Norwahidah binti Abdul Wahab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Waheeda)
Lompat ke: pandu arah, cari
"Waheeda" dilencongkan di sini.
Waheeda
Nama lahir Norwahidah binti Abdul Wahab
Kelahiran (1978-09-23) 23 September 1978 (umur 39)
Berasal dari Malaysia Johor Bahru, Johor, Malaysia
Genre Pop Etnik
Pekerjaan Penyanyi & Pelakon
Tahun aktif 2003 - 2009
Syarikat rakaman
MIG Records
Kegiatan berkaitan
Yasin Sulaiman
Bienda
Laman sesawang
Instagram: @gothicniqabiah

Norwahidah binti Abdul Wahab (lahir 23 September 1978) lebih dikenali sebagai Waheeda atau Waheeda Wassini merupakan penyanyi, pelakon, usahawan dan komposer yang popular di Malaysia. Beliau mula menjadi fenomena dalam dunia industri hiburan menerusi lagu dendangannya yang berjudul Wassini sekitar pertengahan era milenium 2000-an. Tambahan pula, Waheeda juga pernah mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa dalam festival muzik Voice of Asia pada tahun 2004 dan telah berjaya memenangi tempat ketiga.

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Ogos 2009, Waheeda telah pun mendirikan rumah tangga bersama Akhil Hayy, seorang penyanyi dan pendakwah bebas.[1] Majlis pernikahan berlangsung di Masjid Jamek Ar-Rahimah Kuala Kubu Baru, Selangor.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  1. Wassini (2003)
  2. Binafsha (2004)
  3. Melodi Ahlan (2007)

Filemografi[sunting | sunting sumber]

  • Jutawan Fakir (2004)
  • Tujuh Perhentian (2004)
  • I Know What You Did Last Raya (2004)
  • Anak Mami Kembali (2005)
  • Nana Tanjung (2006)
  • Nana Tanjung 2 (2008)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH):

  1. 2003 - Artis Baru Wanita Popular (Top 5).
  2. 2003 - Penyanyi Wanita Popular (Top 5).
  3. 2004 - Penyanyi Wanita Popular (Top 5).
  4. 2005 - Penyanyi Wanita Popular (Top 5).

Anugerah Industri Muzik (AIM):

  1. 2005 - Artis Baru Terbaik (Top 5).
  2. 2005 - Album Pop Etnik Terbaik menerusi album Binafsha (Top 5).
  3. 2008 - Album Pop Etnik Terbaik menerusi album Melodi Ahlan (Menang).
  4. 2008 - Album Terbaik menerusi album Melodi Ahlan (Top 5).

Anugerah Juara Lagu (AJL):

  1. 2003 - Juara Kategori Irama Malaysia menerusi lagu Wassini.

Anugerah Era:

  1. 2003 - Artis Harapan Pilihan (Top 5).
  2. 2004 - Lagu Etnik/Global Pilihan menerusi lagu Dua Dalam Bahtera (Top 5).
  3. 2005 - Lagu Etnik/Global Pilihan menerusi tiga lagu iaitu Binafsha, Panggilan dan Kembali Bersatu (Top 8).
  4. 2006 - Lagu Nasyid Pilihan menerusi lagu Satu Misteri (Top 5).
  5. 2007 - Lagu Etnik/Global Pilihan menerusi lagu Melodi Ahlan (Top 5).

Muzik Muzik TV3:

  1. 2005 - Separuh Akhir Muzik Muzik 20 menerusi lagu Binafsha.
  2. 2007 - Separuh Akhir Muzik Muzik 22 menerusi lagu Seteguh Cinta.

Pencapaian lain:

  1. 2004 - Tempat Ketiga Festival Muzik Voice of Asia.

Perniagaan[sunting | sunting sumber]

  1. Arum Abaya by Waheeda.
  2. Nafretiri Serum by Waheeda.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wahida Asrani (16 Ogos 2009). "Akhil - Waheeda selamat diijabkabul". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 November 2017. Dicapai 23 November 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]