WPP plc

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
WPP plc
Jenis/bentuk sahAwam
Didagangkan sebagaiLSE: WPP
Komponen FTSE 100
NYSE: WPP
ISINJE00B8KF9B49 Sunting ini di Wikidata
Industri
Ditubuhkan1971; 53 tahun yang lalu (1971)
(Wire and Plastic Products plc)
1985
(Pemerolehan oleh Sorrell dan masuk ke bisnes periklanan)
PengasasMartin Sorrell (sebagai sebuah syarikat pengiklanan)
Ibu pejabatLondon, England, United Kingdom
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh penting
  • Roberto Quarta (pengerusi)
  • Mark Read (CEO)
Perkhidmatan
  • rangkaian terintegrasi
  • media
  • data dan wawasan
  • perhubungan am dan urusan awam
  • perundingan jenama
  • penerbitan
  • kesihatan dan kecergasan[1]
Hasil£13.234,1 juta (2019)[2]
Pendapatan kendalian£1.295,9 juta (2019)[2]
Pendapatan bersih£707,1 juta (2019)[2]
Bilangan kakitangan130.000 (2019)[3][4]
PembahagianKantar Group Sunting ini di Wikidata
Anak syarikat
Tapak webwww.wpp.com
Facebook: WPP Twitter: WPP Instagram: wpp Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

WPP plc ialah sebuah syarikat pegangan multinasional United Kingdom. Perniagaan utamanya termasuk komunikasi, pengiklanan, hubungan am, teknologi, dan perdagangan. Syarikat ini beribu pejabat di London, England. Sehingga 2019, WPP dikenali sebagai syarikat pengiklanan terbesar di dunia.[5] WPP plc memiliki sejumlah anak syarikat, yang bergiat aktif dalam sektor pengiklanan, hubungan am, media, dan rangkaian penyelidikan pasaran, seperti AKQA, BCW, Essence Global, Finsbury, Grey, GroupM, Hill+Knowlton Strategies, Kantar Group, Mindshare, Ogilvy, Wavemaker, Wunderman Thompson, dan VMLY&R. Syarikat ini merupakan salah satu dari empat agensi pengiklanan terbesar di dunia, selain Publicis, Interpublic Group of Companies, dan Omnicom.[6] WPP tersenarai di Bursa Saham London dan sahamnya merupakan salah satu komponen dari Indeks FTSE 100.[7] Perusahaan ini juga mempunyai senarai sekunder di Bursa Saham New York.[8]

Pada 14 April 2018, Martin Sorrell bersara selepas 33 tahun bekerja di syarikat ini. Roberto Quarta kini memegang jawatan sebagai pengerusi.[9] Sementara Mark Read memegang jawatan CEO WPP.[10]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Syarikat ini ditubuhkan sebagai Wire and Plastic Products plc untuk menghasilkan troli beli-belah pada 1971. Pada tahun 1985, Martin Sorrell yang sedang mencari sebuah syarikat awam untuk membangunkan sebuah penyedia perkhidmatan pemasaran global membeli majoriti saham syarikat ini.[11][12]

Sepanjang 1986, WPP menjadi syarikat induk kepada Picquotware, pengeluar teko dan jag Northampton. Pada November 1987, kebakaran memusnahkan kilang dan aktiviti pengeluaran di Northampton dan aktiviti pengeluaran dipindahkan ke Burntwood di Staffordshire. Pada 25 November 2004, WPP menutup kilang di Burntwood dan berhenti menghasilkan Picquotware. Semua aset Picquotware kemudian dijual pada 14 Disember 2004.[13]

Pada dekad 1980-an, WPP mulai memperoleh sejumlah syarikat.[14] Beberapa tahun kemudian, WPP memperolehi berpuluh syarikat setiap tahunnya.[14] Pada Januari 1987, syarikat ini memperolehi Scott Stern Associates, yang pada masa itu merupakan syarikat pengiklanan dan rekaan terbesar di Scotland.[15] Pada tahun yang sama, syarikat ini memperolehi J. Walter Thompson (termasuk JWT, Hill & Knowlton, dan MRB Group) dengan harga $566 juta.[11] WPP disenaraikan di NASDAQ pada tahun 1988 (dan kemudian berpindah ke NYSE).[16][8] Pada tahun 1989, WPP memperolehi Ogilvy Group dengan harga $864 juta.[11]

WPP terus membeli syarikat lain pada dekad 1990-an. WPP membeli syarikat yang bergerak di bidang pengiklanan kesihatan, pengiklanan digital, beli-belah dalam talian, media digital, pengerusi data, perundingan peruncitan dan korporat, serta pemasaran sukan. Salah satunya ialah pemerolehan terhadap Lambie-Nairn pada tahun 1999.[14] Pada tahun 1998, WPP membentuk sebuah perikatan bersama syarikat Jepun Asatsu-DK Inc..[11]

Pada Mei 2000, WPP bersetuju untuk membeli Young & Rubicam Group dari Amerika Syarikat dengan harga $5,7 bilion, yang pada ketika itu merupakan pemeroleham terbesar di sektor pengiklanan.[17] Pemerolehan itu menjadikan WPP sebagai syarikat pengiklanan dengan pendapatan dan penjualan terbesar di dunia, mengalahkan Omnicom Group dan Interpublic.[17]

Pada dekad 2000-an, WPP Digital dibentuk untuk mengembangkan keluasan digital syarikat ini.[18] Pada Oktober 2008, WPP memperolehi syarikat penyelidikan pasaran Taylor Nelson Sofres dengan harga £1,6 bilion.[19][20] Sepanjang 2009, WPP mengurangkam jumlah kakitangannya menjadi hanya sekitar 14.000 orang, atau hanya 12,3% dari jumlah kakitangannya dulu, sebagai respon terhadap krisis ekonomi 2008.[21][22]

Pada Jun 2012, WPP bersetuju untuk memperolehi agenzi pemasaran digital AKQA dengan harga US$540 juta.[23][24] Pada November 2015, WPP bersetuju untuk memperolehi majoriti saham Essence, sebuah agensi digital global.[25]

Pada November 2016, WPP mengumumkan bahawa mereka akan memperolehi PEP, LLC, sebuah syarikat pengadaan dan pengurusan projek yang menyelia promosi pemasaran untuk klien di Amerika Syarikat.[26]

Beberapa anak syarikat WPP menggunakan Microsoft Windows, hingga terkesan akibat serangan siber ke atas Ukraine 2017, yang mana selama sepuluh hari, komputer beberapa kekitangannya hanya dapat digunakan untuk mengakses webmail.[27][28]

WPP kemudian menggabungkan Burson-Marsteller dengan Cohn & Wolfe untuk membentuk BCW (Burson Cohn & Wolfe) pada Februari 2018.[29]

Pada April 2018, Martin Sorrell bersara setelah 33 tahun bekerja di syarikat ini, namun berlakunya kelalaian peribadi dan penyalahgunaan aset syarikat. Namun Sorrell membantah tuduhan tersebut.[9] Pengerusi Roberto Quarta dilantik sebagai pengerusi eksekutif sementara.[9] Pada September 2018, Mark Read, yang merupakan CEO Wunderman,[30] dilantik sebagai CEO syarikat ini.[31][32]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Our companies". WPP plc. Dicapai pada September 16, 2019.
  2. ^ a b c "Preliminary Results 2019" (PDF). WPP plc. Dicapai pada 28 February 2020.
  3. ^ "Best Employers for Women". Forbes. 15 May 2019. Dicapai pada 16 September 2019.
  4. ^ "At a glance". WPP plc. Dicapai pada 11 March 2019.
  5. ^ "WPP no longer world's most valuable ad firm as share price falls". The Guardian. 19 October 2018. Dicapai pada 21 January 2019.
  6. ^ "Advertising's Big Four: It's Their World Now". The New York Times.
  7. ^ "WPP". London Stock Exchange. Dicapai pada 17 September 2019.
  8. ^ a b "WPP". New York Stock Exchange. Dicapai pada 17 September 2019.
  9. ^ a b c "WPP CEO Sorrell Quits After Three Decades at Top of Ad World". Bloomberg.com (dalam bahasa Inggeris). 14 April 2018. Dicapai pada 14 April 2018.
  10. ^ "WPP names Mark Read as CEO".
  11. ^ a b c d "Group history". WPP plc. Dicapai pada 30 August 2010.
  12. ^ "Sir Martin Sorrell: advertising man who made the industry's biggest pitch". The Guardian. 4 July 2010. Dicapai pada 12 July 2012.
  13. ^ Piquotware History Diarkibkan 11 Disember 2006 di Wayback Machine
  14. ^ a b c Klara, Robert (18 April 2018). "This Timeline Shows How WPP Acquired Its Way to Fame and Notoriety Over 3 Decades". Adweek. Dicapai pada 17 September 2019.
  15. ^ George, K D (1988). Macmillan's Mergers and Acquisitions Year Book. Macmillan Publishing. m/s. 413. ISBN 978-0-333-45865-5.
  16. ^ "WPP: a history". The Daily Telegraph. 13 June 2012. Dicapai pada January 22, 2020.
  17. ^ a b "Young & Rubicam Agrees to $5.7 Billion Takeover by WPP". The New York Times. 9 May 2000. Dicapai pada 12 July 2012.
  18. ^ Sinclair, Lara (26 October 2007). "WPP alliance makes the call for mobile phone marketing". The Australian. Dicapai pada 16 September 2019.
  19. ^ "Stockopedia. Stock Screens, Stock Ranks, Stock Tips & Tricks". Stockopedia. Dicapai pada 21 March 2015.
  20. ^ "WPP Bid Garners 82% TNS Shareholder Approval". Ad Week. 8 October 2008. Dicapai pada 12 July 2012.
  21. ^ "WPP stable after 'brutal' 2009". The Guardian. 5 March 2010. Dicapai pada 12 July 2012.
  22. ^ "WPP profits fall despite job cuts". The Telegraph. 5 March 2010. Dicapai pada 12 July 2012.
  23. ^ "WPP Acquires AKQA to Beef Up Digital Marketing". The New York Times. 20 June 2012. Dicapai pada 12 July 2012.
  24. ^ "WPP buys majority stake in AKQA". The Guardian. 20 June 2012. Dicapai pada 12 July 2012.
  25. ^ "WPP agrees to acquire a majority stake in digital agency Essence – WPP". www.wpp.com. Dicapai pada 21 November 2016.
  26. ^ "WPP Adds Another Asset To Its Shopper Marketing Arsenal". Media Post (dalam bahasa Inggeris).
  27. ^ Hall, Kat (7 July 2017). "Largest advertising company in the world still wincing after NotPetya punch". The Register. Dicapai pada 8 July 2017.
  28. ^ Nash, Kim S.; Castellanos, Sara; Janofsky, Adam (June 27, 2018). "One Year After NotPetya Cyberattack, Firms Wrestle With Recovery Costs". The Wall Street Journal. Dicapai pada September 16, 2019.
  29. ^ Bradley, Diana (27 February 2018). "WPP Merges Burson-Marsteller and Cohn & Wolfe". PR Week. Dicapai pada 28 February 2018.
  30. ^ Graham, Megan (17 April 2018). "Who are Mark Read and Andrew Scott, WPP's new chief operating officers?". Ad Age. Dicapai pada 16 September 2019.
  31. ^ Sweney, Mark (11 December 2018). "WPP advertising group to cut 3,500 jobs in £300m restructuring". The Guardian. Dicapai pada 16 September 2019.
  32. ^ Kostov, Nick (September 3, 2018). "Ad Giant WPP Taps Company Veteran Mark Read for CEO". The Wall Street Journal. Dicapai pada October 24, 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]