Abdul Wahid Hasyim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Wahid Hasjim)
Kiai Haji Wahid Hasjim

Kiai Haji Abdul Wahid Hasjim (191419 April 1953) ialah pahlawan nasional Indonesia dan Menteri Negara dalam kabinet pertama Indonesia. Beliau adalah ayah kepada Abdurrahman Wahid, presiden keempat Indonesia, dan anak lelaki kepada Hasyim Asy'arie, salah satu pahlawan nasional Indonesia.


Biografi ringkas[sunting | sunting sumber]

Wahid Hasyim saat usianya 12 tahun.

Dilahirkan di Jombang, Indonesia, Wahid pada tahun 1939 menjadi seorang anggota Majlis Islam A'la Indonesia (MIAI), sebuah badan persekutuan parti dan pertubuhan besar-besar Islam pada zaman pendudukan Belanda. Pada 24 Oktober 1943, beliau dilantik menjadi ketua Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi), badan persekutuan yang menggantikan MIAI semasa pendudukan Jepun. Selaku pemimpin Masyumi, beliau merintis pembentukan Barisan Hizbullah yang membantu perjuangan umat Islam mewujudkan kemerdekaan. Selain terlibat dalam gerakan politik, beliau mendirikan Sekolah Tinggi Islam di Jakarta pada tahun 1944 yang pengendaliannya ditangani oleh KH. A. Kahar Muzakkir. Menjelang kemerdekaan pada tahun 1945, Wahid menjadi anggota BPUPKI dan PPKI.

Wahid meninggal dunia di Cimahi pada tahun 1953 dan dikebumikan di Tebuireng, Jombang.

Didahului oleh:
tidak ada
Menteri Agama Indonesia
1945
Digantikan oleh:
Rasjidi
Didahului oleh:
Masjkur
Menteri Agama Indonesia
1949-1952
Digantikan oleh:
Fakih Usman