pengarang dengan pengetahuan khas daripada menambah pengetahuan mereka sendiri ke Wikipedia, namun ia tidak membenarkan mereka daripada mengekstrak maklumat daripada pengetahuan peribadi mereka tanpa memetik sumber mereka. Jika seseorang pengarang telah menerbitkan keputusan kajian mereka di dalam sebuah terbitan yang sahih, pengarang tersebut boleh memetik sumber itu sambil menulis dari segi parti ketiga dan mematuhi peneutralan polisi kami. Lihat juga garis panduan dalam konflik membabitkan kepentingan.

Imej-imej asli

Sebuah pengecualian menonjol dalam polisi ini membabitkan imej di Wikipedia: pengarang Wikipedia digalakkan untuk mengambil gambar-gambar atau mencari lakaran atau diagram kemudian memuat naik mereka, di bawah lesen GFDL atau lesen percuma yang lain, untuk menggambarkan rencana-rencana. Ini adalah dialu-alukan kerana imej-imej secara umumnya tidak mencadangkan idea atau hujah yang tidak diterbitkan, iaitu sebab utama disebalik polisi ini. Selain itu, disebabkan oleh undang-undang hak cipta di beberapa negara, terdapat kekurangan imej awam yang masih wujud untuk digunakan sekarang. Gambar dan imej oleh para pengarang Wikipedia memenuhi sebuah ruang yang diperlukan.

Ia tidak diterima jika seseorang pengarang menggunakan manipulasi foto untuk cuba mencacatkan fakta atau posisi yang digambarkan oleh sebuah foto. Ciri-ciri imej tersebut haruslah dinyatakan dengan jelas. Mana-mana imej yang dianggap mempunyai manipulasi yang memberi kesan secara material kepada nilai ensiklopediknya seharusnya ditampal pada Wikipedia:Imej dan media untuk dihapuskan.

Imej yang mengandungi sebarang penyelidikan asli dalam apa cara sekalipun adalah dilarang, misalnya penggunaan diagram sebuah atom hidrogen yang menunjukkan zarah-zarah tambahan di dalam nukleusnya seperti dalam teori yang dicipta oleh pemuat naik.

Lihat juga