Waka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sebuah waka untuk tujuan perang (waka taua) dipamer di Muzeum Otago, Dunedin.

Waka [wa-ka] merupakan perahu tradisi dibina mirip kanu yang lazim dalam kalangan masyarakat peribumi Māori di New Zealand. Perahu-perahu sebegini digerakkan dengan mendayung, maka binaan akhir kapal boleh menampung puluhan orang.

Ia dahulunya lazim digunakan untuk tujuan mengangkut pahlawan-pahlawan berperang menyerang musuh, namun kini lebih digunakan untuk tujuan adat istiadat berkaitan puak pemilik.

Jenis[sunting | sunting sumber]

Waka taua (waka perang)[sunting | sunting sumber]

Waka jenis ini berukuran sepanjang 40 meter (130 ka) dan digerakkan sampai 80 orang pendayung.[1] Perahu yang bersaiz sangat besar diperbuat daripada satu batang tunggal yang dihiasi ukiran halus serta kedua-dua hujung yang melengkung. Badan waka adakalanya juga akan diperkuatkan dengan belebas di kedua-dua sisi dalam dan luar perahu.[2][3]

Waka hourua (waka pelayaran)[sunting | sunting sumber]

Terdapat seberapa penceritaan dalam mitologi orang Māori yang mengisahkan ketibaan nenek moyang mereka dari suatu tempat bernama Hawaiki dengan waka yang dibina berbadan kembar.

Pembinaan[sunting | sunting sumber]

Pemerolehan kayu mentah[sunting | sunting sumber]

Pokok totara merupakan pokok yang lazim digunakan untuk membina kapal-kapal ini kerana beratnya yang cukup ringan serta mengandungi minyak semulajadi banyak yang mampu mengelak pereputan lalu tahan lama.

Sekelompok orang dalam sesebuah hapū akan memilih suatu pokok totara yang bersesuaian beberapa tahun sebelum pembinaan dapat dilakukan; persediaan dibuat dengan menanggalkan kulit kayu pada satu belah batang pohon. Setelah tahun-tahun tersebut berlalu unggun api akan mula dihidupkan untuk mematikan pokok ini sambil ia ditebang menggunakan beliung. Adakalanya suatu tapak tinggi (setinggi 3 m) untuk merumahkan sebuah kapak besar (setinggi kira-kira 2.5 m) dipanggil "toki" akan dibina untuk pokok yang sama saiznya - itupun boleh mengambil masa yang lama antara 2 hingga 3 minggu.

Pengukiran[sunting | sunting sumber]

Setelah puncak dan dahan-dahan pokok ditebang ini dipangkas, badan perahu ia mula dibentuk segera dari batang pokok tersebut menggunakan api dan beluing batu. Sebaik sahaja badan perahu siap diukir, ia ditarik tali raupō sebilangan banyak orang menuju sungai. Jisim yang diukir ini dianggarkan sekitar 3–4 tan metrik berdasarkan berat pokok. Badan perahu dibawa ke marae puak untuk diperelokkan bentuknya. Penghiasan waka ini boleh mengambil masa selama setahun sekiranya semuanya berjalan lancar; namun pembinaan waka sebegini boleh terhenti sekiranya berlaku kemalangan yang merosakkan badan perahu mahupun berlakunya kematian seorang penting. Perahu waka yang siap boleh bertahan selama berdekad-dekad malah menjadi barang disegani dalam keluarga besar para pembina.

Adakalanya, perahu besar akan terbina dari bahagian-bahagian besar yang diikat bersama menggunakan tali gentian harakeke dan getah pokok yang menutup sebarang lubang.

Pengunaan teknologi baharu[sunting | sunting sumber]

Ketibaan James Cook di pulau-pulau Aotearoa pada tahun 1769 serta kedatangan Marion Du Fresne pada tahun 1772, merupakan titik penting di mana masyarakat Māori mula diperkenalkan kepada besi dan keluli lalu mempelajari kelebihan bahan-bahan tersebut yang boleh ditajamkan (lazimnya daripada paku besi yang diberikan sebagai pertukaran dengan ikan kepada para pelayar British) sebagai pahat. Perkenalan teknologi ini menunjukkan kesan ketara kepada ukiran-ukiran kapal yang wujud dari 1779 hingga 1820 semasa memuncaknya Perang Senapang Lantak.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Waka taua", Te Ara
  2. ^ Waikato Museum booklet, "Te Winika"
  3. ^ Te Winika is on long-term display at Waikato Museum. See Waikato Museum: Long Term Exhibitions.
  4. ^ The Meeting Place V. O'Malley, Auckland University Press, 2012, p135.