Wikipedia:Perang sunting

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Wikipedia:WAR)
Laman sejarah rencana Wikipedia Inggeris yang menunjukkan perang sunting yang teruk.

Perang sunting dikatakan berlaku apabila para penyunting yang tidak bersetuju tentang kandungan rencana berkali-kali membatal atau menolak sumbangan sesama sendiri, tanpa mencuba untuk menyelesaikan pertikaian melalui perbincangan. Perang sunting merupakan tindakan yang tidak membina dan menggalakkan perseteruan antara para penyunting, sekali gus menyukarkan sepersetujuan. Para pengguna yang mengambil jalan untuk melakukan perang sunting boleh disekat ataupun dikenakan larangan. Sila maklum bahawa seseorang penyunting yang memulihkan suntingannya berkali-kali dianggap sedang berperang sunting, tidak kira sama ada penyuntingan itu berasas ataupun tidak: berkata, "tetapi suntingan saya betul, jadi saya bukan berperang sunting" tidak boleh digunakan sebagai alasan.

Terdapat satu peraturan yang disebut '3RR atau peraturan pengunduran tiga kali (three-revert rule, 3RR). Pengunduran bermakna membalikkan tindakan penyunting lain. 3RR menyatakan bahawa seseorang penyunting tidak boleh mengubah sesuatu laman dengan melakukan lebih daripada tiga pengunduran, sama ada sepenuhnya ataupun sebahagian, melibatkan bahan yang sama ataupun yang lain, dalam tempoh 24 jam. Tindakan yang dilihat sebagai cubaan untuk memainkan sistem dengan bertindak membuat pengunduran kali keempat sejurus selepas tamat tempoh slot 24 jam berkemungkinan besar akan dianggap sebagai pelanggaran 3RR.

Terdapat pengecualian daripada 3RR, seperti mengundurkan laku musnah ataupun pelanggaran polisi Biografi orang yang masih hidup; lihat pengecualian 3RR untuk mendapatkan butiran. 3RR merupakan pengehadan berguna apabila perang sunting berlaku dengan cepat, akan tetapi 3RR bukan definisi "perang sunting" dan perang sunting masih boleh berlaku tanpa penyunting melanggar peraturan 3RR.

Maksud perang sunting[sunting sumber]

Wikipedia menggalakkan para penyunting bertindak berani. Sesuatu perubahan yang berpotensi menjadi kontroversi dapat diuji bagi melihat sama ada ia akan dicabar. Seorang penyunting lain mungkin mengundurkannya. Ini disebut kitaran "berani, undur, bincang" atau (bold, revert, discuss). Perang sunting hanya dikira berlaku apabila keadaan berubah menjadi satu siri pengundaran ke hulu dan ke hilir.

Walau bagaimanapun, tidak semua pengunduran ataupun suntingan kontroversi dianggap sebagai perang sunting:

  • Pengunduran laku musnah tidak dikira perang sunting. Namun demikian, menyunting dari sudut pandangan saksama (tidak berat sebelah), memasukkan atau membuang bahan secara am, atau pengubahan sangka baik tidak dianggap sebagai laku musnah. Lihat Wikipedia:Laku musnah.
  • Membuat pengunduran kerana ingin menguatkuasakan polisi-polisi penting tidak dikira perang sunting. Sebagai contoh, di bawah polisi berkaitan biografi orang yang masih hidup, dalam kes kemasukan kandungan yang negatif tanpa disertakan sumbernya sekali, terdapat risiko akan berlakunya kesalahan atau kemudaratan dan ini memerlukan pembuangan bahan tersebut.
  • Pengunduran suntingan pengguna terlarang tidak dikira perang sunting.
  • Pengunduran suntingan pada laman pengguna sendiri jarang sekali dikira perang sunting. Secara tradisinya, Wikipedia memberi ruang luas kepada para pengguna untuk mengurus laman-laman pengguna sendiri. Lihat Pemilikan dan penyuntingan laman pengguna

Apabila membuat pengunduran, pastikan yang anda menyatakan sebab-musababnya. Ini dapat dilakukan dalam ringkasan suntingan dan/atau pada laman perbincangan. Perkakas antivandalisme seperti Twinkle dan sebagainya tidak harus digunakan untuk membalikkan perubahan sangka baik tanpa disertakan ringkasan suntingan.

Peraturan 3RR[sunting sumber]

Para penyunting yang berperang sunting boleh disekat daripada menyunting demi mengelakkan gangguan lanjut. Sementara mana-mana jenis perang sunting boleh dikenakan tindakan, terdapat sebuah peraturan yang dipanggil 'peraturan tiga kali pengunduran atau 3RR; pelanggaran peraturan ini boleh menghasilkan sekatan terhadap penyunting terbabit. Peraturan 3RR menyatakan:

Sekiranya perang sunting terjadi, penyunting mestilah membincangkan isu-isu yang timbul tersebut dengan baik, gunakanlah laman perbincangan yang disediakan bersama dengan setiap rencana di Wikipedia atau berbincanglah di Wikipedia:Kedai Kopi.

Pengecualian 3RR[sunting sumber]

Tindakan-tindakan berikut tidak dianggap pengunduran bagi maksud 3RR:

  1. Pengunduran tindakan sendiri.
  2. Pengunduran suntingan laman-laman pengguna anda selagi ia tidak melanggar garis panduan laman pengguna.
  3. Pengunduran tindakan pengguna terlarang, pengguna boneka dan suntingan bagi pihak pengguna yang disekat.
  4. Pengunduran laku musnah ketara—apa jua suntingan yang dipersetujui pengguna yang berniat baik sebagai kelakuan laku musnah, seperti memadam laman ataupun memasukkan bahasa lucah.
  5. Pembuangan bahan yang melanggar hak cipta ataupun kandungan yang tidak syak lagi melanggar kriteria bahan bukan-bebas.
  6. Pembuangan kandungan yang melanggar undang-undang AS seperti Pornografi kanak-kanak dan Perisian cetak rompak.
  7. Pembuangan bahan berbentuk fitnah, berat sebelah, tidak bersumber atau memiliki sumber lemah yang melanggar polisi berkaitan biografi orang yang masih hidup.

Polisi berkaitan[sunting sumber]