Wail al-Shehri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wail al-Shehri
Kelahiran
Wail al-Shehri (Arab: وائل الشهري)

(1973-07-31)31 Julai 1973
Meninggal dunia11 September 2001(2001-09-11) (umur 28)
SaudaraWaleed al-Shehri (adik)

Wail Mohammed al-Shehri (Arab: وائل الشهري, Wāīl ash-Shehrī) (31 Julai 1973[1] – 11 September 2001) merupakan salah satu daripada lima perampas Penerbangan 11 American Airlines yang dirampas dan diterbangkan ke Menara Utara World Trade Center dalam serangan 11 September 2001.

Shehri pada mulanya ialah seorang guru sekolah rendah di Khamis Mushait di wilayah Asir, Arab Saudi. Pada awal tahun 2000, beliau mengunjungi kota Madinah untuk mendapatkan rawatan untuk masalah mental. Beliau bersama adiknya, Waleed, mengembara ke Afghanistan pada Mac 2000 dan menyertai kem latihan al-Qaeda di Afghanistan. Mereka beradik dipilih untuk menyertai serangan 11 September di samping beberapa rakan seperjuangan dari Arab Saudi. Setelah dipilih, Shehri kembali ke Arab Saudi pada Oktober 2000 untuk mendapatkan pasport baru, kemudian pulang ke Afghanistan. Pada Mac 2001, beliau merakamkan wasiatnya dalam bentuk video.

Shehri tiba di Amerika Syarikat pada awal Jun 2001, menginap di motel-motel di Boynton Beach, Florida selatan. Pada 5 September 2001, Shehri pergi ke Boston dan menginap di sebuah motel bersama Waleed. Enam hari kemudian, Shehri tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Boston pada awal pagi dan menaiki Penerbangan 11 American Airlines. 15 minit selepas berlepas, penerbangan itu dirampas lalu dihempaskan di Menara Utara WTC pada 8:46 pagi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Federal Bureau of Investigation (2008-02-04). "Hijackers' Timeline" (PDF). NEFA (Nine Eleven Finding Answers Foundation). m/s. 1. Dicapai pada 2008-10-06.