Wadi-us-Salaam
Wadi-us-Salaam (Arabوادي السلام ; Lembah Kesejahteraan) adalah merupakan tanah perkuburan Islam yang terletak di kota suci Islam Syiah iaitu Najaf, Iraq. Ia dianggap sebagai tanah perkuburan Islam terbesar didunia.[1] Tanah perkuburan ini dianggarkan dapat menampung lebih daripada setengah juta blok kubur di kawasan perkuburan untuk satu-satu tahun.[2] Tanah perkuburan ini mampu meliputi keluasan 1485.5 ekar (6 km²) dan mampu menempatkan jutaan jasad jenazah.
Tanah perkuburan Islam ini sebelum ini telah menjadi makam bagi ramai para Nabi dan Rasul Islam, dan tanah perkuburan ini lokasinya berhampiran dengan Makam Imam Saidina Ali Abi Talib, Imam Syiah pertama dan juga merupakan Khalifah Ar-Rasyidin yang ke-4. Mutakhir ini, ramai dari pengikut Syiah telah menempah blok=blok kubur bagi membolehkan mereka ditanam dikawasan tanah perkuburan ini juga.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Hala Mundhir Fattah; Frank Caso (2009). A brief history of Iraq. Infobase Publishing. m/s. 140. ISBN 9780816057672. Dicapai pada 18 October 2010.
- ^ Michael Dumper; Bruce E. Stanley (2007). Cities of the Middle East and North Africa: a historical encyclopedia. ABC-CLIO. m/s. 269. ISBN 9781576079195. Dicapai pada 18 October 2010.