Wafariena Roslan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wafariena
Kelahiran (1995-07-19) 19 Julai 1995 (umur 28)
Nama lainWafa, Wafariena
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Pekerjaan
  • Pelakon
  • penyanyi
  • model
Tahun aktif2018–kini
Terkenal kerana7 Hari Mencintaiku 2
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Media Asia Production (MAP Music)

Wafariena Roslan Cik Widy (lahir 19 Julai 1995) atau lebih dikenali sebagai Wafariena Cik Widy, merupakan seorang pelakon, penyanyi dan model wanita Malaysia.[1][2] Beliau juga merupakan salah seorang bekas peserta Dewi Remaja 2018/2019. Sejak itu, beliau memulakan kerjayanya sebagai penyanyi dan melancarkan single pertama yang berjudul Carilah Aku.[3] Antara karya lakonannya termasuk filem Butak, drama 7 Hari Mencintaiku 2 dan telefilem Kisah Seram Hostel.[4][5]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebelum menceburi bidang lakonan, Wafariena Roslan terlebih dahulu bergiat aktif dalam bidang muzik sebagai penyanyi. Beliau memulakan kerjaya awal sebagai penyanyi pancaragam di Polis Diraja Malaysia (PDRM). Wafariena kemudian menyertai ujibakat pertandingan Dewi Remaja 2018/2019, namun tidak terpilih sebagai peserta.

Kerjaya lakonannya bermula dengan membintangi telefilem bertajuk Kisah Seram Hostel yang disiarkan di Astro Citra. Pada November 2019, Wafariena merakamkan single sulungnya bertajuk "Carilah Aku" yang berkonsepkan balada nukilan Johari Teh dan Aryan. Ia dikeluarkan menerusi label Media Asia Production (MAP Music).[3]

Wafariena mula mendapat perhatian meluas dalam bidang lakonan menerusi watak Nurul Ain dalam 7 Hari Mencintaiku 2 yang dibintangi oleh Shukri Yahaya dan Siti Saleha. Beliau mengambil alih watak itu daripada pelakon asalnya, Zarynn Min yang memegang watak sama dalam musim pertama. Keberkesanan watak lakonannya dalam drama itu, menyebabkan Wafariena dilabel sebagai 'perosak rumah tangga orang', malah turut menerima ugutan disimbah asid.[6] Beliau kembali menjayakan wataknya dalam siri ketiga drama itu yang disiarkan pada 2022.[7][8][9]

Wafariena ialah salah seorang daripada 24 penyanyi amatur yang mengambil bahagian dalam rancangan Vokal Mania terbitan TV3.[10][11]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Wafariena dilahirkan dan dibesarkan di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan merupakan anak keempat daripada tujuh beradik. Ibu bapanya bercerai ketika beliau berusia 15 tahun dan sejak itu beliau dan adik-beradiknya dibesarkan oleh ibu mereka yang berstatus ibu tunggal. Beliau juga fasih berbahasa Mandarin dan pernah belajar di sebuah sekolah Cina.[12]

Wafa mendedahkan dalam temubual bersama Kosmo! pada Ogos 2020 bahawa beliau pernah ditawarkan bekerja sebagai gadis pengiring kepada golongan kenamaan dengan bayaran sebanyak RM120,000 satu malam.[13]

Kakaknya meninggal dunia pada November 2020 selepas melahirkan bayi lelaki.[14]

Pada Oktober 2022, Wafariena menjalani rawatan di wad hospital KPJ Rawang Selangor kerana mengalami sakit di belakang badan sewaktu menjalani penggambaran di Lenggong, Perak. Beliau dibenarkan keluar dari hospital dan terus pulang ke rumahnya untuk berehat.[15][16] Pada November, Wafariena sihat seperti biasa dan kembali aktif berlakon.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2020 Butak Wafa Filem pertama
2021 Arwah Pak Mat, Lif & AJK Ayu
2022 Kedai Antik Wak Jambi Zainatul
Hang Nak P Mana ? Raihanah
2024 Yie Prehhh... Rina
Sahul Bhai Rose Pos-produksi

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2020 7 Hari Mencintaiku 2 Nurul Ain TV3 Menggantikan pelakon asal Zarynn Min
2020–2021 Potong Anak Mustafar Astro Warna
2021 Romantika 4 Hari 3 Malam Raina TV3
Baby Tak Gila Baby Hypp Sensasi
One Two Hantu 2 Chom Bi Awesome TV
Kiblat Yang Hilang Suraya
Saat Kau Takluk Cinta Ini Kamelia TV3
2022 7 Hari Mencintaiku 3 Nurul Ain
Gangster Ker? Suraya Awesome TV
Tok Guru Nik Naimah TV2
Remang Riana TV3 Episod: "Lukisan Lama""
Wanita Milik Tuan Putra Airis
2023 Alamak Lagi-Lagi Dia Cika TV Okey
Zuriat Dari Penjara Shara TV1
2024 Janji Dibawah Pokok Ceri Safiya TV Okey

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2019 Kisah Seram Hostel Orkid Astro Citra
2021 Kembar Keliru Cendana Awesome TV
Rindu Tak Bersayap Ain TV Okey
2022 Suri Rumah Terfeeling Leha Awesome TV
Lara Semalam Jasmine TV2
Aku Tauhu Engkau Bergedil Lara
Dania Peguam Dania TV3
Wanji Ereen TV1
Hidayah Bukan Milik Kita Dayah TV2
2023 Cenduai Detektif Lia Awesome TV
2024 Isteri Seorang Lelaki Ilani TV1

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2020 Vokal Mania Dirinya sendiri/tetamu jemputan TV3
Ha Ha Ha Maimun, Manisa, Zaza, Kak Long Awesome TV Episod 11: Segmen "Sewa Rumah"

Episod 12: Segmen "Jiran Kembar" Episod 13: Segmen "Oh Ayah"

2021 Tok Kata Artis Jemputan
2022 Sepahtu Reunion Live 2022 Cikgu Nadia Astro Warna Episod: "Hanya Kejujuran"
Putra, Richard, Umaira & Co Alia TV2
Masak Sana Sini Artis Jemputan TV Okey
2023 UBI Superstar Live Datin Anna Astro Warna Episod 3: "Dibawah Langit Yang Sama"

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single
Tahun Tajuk
2019

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan Ruj.
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Artis Baharu Wanita Popular Tercalon [17]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Siti Athirah Dzulkifly (21 Mac 2021). "Buaya Darat dalam industri". Utusan Malaysia. Dicapai pada 11 November 2021.
  2. ^ Nur Asyikin Mayudin (31 Oktober 2020). Wafariena mahu dikenali sebagai penyanyi, cuba nasib bertanding dalam Vokal Mania - "Saya ada dua single sebelum ini" mStar Online. Dicapai pada 31 Oktober 2020.
  3. ^ a b Kamaruddin Razal (7 Januari 2020). Wafariena Roslan perkenalkan bakat nyanyian menerusi lagu Carilah Aku Astro Gempak. Dicapai pada 27 Ogos 2020.
  4. ^ Ridzuan Abdul Rahman (12 Ogos 2020). Ramai panas hati Harian Metro. Dicapai pada 21 Ogos 2020.
  5. ^ Bissme S. (13 November 2020). Off to a good start The Sun Daily. Dicapai pada 9 Disember 2020.
  6. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (8 Ogos 2020). Wafariena diugut simbah asid Berita Harian. Dicapai pada 29 Oktober 2020.
  7. ^ Ridzuan Abdul Rahman (25 Julai 2022). "Enggan dibayangi 'Nurul Ain'". Harian Metro. Dicapai pada 7 Ogos 2022.
  8. ^ Mohd Haikal Isa (21 Mei 2022). "Wafariena terima ugutan santau sebab Nurul Ain". Kosmo!. Dicapai pada 7 Ogos 2022.
  9. ^ Farihad Shalla Mahmud (12 Jun 2022). "'Ledakan gadis perampas'". Berita Harian. Dicapai pada 13 November 2022.
  10. ^ Wafariena yakin nyanyian setaraf Aina Abdul Kosmo!. 19 Oktober 2019. Dicapai pada 29 Oktober 2019.
  11. ^ Ridzuan Abdul Rahman (28 Oktober 2020). 'Bukti saya boleh menyanyi' Harian Metro. Dicapai pada 29 Oktober 2020.
  12. ^ Mohd Haikal Isa (23 Ogos 2020). Hutang budi 'Nurul Ain' - Wafariena Kosmo!. Dicapai pada 27 Ogos 2020.
  13. ^ Mohd Haikal Isa (15 Ogos 2020). Kosmo!. Dicapai pada 17 Oktober 2016.
  14. ^ Shira (4 November 2020). Kakak Wafariena Roslan meninggal dunia Oh! Bulan. Dicapai pada 4 November 2020.
  15. ^ Mohammad Shahemy Azmi (11 Oktober 2022). "Tisu punggung cedera, perut koyak, Wafariena masuk hospital". Kosmo!. Dicapai pada 11 November 2022.
  16. ^ Arif Zikri (15 Oktober 2022). "Production house promises internal investigation following actress Wafariena Roslan's hospitalisation after performing own stunt". The Malay Mail. Dicapai pada 11 November 2022.
  17. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (15 Oktober 2020). 'Menjerit' dicalonkan ABPBH 33 Berita Harian. Dicapai pada 17 Oktober 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]